24

79 19 7
                                    

"Dia tak ada dekat rumah dia"

Sangyeon menraup wajah kasar. Telefon kekal di tangan. Masih mencuba untuk membuat panggilan kepada Soojin walaupun hakikatnya telefon gadis itu telah dimatikan

"Nak cari dekat mana lagi? Aku rasa semua tempat kita dah pergi" Soal Ryun buntu

Setelah kejadian malam semalam, Soojin hilang tanpa dijejaki. Kini sudah hampir ke penghujung hari yang seterusnya. Soojin masih belum dijumpai oleh mereka

Sangyeon makin lama makin kerisauan. Takut perkara tidak baik jadi pada Soojin

"Tak ada ke tempat yang bagi dia ketenangan? Entah entah dia dekat situ" Ryun bersuara

Mengambil masa beberapa saat untuk Sangyeon berfikir sebelum wajahnya terangkat

"Ryun. Kau boleh balik dulu. Thanks tolong aku hari ni. Aku pergi dulu" Tergesa gesa Sangyeon masuk ke dalam kereta

Meninggalkan Ryun seorang di luar

Laju kereta milik Sangyeon memecut pergi

"Wah wah... He's madly in love with her"

"Sampai aku pun kena tinggal! Macam mana aku nak balik ni?"

▲▲▲


Soojin's Pov

Crying endless

Kali terakhir aku menangis seteruk ini selepas kematian Soojin. Sedih yang teramat. Tetapi beberapa hari seterusnya aku bangkit dan terus hidup

Tetapi kali ini, tangisan aku bukan kerana sedih sahaja. Malu dan ketakutan. Aku tak boleh bangkit seorang diri. Aku perlukan seseorang untuk tenangkan aku

Maksud aku, aku perlukan Sangyeon

Baru aku sedar yang aku perlukan dia dalam hidup. Seteruk mana aku benci dia, banyak kali aku sebut yang aku benci dia, aku masih tak boleh menidakkan perasaan yang aku masih perlukan dia dalam hidup aku

Satu satunya comfort zone aku

Kalau betul dia sayang aku dia akan cari aku. Dan kalau dia betul betul datang cari aku dalam masa terdekat ni, aku takkan tolak cinta dia dah

Buk!

"Soojin!"

Wajah diangkat memandang pintu pejabat. Aku berada di bakeri sejak semalam lepas lari daripada Sangyeon

Mengeras tubuh aku melihat Sangyeon meluru kearah aku dengan wajah kerisauan. Dia betul betul cari aku

Dan dengan itu, gelombang tangisan aku kembali terusik.

He really came!

"S-Sangyeon... hiks..."

Sofa di sebelah aku diduduknya. Menarik tubuh aku hingga termasuk dalam dakapannya

"I-I hate myself hiks... s-saya dah putus asa nak hidup. Saya dah taknak hidup" Adu aku padanya sambil tersedu sedu. Tidak ubah seperti kanak kanak sedang dipujuk ibu setelah terjatuh

"Tak jangan"

"T-tak ada siapa senang dengan saya..."

"I do" Ujarnya memeluk aku dengan erat. Sempat satu kucupan dihadiahkan pada dahi aku

"I love you so much. Saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya janji takkan tinggalkan awak sorang sorang. Tak ada siapa boleh sakitkan awak lagi. Hati saya luluh bila tengok awak menangis teruk sampai macam ni. Awak dah terlalu lama pendam setiap dugaan dan pura pura kuat depan orang lain. Sampai masanya awak dah tak kuat dan muntahkan segala galanya. Saya minta maaf saya baru sedar" Terus aku peluk dia erat hingga wajah tersembam pada dadanya menangis teresak esak

Terasa sungguh bersyukur ada manusia yang faham apa yang aku rasa. Ini yang aku perlukan dan Sangyeon sahaja dapat beri apa yang aku mahukan

"A-awak... awak takkan tinggalkan saya?"

"Never. Walaupun awak suruh, saya takkan berganjak"

"T-thank you..." Ucap aku perlahan. Meringkuk di dalam pelukan dia dengan selesa

Lama aku menangis. Menghamburkan segala galanya sambil Sangyeon memujuk aku dengan kata kata yang manis dan lembut

Beberapa minit kemudian, tangisan aku menjadi reda meninggalkan sedu senda sahaja

"A-awak dah tahu..." Bukan soalan. Itu kenyataan

Dia tahu segala galanya. Sebab itu dia larang aku

"Yes... Maaf... Saya tak bagitahu Younghoon yang jemput awak malam tu" Aku menggeleng kepala. Tak marah tentang Younghoon. Aku memang rindukan dia

"Mesti awak b-benci saya, kan? Guna nama orang. Bukan nama asal--"

"Itu bukan masalah. You are you. Tak perlu tentukan dengan nama. Dan saya cintakan awak sebagai awak. Tak kisahlah nama awak Kim Minyoung atau Kim Soojin, saya tetap sayang awak" Ucapnya

"M-minyoung... nama tu buat saya takut. Saya gunakan nama Soojin sebab dia pernah jadi kekuatan saya. Rasa bebas. Tak macam Minyoung. Ia bangkitkan childhood trauma saya dan buat saya lemah..." Terang aku penyebabak aku menukar nama

Sangyeon mengangguk faham

"Did you sleep last night?" Aku menggeleng kepala perlahan

"Makan?" Sekali lagi aku menggeleng

"Saya... lapar" Adu aku perlahan lahan. Malu sebenarnya. Bukannya pernah aku nak peluk dia macam ni

"Awak nak makan apa? Saya beli"

"Can I ask for anything?" Tanya aku terlebih dahulu

"Sure sweetheart"

"Nak creamy pasta with mushrooms awak masak" Senyuman Sangyeon tersumbing buatkan wajah aku terasa membahang

"T-tak apalah tak jadi" Ujar aku malu malu kembali sorokkan wajah pada bahu dia

Tawa Sangyeon terhambur. Terketap bibir aku menahan malu

"Boleh. Untuk awak semua boleh"

Seraya itu, Sangyeon bangkit mencempung tubuh aku ke udara. Disebabkan aku tak bersedia, aku terus cengkam bahu dia kerana terkejut

"Fuck nasib tak jatuh!" Tak pasal pasal bahu dia jadi mangsa pukulan aku. Dia dah lali dengar aku mencarut

Cuma tersenyum dan bawa aku keluar

"Jom balik rumah kita"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿDonde viven las historias. Descúbrelo ahora