21

64 17 2
                                    

[" Puan tak berhenti bersin. Suhu badan dia tinggi. Tapi dia tetap pergi kerja jugak walaupun saya dah cakap Tuan tak bagi dia pergi "]

Sangyeon mengeluh kecil selepas mendengar aduan daripada salah seorang pembantu rumahnya

"Tak apalah. Terima kasih sebab bagitahu"

[" Sama sama, Tuan "]

Panggilan telefon dimatikan

Sangyeon kini berada di hadapan bakeri milik Soojin. Tahu bahawa gadis itu akan berdegil walaupun sudah dilarang

Memang sudah dapat diagak Soojin akan demam hari ini selepas ditinggalkan dalam cuaca sejuk malam tadi

Langkah diatur masuk ke dalam bakeri itu

"Welcome to Keem Patisseries"

Sapa pekerja bakeri itu dengan senyuman mesra

"Eo! Lee Depyonim. Mesti Miss Kim suruh depyonim datang, kan?" Sangyeon hanya mengangguk walaupun kebenaran palsu

"Dia cakap dia tak larat sangat sangat. Saya suruh dia tidur dekat office dia. Depyonim pergilah tengok miss Kim. Kesian saya tengok dia"

Manager assistant, Shin Gyuri

"Thanks. Tak apa ke saya masuk?" Gyuri tersenyum lalu mengangguk

"Jom, saya tunjukkan office miss Kim" Gyuri berjalan di hadapan Sangyeon sementara lelaki itu mengekori langkah Gyuri

Masuk ke dalam dapur sebelum tembus ke sebuah pintu kayu

Disitu terdapat lorong cerah dan dihujung lorong tersebut terdapat sebuah pintu yang tertulis 'Owner Office'

"Sebelum miss Kim kawin dengan depyonim, sinilah sarang dia. Walaupun dia ada rumah sendiri, dia banyak luangkan masa dekat office daripada dekat rumah. Tempat ni dah macam rumah dia pun ada" Terhangguk hangguk kepala Sangyeon mendengar setiap butir perkataan daripada Gyuri

Tanpa mengetuk pintu, Gyuri memusingkan tombol pintu secara perlahan lahan tak mahu mengganggu Soojin yang sedang berehat di dalam

"Thanks, Gyuri" Gyuri tersenyum pada Sangyeon sebelum mengangguk

"Saya pergi dulu" Setelah Gyuri menunduk hormat, Sangyeon terus menutup pintu pejabat itu secara perlahan lahan

Tubuh dipusingkan melihat interior pejabat Soojin

Luas, kemas dan sungguh teratur. Di sebelah kiri ada meja kerja dan almari fail sementara di sebelah kanan terletak sofa yang besar seperti sofa di ruang tamu rumah mereka besarnya

Boleh memuatkan dua orang untuk berbaring. Dan di situlah tempat Soojin sedang berehat

Baring mengiring berselimut tubuh dengan mata terkatup rapat

Sangyeon mengatur langkah menghampiri Soojin. Duduk diatas lantai bersebelahan tempat pembaringan Soojin

Rambut yang menutup separuh wajah Soojin diselak ke belakang secara lembut. Jelas wajah pucat gadis itu. Berkerut sahaja wajahnya walaupun dengkuran halus kedengaran

Sangyeon letakkan belakang telapak tangan pada dahi dan leher Soojin. Merasai haba daripada tubuh gadis itu

Panas

Plastik ubat ubatan yang dibeli di farmasi tadi dibuka Sangyeon. Mengeluarkan sekeping coolfever

Dengan berhati hati coolfever dilekatkan pada dahi Soojin

"Ngghh..." Soojin mengubah posisi pembaringannya. Terlalu hampir untuk jatuh daripada sofa

"Haihlah sayang... Kalau Hotel saya sebelah bakeri ni, dah lama saya letak awak dalam bilik eksekutif" Gumam Sangyeon perlahan sebelum cuba untuk mencempung tubuh Soojin memperbetulkan kedudukan Soojin agar gadis itu selesa

Setelah memastikan Soojin dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, Sangyeon menutup lampu di bahagian sofa agar pejabat itu lebih malap

Selimut ditarik hingga menutup dada Soojin

Dia kembali duduk di lantai. Menjaga gadis itu takut kalau kalau Soojin terjatuh daripada sofa

"Saya minta maaf. Sebab saya awak demam" Kepala Soojin dibelai penuh kasih sayang

Meneliti lama wajah gadis itu dengan senyuman lembut. Menghayati kecantikan yang dimiliki Soojin hingga tidak sedar jari jemarinya sedang mengelus wajah Soojin dengan lemah gemalai

Wajah didekatkan perlahan. Lantas, bibirnya mengucup perlahan pipi comel Soojin beberapa saat

"I'm so in love with you"

▲▲▲

6 hours later

Soojin's Pov

' Jangan lupa makan dan makan ubat.
Hari ni saya tak balik rumah sampai esok pagi. Saya tak nak awak keluar malam lama lama

-Sangyeon '

Nota yang terselit di bawah ubat aku letakkan semula

Keluar malam? Memang taklah. Aku terlalu penat nak keluar

Lagipun esok ada event Business Party. Aku kena sembuhkan diri hari ini jugak

Aku tanggalkan coolfever yang terlekat pada dahi aku. Dah kering dah pun

tok tok tok

"Miss Kim"

Pintu pejabat diketuk daripada luar

"Masuk" Ujar aku kemudian pintunya dikuak perlahan

Muncul Naeun sedang tersenyum sambil membawa sedulang makanan

"Sangyeon depyonim suruh saya pastikan miss Kim makan" Katanya sambil hidangkan makanan

"Kenapa nak ikut cakap dia? Awak pekerja saya bukan pekerja dia"

"Tapi saya taknak bos saya sakit. Kesiannn saya tengok miss sakit. Tak larat. Sampai suami datang jagakan" Senyuman nakal dia terukir

"Merepek je awak ni"

"Sangyeon depyonim temankan miss Kim lama tau? Dia duduk dekat lantai ni. Bila saya suruh dia duduk dekat sofa, dia cakap taknak. Dia takut miss Kim terjatuh daripada sofa sebab dia cakap miss Kim kalau tidur, suka bergerak gerak. Muka dia risau sangat sangat tadi" Beritahu Naeun panjang lebar

Halah. Dah buat orang sakit, pastu konon rasa bersalah. Dasar lelaki

"Untung miss Kim ada suami macam dia"

"Untunglah sangat..."

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now