9

68 18 2
                                    

"Kalau susah sangat, apa kata kau pergi sekolah lama dia. Tanya alamat rumah lama Soojin. Sebab masa dekat universiti, dia dah mula duduk sorang sorang. Semua urusan dia buat sendiri"

Sangyeon mengangguk setuju dengan cadangan Ryun. Dia kini dalam perancangan untuk mengetahui tentang keluarga Soojin yang bagaikan misteri itu

Dan sebab apa gadis itu marah bila disebut mengenai keluarga

"Tapi... macam mana kau nak tahu dia sekolah dekat mana?"

"Aku tahu" Jawab Sangyeon

"Macam mana kau tahu?"

"Adalah..." Balas Sangyeon bersahaja

Beberapa detik kemudian, pintu pejabat Sangyeon diketuk seseorang sebelum terbuka


"Hyung! Kopi kopi~ Aku belanja!"

"Banyaklah! Aku yang belanja! Habis duit aku!"

"Eh kau tu kaya"

"Hyung pun banyak duit. Tu pun suruh orang belanja"

"Aku cashless gila!"

Muncul sudah adik beradik Sangyeon yang kedua dan ketiga

Lee Jaehyun dan Lee Juyeon

"Nah. Iced Americano" Secawan ais americano diletak hadapan Sangyeon

"Ni kau punya. Iced Tea" Satu lagi diletak hadapan Ryun. Terkejut gadis itu dibuatnya

"Untuk aku pun ada??? Wahhhh gumawo~"

"Taklah. Tu kau kena bayar" Senyuman Ryun serta merta mengendur

"Gurau gurau!" Tak semena mena rambut gadis itu menjadi mangsa kezaliman Jaehyun. Dikusutkan rambut rapi Ryun hingga serabut

"Eishhhh! Tak guna!"

"Ni mesti kedai bakery tu lagi, kan? Keem Patisseries" Juyeon tersengih lalu mengangguk

"Haah. Jaehyun hyung nak mengorat cashier dia tu"

"Aku pulak? Engkau tu! Ingat aku tak nampak kau blushing bila barista tu ingat nama kau?"

"Dah kalau hari hari korang berdua pergi sana, manalah dia tak ingat muka?" Ujar Ryun sebelum menyedut air

"Seronoklah environment pekerja dekat sana. Senyum je. Tengok relationship diorang antara pekerja macam family. Ini mesti pemilik dia baik hati. Untung diorang ada bos baik" Juyeon mengangguk setuju dengan apa yang Jaehyun katakan

Baammm!!

Secara tiba tiba pintu pejabat terbuka dengan luas hingga terhentak pada dinding menyebabkan pintu itu membuat bunyi yang kuat

Terhinjut bahu Juyeon dibuatnya. Ryun pula sudah mengusap dada terkejut

Muncul kelibat Soojin sedang berjalan penuh elegan dengan tangan bersilang pada dada

Sangyeon hanya memerhati Soojin daripada atas hingga ke bawah. Memastikan dress yang dipakai Soojin tidak ketat atau menjolok mata

Dress hitam longgar berlengan panjang paras bawah lutut. Kaca mata hitam yang dipakai menampakkan lagi sisi jahatnya

"Kau tak reti nak bukak pintu ke apa?!" Marah Jaehyun

Soojin tidak membalas. Sebaliknya, meletakkan jadi telunjuk pada bibir menyuruh Jaehyun agar diam

Soojin mendekati meja Sangyeon

"Awak nak apa suruh saya datang sini? Cepat sikit... Saya ada kerja nak buat" Ujar Soojin menilik jam pada pergelangan tangannya

"Kau ada kerja ke? Bukan setiap masa berjalan sana sini?" Soojin tergelak sinis

Wajah dipalingkan kearah Juyeon

"Tidur, makan, berjalan, meniarap, merangkak, menangis tu semua kerja. Kau tak pernah pergi sekolah ke?" Sinis Soojin lantas memandang kearah Sangyeon semula

Lelaki itu sedang menghulurkan sekeping kad kredit pada Soojin. Terus berubah air muka Soojin bila terlihat kad hitam tersebut

"Unlimited. Guna sebanyak mana awak nak"

Terbeliak juga mata mata yang menyaksikan. Soojin pula cuba untuk mengawal senyuman dia. Mendatar sahaja wajah ditayangkan

"Awak ingat saya akan terpujuk dan maafkan awak? Tch... Tak akan" Katanya walaupun tangan sedang mencapai kad tersebut. Terukir senyuman pada bibir Sangyeon dengan kelakuan Soojin

"Saya balik lambat harini. Nak ambik kawan dekat airport" Soojin mencebik

"Awak balik ke tak, ingat saya peduli ke?"

"Ini je kan? Saya dah boleh keluar? Panas gila bilik ni" Sangyeon mengangguk

"Banyak dosalah tu" Gumam Ryun di sebelah

"Kau nak tambah dosa aku lagi ke? Tapi tula... Aku kena hantar kau lepak underground" Tajam mata Ryun memandang Soojin. Soojin tersenyum sinis

"Bye"

Baru sahaja dia hendak mengangkat kaki untuk beredar. Secawan ais americano diatas meja Sangyeon menarik perhatiannya

Bukan kerana teringin. Tetapi logo kedai pada cawan tersebut

Soojin capai cawan itu lalu dibeleknya

"Awak nak? Ambiklah"

"Nope. I hate coffee. But you should try the latest menu from this bakery. My favourite. The Bloody Mary cake. Sexy name isn't it?"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now