3

72 19 0
                                    

"M-miss... saya mintak maaf. Saya datang lambat sebab semalam saya stay up sampai pagi siapkan catalog dekat office"

Soojin diam mendengar alasan pekerjanya sambil memeluk tubuh diatas kerusi

Menanti wanita itu menghabiskan kata katanya

"Sampai saya tak cukup tidur demi catalog baru. Tolonglah terima catalog saya ni" Rayu wanita tersebut meletakkan buku catalog diatas meja Soojin

Katalog tersebut dicapai Soojin. Mendatar sahaja wajahnya sambil menyelak satu persatu katalog tersebut. Terhangguk hangguk setelah memerhati satu persatu muka surat

Beberapa saat kemudian, Soojin bangkit daripada kerusi empuknya. Melangkah kearah wanita itu masih membaca isi kertas yang ditindih bersama kertas yang lain

Sampai di hadapan dia, Soojin memandangnya sambil mengoyakkan setiap helaian katalog

Wajah dingin. Langsung tiada perasaan kesian terhadap wanita tersebut

Wanita itu hanya mampu melihat tindakan Soojin mengoyak katalog yang disiapkan dengan titik peluhnya itu. Air mata bertakung di tubir mata

Sungguh perasaannya terguris

"Lain kali, hantar on time!" Cebisan kertas itu dibaling tepat di wajah hingga terhinjut bahu dia

"Sekarang aku bagi kau pilihan. Buat semula katalog ni atau kau nak kena pecat"

"Miss tolonglah jangan pecat saya... Saya ada keluarga nak disara. Kalau saya kena pecat, anak anak saya nak makan apa--"

"Kau ada suami?" Potong Soojin. Lalu wanita itu mengangguk

"Kau tanggung dia jugak ke? Dia jadi biawak hidup? Suruhlah dia kerja! Apa susah?"

"Suami saya stroke... Dia tak boleh bangun. Miss tolonglah... Saya kena kerja untuk bayar bil rawatan dia" Rayu dia lagi

Soojin tergelak sinis

"Biarkan dia mati. Beban kau akan kurang lepas tu. Easy" Tangisan wanita tersebut makin menjadi jadi

Namun Soojin, langsung tidak memberi muka. Dia langsung tidak pedulikan perasaan wanita itu. Bertapa terdesaknya dia merayu

"Keluar. Kalau kau masih nak kerja, hantar sebelum petang ni. Kalau tidak, kau kena cari kerja lain. Dah keluar! Aku taknak tengok muka kau dah! Bawak sampah sampah kau ni sekali!" Kertas kertas yang berada di lantai pejabat Soojin dikuis kuis dengan kaki begitu jijik

Terbongkok bongkok wanita itu mengutip kertas katalog yang dikoyak Soojin sambil teresak esak

" Tak payah menangis. Aku taknak air mata kotor kau yang berkuman tu melekat dekat lantai office aku"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now