18

56 16 0
                                    

"Heish... Apa yang lambat sangat dia ni?"

Sesekali aku membaca digit pada jam tangan. Dah dekat 10 minit aku tunggu Sangyeon turun ke lobi

Bukan main suruh aku ambik dia dan jangan lambat! Dasar ya lelaki tu!

Aku terpaksa jadi driver BERBAYAR dia sebab kereta dia masih dekat bengkel. Ya berbayar. Remember black card dia tu? Itu deal dia. Dan aku pun apa lagi? Takkan nak tolak? Of course aku terima. Bab duit. Memang mudah nak buat aku cair

Money is tempting. Same as me

"Soojin"

Nama aku tiba tiba dipanggil suara yang asing. Lantas aku mengangkat wajah. Datang seorang perempuan berpakaian staff hotel ini kearah aku

Macam kenal? Ouh cousin Sangyeon...

"Sangyeon turun lambat sikit. Meeting dia belum selesai" Aku berdecit

"Seriously? Habis tu apa aku buat dekat sini lama lama? Jadi statue dekat hotel yang dah nak roboh ni?" Nampak Ryun mencerlung aku tajam

Tahu dia benci aku. Semua orang benci aku. Ada aku kisah? Never

"Kalau kau bosan sangat, apa kata kau ronda ronda hotel ni?" Soal dia cuba berlagak tenang

"Why would I?"

"Just in case. Sekurang kurangnya kau boleh explore apa lagi yang ada dekat hotel ni selain daripada kau balik dan teruskan dengan kerja kau jadi Cruella De Vil tu" Bidas Ryun sebelum tersenyum manis

Aku senyum sinis. Ingat aku nak terasa ke? Daripada dulu dia panggil nama itu. Sakit hati? Tak pernah pun

Daripada duduk, aku bangkit daripada sofa

"Fine. Tapi kau kena bawak aku" Ryun tersenyum mesra sebelum mengangguk. Sebelah tangan dia mula menunjuk arah

"This way, mrs Cruella"

▼▼▼

"Executive rooms. Untuk tetamu VVIP"

"The smell---"


"Kau diam boleh? Annoying kau tahu tak? Tak habis habis nak kutuk hotel ni. Bau apa pulak kali ni?" Potong Ryun lalu mengeluh berat

Sejak kami jejak dalam lift tadi, aku dah mula dengan mulut puaka aku. Kritik macam macam walaupun banyak benda yang tak masuk akal. Contohnya, kenapa air dalam kolam ni warna biru bukan jernih

Saja buat dia naik angin

Aku mencebik memandang Ryun

"Aku baru nak puji tempat ni bau wangi. Kau apahal potong line aku?" Sebut aku sedikit marah

Ryun buat buat terkejut. Tangan ditekup pada mulut

"Ouh finally! Something nice came out from your evil mouth! Congratulations mrs Cruella!" Sarkastik dia membidas lantas menjeling aku. Aku juga balas jelingan dia

Sama sama membenci. Tapi masih berjalan seiring juga. Minah ni yang clingy

Semasa dia sibuk menunjukkan setiap bilik, tiba tiba tubuh aku dirempuh daripada belakang dengan kuat hingga aku terdorong ke depan

"Ops! Sorry! Tak nampak you dekat depan"

Terus aku pusing ke belakang

"Mata kau tu letak dekat punggung ke apa?!" Jerkah aku lantang. Bergema suara aku di koridor yang sunyi ini

"S-soojin... Please jangan buat hal dekat sini..." Bisik Ryun cuba menarik aku

Lelaki yang langgar aku itu tertawa sinis. Kaca mata hitam berjenama chanel dilorotkan ke bawah. Memandang aku sambil mencebik

"Punggung you ke punggung I? Suka hati I lah. Siapa suruh you jalan depan I? Dahlah slow. Dasar sloth!" Kutuk dia

Aku dah tak menahan sabar. Satu tapak mara ke hadapan. Makin Ryun tarik tangan aku ke belakang

"Soojin, sudah! S-sir. I'm sorry about this. Saya janji benda ni takkan berulang lagi" Ujar Ryun meminta maaf. Risau reputasi hotel ini merundum gara gara aku

"Asal nak minta maaf? Siapa yang buat siapa huh?"

"Y-ye aku tahu kau marah. Tapi lelaki ni, anak president company besarlahh!" Bisik Ryun memberi amaran

"Tch... Peduli apa aku?"

"Aku yang peduli-- Errr... Sir, silakan lalu. Sekali lagi saya minta maaf" Ryun tolak aku ke tepi. Memberi lelaki itu laluan

Ryun tunduk hormat. Tetapi aku tidak. Memandang lelaki itu tajam seperti nak bunuh dia hidup hidup

Sempat aku menangkap senyuman misteri dia. Menghampiri aku hingga hujung kasut kami berlaga

Wajah masih kekal berkerut. Namun dia, senyum menggoda terukir di bibir

Tangan dia naik. Mengelus wajah aku menggunakan jari jemari dia. Serta merta tubuh aku mengeras

"Fiesty. I like" Katanya lantas mengambil selangkah ke belakang. Kini tubuh aku dipandang dia daripada atas sampai ke bawah sambil bersiul miang

"Nice body. Hahaha" Dia ketawa lalu meninggalkan aku dan menuju ke biliknya

Ryun saksikan segala galanya. Hingga ternganga gadis itu

Aku pula sudah menggenggam penumbuk. Terasa magma gunung berapi hendak meletus

"S-soojin--"

Lantas aku menoleh kearah lelaki itu. Kasut tumit tinggi yang aku pakai ditanggalkan lantas berlari laju kearah dia

"Soojin!" Teriak Ryun memanggil aku. Namun aku abaikan sahaja panggilan dia

Pintu bilik yang baru sahaja hendak ditutup aku tendang kuat hingga pintunya terbuka

Terkejut jantan tak guna itu dengan serangan tiba tiba aku

"Wow wow relax sexy girl! You nak apa--"

Laju aku menghayun kasut tumit tinggi aku hingga terkena kepala dia

Kesannya, pelipis dahinya terluka lalu berdarah dek kerana tumit kasut aku yang tajam

"What the fuc--- CRAZY WOMAN!"

"I am! How dare you testing my craziness!"

▼▼▼

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now