20

60 17 0
                                    

Soojin's Pov

"Saya bosan. Jom keluar"

Dengan tak ketuk pintu, aku dengan selamba ceroboh masuk ke dalam bilik kerja Sangyeon

Dia yang tengah ada meeting secara atas talian terus terangkat kepala memandang aku

"Sekarang?" Aku mengangguk

"Saya ada meeting ni"

"Kalau awak taknak tak apa. Saya pergi sorang sorang--"

"Kita berhenti setakat ini sahaja. Perbincangan akan diteruskan dalam mesyuarat minggu hadapan. Terima kasih pada semua yang hadir"

Pantas sahaja tangan dia menekan nekan papan kekunci sebelum menutup laptop

Agak kagum. Dia sanggup tangguhkan kerja demi luangkan masa dengan aku

Wow

"Awak dah siap?" Soalnya. Lantas aku mengangguk

Dia pandang aku daripada atas hingga ke bawah

Sudah jadi rutin. Mata dia tu ibarat scanner tengok baju aku ketat ke tidak

"Baju ni nipis. Malam ni sejuklah"

"Tch... Bukannya mati pun kena sejuk"

▲▲▲

Menyesal

Tak guna punya angin malam. Bukan main kau nak tiup sejuk sejuk hari ni! Tau tau sahaja aku pakai baju nipis!

Aku nak sangat berjalan jalan dekat taman sungai Han. Kan dah mendapat cuaca sejuk? Tulah degil taknak tukar baju tadi

Aku jeling kearah Sangyeon

Dia dengan selesanya pakai jaket tebal menikmati jalan jalan malam kami ni sambil senyum senyum

Eish

Aku dah mula rasa hidung aku nak menghasilkan mukus

Oh no

"Dah suruh tukar baju tadi, taknak. Degil lagi tak nak dengar cakap suami" Suasana sunyi tadi mula dipecahkan oleh suara Sangyeon

"Diam ah..." Sangyeon ketawa

"Sejuk?"

"Ish..."

"Nak share jaket saya?" Terus aku pandang kearah dia dengan mata bersinar sinar

"Nak! Cepat tanggalkan!"

"Siapa cakap saya nak tanggalkan jaket ni bagi awak? Habis tu biar saya sejuk?" Terus berkerut wajah aku menahan marah

"Dah tu tak payah lah offer! Ey saja nak buat orang naik angin!" Sekali lagi dia tergelak

"Yelah yelah. Meh sini" Dia buka zip jaket tebalnya kemudian membuka jaketnya luas luas

Aku cakap dia buka. Bukan tanggal. Aku pun tak faham apa masalah dia ni

Aku pandang dia pelik

"Hug me"

"Euw no!" Aku buat muka jijik sebelum berjalan tinggalkan dia

Peluk dia? Jijik gila! Bapak kedekut taknak tanggal jaket! Lepas tu saja nak ambik kesempatan

Aku rela kesejukan daripada peluk dia

"Hachum!" Bersin aku secara tiba tiba dengan kuat. Langsung tak boleh nak cover ayu dah

Langkah aku terus terhenti. Gelombang kedua bersin akan tiba

Sebelum sempat aku hendak bersin, tubuh aku tenggelam di dalam jaket tebal Sangyeon. Dia dakap aku daripada belakang. Bukan aku sahaja terkejut. Hidung aku pun sama. Sampai bersin pun tak jadi nak keluar

Aku berdiri kaku di situ. Rasa nak lawan, tapi terasa selesa la pula!

"Saya taknak awak demam" Katanya lembut

Tubuh dia aku tolak daripada belakang hingga Sangyeon lepaskan dakapan

Aku hadap dia dengan wajah marah. Sangyeon pula jelas kecewa aku reject dia

Tetapi sesaat kemudian, aku menyelinap masuk ke dalam jaket dia semula. Wajah disembamkan pada bahu dia. Membiarkan haba daripada badan Sangyeon menghangatkan hidung aku yang sudah membeku sambil peluk dia longgar

Dapat aku dengar detakan jantung Sangyeon

Perlahan Sangyeon menutup tubuh aku dengan jaket tebalnya sebelum membelai rambut aku perlahan. Suatu tawa kecil terlepas daripada bibirnya

"Cute"

"Tolong eh... Saya sejuk. Bukannya sebab saya nak peluk awak!"

"Fine, mrs attention seeker"

"What did you just call me?"

"Mrs. attention seeker. Salah ke? Awak ajak saya dating dekat taman malam malam tiba tiba. Lepas tu taknak pakai baju tebal walaupun saya dah cakap malam ni cuaca sejuk" Terus aku keluar daripada jaket dia

Pandang dia tak puas hati

"Awak ingat ini first time saya keluar 'dating'. Awak taknak fikir saya ke mana bila balik lewat malam?" Sangyeon tidak menjawab soalan aku. Aku rasa dia tahu apa maksud aku

"The same place. With different guys" Sangyeon tertawa sinis

"Wow... Guys" Ulang Sangyeon sebelum memusingkan tubuh dan berjalan tinggalkan aku

Dengan agresif dia zip jaket dia semula dan masukkan tangan ke dalam poket jaket

Weh? Macam tu je dia tinggalkan aku?

"Yah! Kita tak sampai tempat yang kita nak tuju lagi!"

"Pergilah sorang sorang!" Balas Sangyeon

"Call your 'guys', Kim Soojin. Suruh diorang hantar awak balik rumah lepas dah puas!"

"Seriously?! Awak cemburu ke apa?!" Langkah Sangyeon makin laju tinggalkan aku

Makin laju dia berjalan, makin jauh jarak kami sampai aku yakin dia takkan dengar suara aku

Dia betul betul tinggalkan aku kesejukan dekat sini

"I HATE YOU!"

"Hachum!"

"URGHH!! TAK GUNA PUNYA JANTAN!"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now