22

59 17 0
                                    

"Kita dah sampai"

Bangunan sebuah sekolah menengah yang masih gah berdiri dipandang Sangyeon dan Ryun dari dalam perut kereta

"Kau yakin Soojin sekolah dekat sini dulu?" Soal Ryun menginginkan kepastian

Sangyeon mengangguk tanpa ragu ragu

"Dan aku yakin ssaem yang jadi guru kelas dia masih mengajar dekat sini. Mesti dia boleh tolong kita punya" Tali pinggang keledar dibuka sebelum menolak pintu kereta

"Dah jom"

▼▼▼

"Lee Sangyeon? Dah besar panjang kamu!"

Tubuh tegap Sangyeon dipeluk oleh seorang lelaki separuh abad merangkap guru di sekolah Hanlim

Sangyeon dan Ryun menuju ke sekolah lama Soojin untuk mengetahui maklumat tentang dia. Berjumpa dengan guru kelas lama Soojin

"Eo? Sangyeon, kau tak cakap pun kau sekolah sini dulu?" Pelik Ryun apabila guru itu mengenali Sangyeon

Sangyeon cuma tersenyum

"Ssaem sihat?"

"Sihat. Lagi dua tahun dah nak bersara pun masih boleh panjat tangga lagi. Jangan risau" Ujar Ssaem Ahn lalu Sangyeon ketawa kecil

"Kenapa datang ni?"

"Saya nak tanya sesuatu. Hal sulit tentang pelajar lama. Ssaem boleh tolong?"

"Saya akan cuba bantu mana yang boleh" Lantas Ryun menghulurkan gambar kelas Soojin kepada Sangyeon

"Saya nak tahu maklumat pelajar ni" Gambar Soojin ditunjuk Sangyeon pada Ssaem Ahn

Tersenyum lebar lelaki tua itu dibuatnya

"Pelajar lama saya. Ssaem kenal sangat dengan keluarga dia ni. Orang yang baik baik, penuh adab sopan. Tapi sayang, cari ibu bapa pelajar ni didik dia agak extrem"

"Maksud ssaem?" Soal Sangyeon ingin kepastian

"Ibubapa pelajar ni sediakan jadual harian untuk anak anak. Setiap detik dikira. Lambat sikit, ada saja hukuman yang dia kena. Ssaem ingat lagi, dia selalu datang jumpa saya mengadu yang dia kena denda tak boleh makan sehari. Dia duduk dekat sekolah lama atas alasan kelas tambahan walaupun sebenarnya dia taknak duduk dekat rumah"

"Dalam adik beradik, dia ni sorang saja yang berani melawan walaupun akan terima padahnya. Nasib anak tengah. Memang macam tu kut"

"Keluarga dia ni orang kaya. Tapi sayang. Kaya, tak bermaksud bahagia" Panjang lebar Ssaem Ahn menceritakan tentang keluarga tersebut

"Boleh saya tahu nama dia?" Kali ini Sangyeon bertanya. Walaupun sudah tahu, dia cuma mahukan kepastian

"Mestilah. Nama dia, Kim Minyoung"

"Eh?" Terkejut Ryun dan Sangyeon memandang satu sama lain

"Adik Kim Younghoon-nim?"

"Betul tu. Ini adik dia. Kim Younghoon. Dah berjaya dia sekarang. Jadi model. Hahaha" Tawa Ssaem Ahn bangga dengan kejayaan lelaki itu

"Nama dia... bukan Kim Soojin?" Curiga Sangyeon

"Ouh Kim Soojin. Kim Soojin yang ini" Gambar gadis yang sedang memeluk bahu Kim Minyoung ditunding Ssaem Ahn

"Minyoung dan Soojin kawan rapat. Keluarga Soojin biasa biasa sahaja. Dia selalu ada dengan Minyoung. Boleh dikatakan, kawan nakal. Setiap kali Minyoung menangis, dia akan suruh Minyoung lawan perasaan tu. Kiranya, pengaruh dialah Minyoung berani jadi degil"

"Sampaikan ibu bapa Minyoung larang Soojin daripada jumpa Minyoung. Kononnya pengaruh tak baik" Sangyeon mengangguk faham

Meneliti gambar Soojin lama. Langsung tak sama dengan Soojin yang sekarang. Lain

Tetapi Minyoung, ada segala ciri ciri

"Kim Soojin dah meninggal. Dia meninggal sebab cancer" Sambungan tersebut buatkan kedua dua mereka ternganga dengan mata terluas

"Sehari sebelum result CSAT. Hari kejatuhan Kim Minyoung yang periang. Perubahan Minyoung memang nampak ketara. Langsung tak ceria dan kerap menangis. Satu satunya kawan baik dia dah pergi. Dia kena hadap ahli keluarga dia sorang sorang"

"Dan kali terakhir Ssaem dengar berita tentang Minyoung, semasa Younghoon cari ssaem. Dia cakap, Minyoung dah dua hari tak balik rumah. Sampai sekarang ssaem tak tahu Younghoon dan jumpa Minyoung atau tak" Ryun mendengar cerita Ssaem Ahn sedikit sebanyak terasa sebak

Berbeza pula dengan Sangyeon. Memikirkan tentang identiti sebenar dan kesahihan cerita tersebut

"Kim Minyoung adik Younghoon. Kim Soojin, dah meninggal. Habis tu Soojin..."

Ryun terus tersedar

"Minyoung tukar nama dia jadi Soojin" Ujar Ryun sebelum menekup mulut. Terkejut dengan teori sendiri

"Wah meremang bulu roma aku! Macam mana dia boleh sorokkan identiti dia macam tu? Takkanlah tak ada sesiapa yang tahu??"

"Younghoon" Ujar Sangyeon perlahan

"Younghoon dah lama tahu"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now