19

59 17 0
                                    

"He touched me!"

Sejejak sahaja Sangyeon masuk ke dalam pejabat, Soojin terus sahaja mempertahankan dirinya

Tindakannya tadi sudah menyebabkan masalah yang besar kerana mencederakan salah seorang anak kepada presiden sebuah syarikat ternama

Sangyeon melangkah kearah Soojin yang duduk di sofa pejabatnya. Berdiri di hadapan gadis lalu menghembus nafas

Baru sahaja pulang daripada berbincang dengan pihak lelaki itu

Soojin mendongak memandang Sangyeon. Sudah bersedia untuk mempertahankan diri kalau kalau Sangyeon menyalahkan dia kerena kejadian tadi

"Kalau awak marah saya sebab pertahankan maruah--"

"Siapa cakap saya nak marah?" Potong Sangyeon

"Dia sentuh awak? Dekat mana?" Sambung Sangyeon lagi. Terpana Soojin dibuatnya. Tak menyangka Sangyeon datang tanpa bebelan kerana telah menghancurkan reputasi hotel itu

Soojin melekapkan tangan pada wajahnya

"Sini..."

Sangyeon mengangguk kecil. Gigit diketap menahan rasa

"Good job" Puji lelaki itu mengelus lembut rambut Soojin

"Saya kagum dengan tindakan awak. Tapi kenapa luka kecik je? Kenapa tak cucuk terus mata dia guna tumit kasut awak?" Soojin mengerutkan dahi

"Saya saman dia sebab sexual harassment. Dan bagi hadiah kecil sebelum dia pergi"

"Hadiah apa?" Sangyeon tak menjawab. Sebaliknya, menjungkitkan bahu

"Entah" Makin berkerut dahi Soojin dibuatnya. Dan ketika itu, pandangan Soojin jatuh pada tangan kiri Sangyeon

Jelas kesan merah dan luka kecil pada buku lima Sangyeon. Soojin diam seketika memproses segala galanya sebelum mata terbuka memandang Sangyeon

"Awak... bunuh dia?"

"Mana ada. Saya terlalu muda untuk jadi sexy criminal. Just a little gift sebab dah sentuh isteri saya. Tapi makan berbulan jugak untuk dia elok. Sebelah saja dah boleh menyusahkan. Jadi saya bagi dua dua belah terus" Ayat terakhir itu, Sangyeon berkata sambil menunjuk tangan dia yang berbalut kemas

"Awak patahkan tangan dia--"

"Dah jom Soojin. Kita pergi lunch" Potong Sangyeon

Soojin memeluk tubuh. Langsung tidak berganjak daripada tempat duduk

"Kenapa awak pukul dia?" Soal Soojin tidak puas hati

"Dia tak hormat awak. Suka suka hati sentuh awak. Ada sebab lain ke?"

"Tak ada. Tapi..." Kata kata gadis itu terseka buat sementara waktu

"Bukan ke patutnya awak marah saya sebab dah cederakan dia?" Sangyeon menggeleng kepala

"Marah awak untuk pertahankan diri? Bukan ke itu benda bodoh seorang lelaki buat untuk jaga wanita? Soojin lepas ni kalau ada mana mana lelaki sentuh atau tak hormat awak sebagai wanita, buat saja apa yang awak boleh untuk pertahankan diri. Kalau awak kena masuk penjara sekali pun, saya akan jamin. Jangan teragak agak. Just do it. Saya benci bila lelaki tak hormat perempuan. Understood?" Bagaikan robot Soojin mengangguk

"Good. Sekarang jom. Saya dah lapar" Ajak Sangyeon lagi. Namun kini, Soojin memberi respon. Bangkit daripada kerusi dan berjalan bersama Sangyeon

Senyuman kecil diukir Soojin tanpa Sangyeon sedar memandangkan gadis itu berjalan di belakangnya

Agak terpegun. Orang pertama yang membela dia selepas menjadi mangsa sexual harassment. Semasa dia bersekolah dahulu, Soojin selalu akan menerima akibat daripada bapanya jika mengambil tindakan mengenai kes ini

Dia akan dihukum dan dimarahi dengan lebih teruk oleh si bapa

"Salah kamu pakai tak cukup kain! Sama macam pelacur!"

"Kalau aku tahu kau mengandung anak orang, siap kau!"

Air liur ditelan kelat setelah ayat ayat itu kembali terngiang dalam fikiran

"Dengar tak?"

Soojin kembali ke dalam realiti

"Apa?"

"Saya minta maaf sebab buat awak tertunggu" Soojin berdecit

"This is all your false. Kalau awak turun awal tadi, semua ni takkan jadi!"

▲▲▲


Soojin's Pov

"Can I join?"

Tindakan aku memotong steak terhenti. Tajam mata memandang suatu susuk yang tiba tiba muncul di sebelah meja makan tanpa diajak

Aku renung Sangyeon. Tersenyum manis pada gadis itu sebelum mengangguk

"Duduklah" Ajak Sangyeon

Kami makan dekat restoran hotel sebab aku malas nak drive. Waktu waktu macam ni, jalan raya mesti tengah sesak sekarang

Tapi tak ada pulak aku tahu dia nak ajak perempuan ni sekali

"Hi, Soojin" Hana senyum mesra pada aku. Tapi aku tak balas apa apa. Sibuk dengan telefon

"E-erm..."

"Awak dah makan?"

"Belum"

Aku biarkan sahaja mereka berdua dan sibukkan diri dengan telefon

Bila tiba tiba notifikasi aku masuk daripada Gyuri. Kata bahawa dia perlukan aku di bakery sekarang kerana kehabisan stok telur

Aku lap hujung bibir menggunakan napkin

"Saya nak gerak dulu. Staff perlukan saya" Beritahu aku sebelum bangkit

"Soojin awak baru makan sesuap"

"Saya owner bakery. Bila bila masa boleh makan. And you" Aku pandang Hana lalu meletakkan pinggan aku hadapan dia

"Tadi kata tak makan lagi kan? Take this. Aku belanja" Kata aku menjeling dia seperti biasa

"So, have a lovely date, lovebirds"

"Jumpa awak dekat rumah, Soojin"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿDonde viven las historias. Descúbrelo ahora