16

72 17 4
                                    

Soojin's Pov

Sebelah tangan bercekak pinggang manakala sebelah lagi terletak pada dahi

Jantan tak guna ni...

DIA MINTAK AKU TOLONG LAPKAN RAMBUT DIA DAN PAKAIKAN BAJU PULAKK

Dia sedang duduk dibirai katil hanya dengan tuala di pinggang. Aku pula pusing membelakangi dia. Terfikir semula kenapa aku pilih untuk hidup?

Separuh bogel macam nak menggoda aku je. Ni kalau perempuan lain, dah meleleh air liur tengok Sangyeon agaknya

"Tolonglah Soojin"

"Awak boleh guna sebelah tangan lagi, kan? Guna jelah!"

"Lambatlah kering nanti"

"Biar dia kering sendiri tak boleh ke? Kenapa nak menyusahkan saya jugak?"

"Okay kalau macam tu, tolong saya pakai baju" Bibir diketap. Sumpah rasa geram

Tangan dia sebelah je tak boleh function!

"Awak nak saya patahkan tangan awak lagi sebelah ke? Biar dua dua tak boleh guna terus?"

"Kalau dah patah dua dua, awak kena mandikan sayalah" Nafas dihembus berat kerana geram

Dia ni! Nasib baik sakit je tahu?!

"Why did I choose to marry him? Sekarang aku kena hadap benda ni sampai dia sembuh!" Gumam aku sendiri tetapi aku yakin Sangyeon dengar. Saja bagi dia dengar

Ni nak sembuh sampai berapa bulan? Eyy akulahh

"Soojin please" Rayu Sangyeon sekali lagi

Aku pusingkan tubuh. Menghadap dia dengan muka paling menyampah. Ingat aku suka ke tengok dia dalam keadaan separa bogel tu? Lelaki memang macam ni eh? Saja nak tunjuk body. Murah!

Langkah diatur kearahnya kemudian merentap kasar tuala mengelap rambut di sebelah Sangyeon

Dia senyum pada aku dengan senyuman paling menjengkelkan

"Thanks~"

"Diamlah. Dasar baby besar" Makin melebar senyuman Sangyeon

Dia ni memang suka perasan aku panggil dia baby kan?

"Awak memang suka panggil saya baby eh?"

"That was not a compliment, dumb dumb. Saya panggil awak baby sebab saya benci baby" Ujar aku sambil menggenyeh rambut dia kasar

"Lembut sikit tak boleh? Tercabut kepala saya nanti"

"Tak boleh" Kata aku dan teruskan mengelap rambut dia. Sangyeon sudah pasang muka pasrah

Padan muka!

Bila aku rasa rambut dia sudah kering sedikit, aku teruskan dengan baju pula

Kepala dahulu dimasukkan sebelum tangan yang masih elok. Seterusnya, tangan yang patah tu pula

"Tsskk..." Desis dia dengan wajah berkerut menahan sakit

Terus aku perlahankan pergerakan. Memastikan dia tidak terasa sakit semasa memakai baju

Lepas tu dah! Siap pakai baju

"Okay done! Saya nak--"

"Seluar?"

Kata kata aku terpotong

"Pakailah sendiri!"

"Tak bolehlahh!"

"Hey hey! Seluar boleh pakai sebelah tangan awak tak payah nak mengada ngada!"

"Tolong saya boleh? Awakkan isteri? Saya tak kisah awak nak tengok body saya"

"Mata saya yang kisah!" Disebabkan aku rasa geram, tangan patah dia jadi mangsa kekejaman aku

Tanpa rasa bersalah aku tepuk tangan bersimen dia

"Ark arkhhh!!! Sakitt!!!" Bergema seluruh ruang bilik dengan suara jantan Sangyeon

"Mengada lagi! Memang mendapatlah jawabnya!"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now