14

66 17 6
                                    

📍 Keem Patisseries

"Good morning, miss kim~"

"Awalnya datang!"

Ucapan para pekerja di bakeri buatkan Soojin tersenyum mesra. Senyuman setiap pekerjanya itu diperhatikan. Seperti tersembunyi satu usikan

Jam ditilik. Dia sampai lambat setengah jam hari ini

"Awak semua perli saya ke apa?"

"Hehehe~ Kita gurau gurau je" Soojin hanya mampu tersenyum. Sudah terbiasa dengan gurauan mereka

"Banyaklah korang. Dah sambung buat kerja"

"Miss kim, kalau harini dua beradik handsome tu datang lagi, kami nak mengorat boleh?"

"Korang semua? Bukan Naeun dengan Byun dah cop dulu ke?" Senyuman nakal diukir. Memandang penjaga kaunter dan barista bakeri yang sudah terketap bibir memandang bawah manahan malu

Bukannya dia tidak tahu siapa 'dua beradik handsome' yang dimaksudkan mereka. Juyeon dan Jaehyun

Soojin juga tahu bahawa dua pekerjanya itu sentiasa ternanti nanti kehadiran mereka

"Wuuuuu!!! Dah kantoiii!! HAHAHAHA!"

"Miss nak tahu takk! Semalam diorang tak datang, Naeun dengan Byun hampir resign kerja!"

"Woy! Banyak banyak pulak kau tambahan ajinomoto! Mana ada aku nak resign!"

"Entah! Miss tengok dia tipu!" Soojin tergelak kecil

"Dah tak payah nak gaduh gaduh. Buat kerja cepat"

"Ai ai miss lawa!" Serentak mereka memberi tabik pada Soojin

Kehidupan Soojin di bakeri dan di luar sungguh berbeza. Di bakeri, tiada sesiapa pernah menjadi bahan tengkingan Kim Soojin. Semua pekerjanya bagaikan keluarga. Soojin menjadi tempat luahan perasaan pekerja dan teman berborak ketika bosan

Berbeza di luar. Perwatakan yang sungguh kejam di mata semua orang

Dan disebabkan itu, figura lelaki yang berada tidak jauh daripada pintu kedai terkedu melihat senyuman manis Soojin

Sungguh dia terpukau hingga matanya tidak berkelip

Bila susuk Soojin sudah lesap, barulah Sangyeon membuka langkah masuk ke dalam bangunan dua tingkat itu

Sangyeon datang bersama Soojin tadi. Kedua duanya telah membuat persetujuan bersyarat

Sangyeon tidak akan membuka rahsia bahawa Soojin pemilik bakeri yang sentiasa mempunyai aura positif itu. Dengan syarat, Sangyeon boleh ikut ke tempat kerja Soojin hari ini

Ting!

"Selamat datang~ omo! Lee depyonim! Annyeonghaseyo!"

"Annyeonghaseyo depyonim~ Selamat datang~" Sapa kesemua pekerja dengan senyuman mesra yang ikhlas

Secara tidak langsung, bibir Sangyeon terangkat turut tersenyum. Menyapa kesemua pekerja bakeri itu

"Yah Lee Sangyeon"

Pantas Sangyeon menoleh kearah pemilik suara. Soojin memandang dia dengan pandangan mendatar

Soojin tilikkan kepalanya sedikit. Menyuruh Sangyeon mengikut dia dengan isyarat kepala sahaja

Sangyeon mencebik. Langkah diatur menghampiri wanita itu

"Pandai senyum rupanya"

"Shut up" Pintas Soojin laju

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now