11

66 18 2
                                    

2:00 a.m.

"Saya bagi awak keluar, tak bermaksud awak boleh balik lambat"

Kata kata Sangyeon sekadar bertebaran diatas udara

Dengan selamba Soojin masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Sangyeon yang sudah berpeluk tubuh di tepi pintu

"Tssk..." Desis Soojin terjungkit jungkit berjalan kerana sakit kaki. Seharian dia memakai kasut tumit tingginya. Hingga tumit kaki jadi melecur

"Kim Soojin. Saya nak black card saya balik" Langkah Soojin serta merta terhenti. Lantas tubuh dipusing menghadap Sangyeon yang sudah menadah tangan

Wajah berkerut geram

"Tch! Awak ingat saya guna sangat ke duit awak ni? Saya banyak guna duit sayalah!" Kata Soojin sambil mengorek isi di dalam beg tangannya

Sekeping kad kredit milik Sangyeon dikeluarkan lalu dilempar kearah lelaki itu. Kad tersebut menyapa lantai marmar rumah. Betul betul di hujung kaki Sangyeon

"Awak ingat saya ni binatang nak lempar lempar macam tu?!" Suara Sangyeon naik seoktaf. Hingga bergema seluruh rumah kondominium itu

"Saya suami awak, Kim Soojin! Ambik balik kad ni dan bagi dekat tangan saya!" Tengking Sangyeon marah. Sungguh dia geram akan tindakan Soojin yang sungguh tidak beradab

"Bukan dengan saya saja awak kena hormat. Bahkan semua makhluk dalam dunia ni. Jangan samakan diri awak dengan binatang!" Sambung Sangyeon lagi

Soojin diam memandang Sangyeon. Walaupun wajahnya mendatar, dia sebenarnya sedang menahan rasa

Setiap bait perkataan yang dituturkan Sangyeon itu membuka suatu kotak memori silamnya

"Orang yang tak beradab ni semuanya binatang!"

"Jangan samakan diri kamu dengan binatang yang tak ada akal! Bangun sekarang dan berlatih cara berjalan dengan betul!"

Air liur ditelan menahan air mata daripada terbentuk. Sungguh sakit bagaikan ada dawai terikat di kerongkongnya

Wajah Sangyeon dipandang semula. Mengatur langkah kearah lelaki itu lantas mengambil kad yang dilempar

Tanpa sebarang kata kata, kad itu dihulur pada dia penuh berjaga jaga

Apabila Sangyeon mencapai kad tersebut, Soojin terus memusingkan tubuh untuk ke bilik tidur

"Soojin"

"Tumit awak berdarah"

▲▲▲

"Saya minta maaf sebab tinggikan suara"

Soojin tak membalas hanya diam sambil mengeringkan rambut yang basah duduk dibirai katil. Baru sahaja selesai membersihkan diri tadi

Sangyeon mendekati Soojin. Duduk diatas lantai menghadap Soojin bersama sama sebuah peti kecemasan

Perlahan kaki Soojin yang tumit berdarah tadi dicapai. Pantas Soojin menarik kakinya semula dengan dahi berkerut

"Awak fikir awak tengah buat apa huh?"

"Tumit awak dah luka. Saya cuma nak tampal bandaid--"

"Stop it. Saya tak perlukan bantuan awak. Lama lama eloklah luka tu" Katanya dengan nada menyampah lantas Soojin bangkit daripada katil

Mencapai sebiji bantal dan di bawa keluar

Pantas Sangyeon menuju ke pintu dan menutup rapat pintu tersebut menghalang Soojin keluar

Berkerut wanita itu dibuatnya

"Tepilah!"

"Where are you going?"

"Nampak macam saya nak pergi basuh jamban ke?" Sindir Soojin

"Saya tak izinkan awak tidur bilik lain" Tertawa Soojin dibuatnya persis orang separa gila

"Sumpah tak kelakar! Dah tepi!" Tubuh Sangyeon ditolak tolak. Tetapi hakikatnya, terasa seperti menolak tembok. Langsung tak bergerak

"I hate you! Saya taknak tidur dengan orang yang saya benci!"

"Bencilah saya banyak mana. Saya tetap suami awak dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami. Benarkan saya rawat luka dekat tumit awak"

"Please... saya tak boleh tengok awak sakit" Rayu Sangyeon

"Masalah kecik jadi masalah besar. Luka dekat tumit je pun! Bukannya sakit! Ish!" Kaki dihentak geram sebelum kembali ke katil dan duduk dibirai

"Cepatlah! Saya nak tidur!"

Sangyeon kembali mengambil tempat di hadapan Soojin. Kaki putih mulus milik Soojin ditarik lalu dilapikkan diatas peha Sangyeon

Sebotol cecair kuning dikeluarkan bersama kapas

"Awak pergi club tadi?"

Soojin senyap tidak menjawab

"Kenapa awak balik tak mabuk?"

"Awak... betul betul cium lelaki lain?"

"Atau--"

"Ya saya cium ramai lelaki dekat club. Saya tak mabuk sebab saya taknak buat benda tu masa saya tak sedar. Saya nak menikmati masa cium diorang. Puas hati?" Sangyeon mengangkat wajah memandang Soojin. Panas sahaja mata dia memandang dia geram

Selang beberapa detik kemudian, luka di tumit Soojin dicubit

"aARGHH! YAISHHH!" Laju sahaja Soojin menghayunkan kaki menyepak Sangyeon. Namun tangan lelaki itu lebih pantas menahan

"Saya dah larang jangan, kan?!"

"HEY TAK GUNA! AKU GURAU JELAH! KAU INGAT AKU NI MURAH SANGAT KE NAK CIUM ORANG? EH KALAU AKU NI MURAH, AKU TAK KAWIN DENGAN KAULAH! AKU PILIH SUGAR DADDY JUAL BODY JE!" Berang Soojin dibuatnya. Daripada duduk, terus terbangun akibat geram dengan Sangyeon

Sangyeon pula sudah terundur sedikit. Risau pula dipijak atau ditendang Soojin yang sedang berdiri

Bandaid pada tangan Sangyeon direntap lalu memakainya sendiri begitu kasar sambil mulut tidak henti membebel

"Tadi konon cakap tak suka tengok aku sakit bagai! Last last dia yang buat aku sakit! Sumpah aku benci kau bertubi tubi!" Marah Soojin lagi. Naik atas katil lalu baring dihujung

Selimut ditarik menyelubungkan tubuh

Sangyeon masih terduduk diatas lantai. Muncul pula rasa menyesal

"S-sorry..."

"Sorry naik lori!" Kata Soojin lantas mencampakkan bantal pada Sangyeon hingga tepat terkena muka

"TIDUR LUAR!"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now