12

65 18 2
                                    

Soojin

Saya nak dtg
kedai bakery
awak boleh?

nak location

tk boleh

[ this number has blocked you ]

Berat Sangyeon mengeluh sambil menyimpan telefon bimbitnya kedalam kocek seluar. Tak puas hati pula bila Soojin memilih untuk merahsiakan tempat kerjanya

Pagi tadi, seawal pukul 6 pagi Soojin sudah bangkit dengan uniform chefnya. Tak sempat pula Sangyeon hendak melihat logo pada uniform itu kerana terlalu mamai

Entah mana kewujudan uniform itu pun tidak diketahui. Soojin benar benar tidak mahu Sangyeon mengetahui tempat kerjanya

"Tak apa. Lambat lambat aku tahu jugak kau kerja dekat mana" Gumam dia perlahan

Sudah puas Sangyeon sebagai pemilik hotel memusing seluruh tempat untuk memastikan keadaan hotel berada di dalam keadaan baik. Kepuasan pelanggan adalah paling diutamakan

Langkahnya diatur menuju ke dewan yang telah ditempah untuk keluarga Younghoon

Persiapan sedang dijalankan. Dengan tema 'Gold and white'. Warna kesukaan bapa Younghoon. Sungguh mewah seperti yang dimahukan

"Sangyeon depyonim" Panggil satu suara tidak jauh daripada Sangyeon

Lantas dia menoleh. Melihat Ryun tunduk hormat padanya

Sangyeon mencebik

"Kau bila dengan aku sorang, terus tak rasa hormat ya?" Ryun tersengih

"Macam mana dengan persediaan majlis?"

"Semua beres"

"Yakin?" Ryun mengangguk

"Younghoon-nim datang semalam. Dia dah confirmkan semuanya"

"Good..."

"Aku ada lagi satu benda nak bagitahu" Suara Ryun berubah nada

Perhatian Sangyeon mula 100% pada gadis itu

"Sekolah yang kau cakap tu, tak ada maklumat pasal Kim Soojin" Dahi Sangyeon berkerut sekilas

"Tak ada? Maksudnya?"

"Sama ada Soojin tak sekolah dekat situ, ataupun kau yang salah pilih sekolah. Kau yakin ke Soojin bersekolah dekat situ? Mana kau tahu yang dia sekolah dekat sana?"

"Aku tak seberapa pasti. Itu sekolah aku dulu. Dan aku yakin, aku pernah nampak muka Soojin dekat sekolah tu. Walaupun masa tu aku tak tahu nama dia" Ryun tergelak

"Seriously? Dalam dunia ni, ada lebih kurang 6 orang yang sama rupa macam kita. Kau pasti tu Soojin?" Sangyeon menjungkitkan bahunya

"Dia nampak lagi lembut dan periang masa aku nampak dekat sekolah tu"

"Sah. Sah tu bukan Soojin" Pantas Ryun menyambung

"Ryun..."

"Apa? Betullah. Dahla. Aku ada banyak kerja nak buat. Adios!" Ujar Ryun kemudian pergi meninggalkan Sangyeon

Sibuk dengan banyak perkara tentang hotel ini

"Erm Ryun!"

"What?"

"Kau tahu Soojin kerja dekat mana?" Mulut Ryun ternganga dengan dahi berkerut

"Seriously?! Dia wife kau ke aku gila?!"

"Aku tanya, kan? Kau pahal nak marah aku? Aku bos ke kau bos?" Ryun menggulingkan matanya menyampah

"Well I'm so sorry~ Mr. CEO. Apa kata depyonim pergi check sendiri? Setahu saya, saya tak rasa dia ada kerja selain mengikis harta orang!"

"Jaga mulut Ryun"

"My mouth, my choice. And she's a bad ass"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now