25

57 16 4
                                    

"Awak dah tidur?"

Sangyeon berbisik perlahan

Soojin baring berlapikkan lengan sasa Sangyeon sambil memeluk longgar tubuh lelaki itu

Rasanya baru sahaja tadi gadis itu berniat hendak menonton movie bersama sama diatas katil. Tiba tiba sahaja telinga Sangyeon menangkap bunyi dengkuran halus

Benar benar di dalam keadaan selesa selepas kenyang mengisi perut

Sangyeon membetulkan posisi tidur Soojin. Menyorongkan bantal di bawah kepala gadis itu

Kemudian, Sangyeon baring mengiring menghadap Soojin. Wajah gadis itu diteliti lama

Terpancar wajah tidak cukup tidur Soojin bercampur dengan muka bengkak kerana terlalu banyak menangis. Walaupun dalam keadaan itu, kecantikan Soojin masih tidak pudar. Kelihatan lebih naif dan polos

Rambut Soojin yang terjurai diselak ke belakang

Secara tiba tiba Soojin seakan akan teresak di dalam tidur. Sangyeon terpana buat seketika

Hidung Soojin kembali merah sebelum air mata mengalir di sebalik kelopak mata yang terkatup. Dia sedang menangis

"H-help... takut... saya t-takut" Soojin meracau di dalam tidur

"Soojin ah" Panggil Sangyeon risau. Seakan akan gadis itu peka namanya dipanggil

Terus dia meraba abdomen Sangyeon sebelum memeluk tubuh sasa Sangyeon dengan erat

Soojin kembali tenang

Tangan Sangyeon melingkari pinggang Soojin menarik gadis itu lebih rapat

Sekilas kucupan dihadiahkan pada dahi Soojin

"Sleep well, sweetheart"

▲▲▲

📍 Keem Patisseries

"She's fine right?"

"Kau pun nampak apa jadi hari tu?" Juyeon mengangguk

"Rasa kesian pun ada. Baru aku tahu kenapa dia berubah"

"Itulah... Kalau aku tak ikut Sangyeon jumpa guru kelas lama Soojin, sampai bila bila aku tak tahu kisah sebenar" Balas Ryun lalu mengunyah apple pie yang dipesannya

Mereka kembali rancak berbual tentang perkara yang jadi di majlis bapa Younghoon. Memang mereka dijemput ke majlis itu dan secara kebetulan menyaksikan apa yang berlaku terhadap Soojin

Jujur mereka amat bersimpati. Kasihan terhadap Soojin yang dilayan seperti anak buangan oleh keluarga itu

"Hah mengumpat"

Terjungkit bahu Ryun apabila muncul satu suara tiba tiba daripada belakangnya

Jaehyun dan Juyeon kekal tenang. Sudah tahu ketibaan dia memandangkan mereka menghadap kearah pintu kecuali Ryun

Sangyeon mengambil tempat di sebelah Ryun yang sedang menarik nafas

"Kalau aku tercekik garfu ni macam mana?!"

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now