7

67 18 2
                                    

"Awak ingat saya akan berdiam lepas apa yang dia cakap?! I would just kill her if I want to!"

"Bukan macam tu cara awak nak bertoleransi dengan manusia! Tampar orang? Awak dah gila?! Lagi satu, apa sebabnya awak tiba tiba nak masuk campur hal dia?"

"Because of that kid! He reminded me something! Sesuatu yang jadi sebelum saya hilang segala galanya. Saya taknak benda yang sama jadi dekat dia. That's it!"

Pertengkaran mulut antara Sangyeon dan Soojin berlaku di tengah tengah ruang tamu rumah agam milik Sangyeon. Kedua duanya melepaskan peluru masing masing tiada kesudahan

Benar benar melepaskan segala galanya setelah berdiam diri di dalam kereta tadi

Hinggakan pembantu rumah tersebut sedikit sebanyak rasa takut melihat mereka berdua

"Itu hal keluarga dia. Awak tak patut masuk campur"

"I just--"

"Jaga hal family awak sendiri, Soojin. Where are they? Saya tak pernah jumpa dan tahu tentang keluarga awak" Soojin terus terdiam

"Awak macam tak ada keluarga"

Terus kelu lidah. Tidak dapat menyimpulkan sebarang jawapan mudah terhadap soalan Sangyeon. Bagi dia, soalan daripada lelaki itu agak keterlaluan

Hal keluarga merupakan hal yang paling sensitif bagi Soojin

Gigi diketap geram. Beg tangan yang berada di atas sofa Soojin ambil lalu di bawa menuju ke bilik

Serentak itu, salah seorang pembantu rumah secara tiba tiba muncul di sebalik lorong buatkan tubuh dia dan Soojin berlanggar

"FCK! MATA KAU LETAK MANA SIAL?!"

"P-puan saya minta maaf saya--"

"DIAMLAH KAU TAK GUNA! LAIN KALI DAH TAHU TUA TU BAIK DUDUK RUMAH DIAM DIAM! MENYUSAHKAN HIDUP AKU YANG DAH CUKUP SENGSARA NI JE!" Tubuh wanita separuh abad itu ditolak Soojin kasar daripada menghalang laluannya hingga tersandar wanita itu pada meja yang berdekatan 

"Kim Soojin! Awak dah melampau! Hormat sikit orang tua!"

Sangyeon melangkah mendekati wanita itu membantu dia yang sudah berpaut pada meja

"I don't need your advice. So shut your fcking mouth!"

Sangyeon mengepal penumbuk dia. Sumpah dia terasa sungguh marah dengan sikap biadap Soojin. Selamba itu dia melawan Sangyeon dengan kata kata yang kasar

Tetapi setelah tersedar mata gadis itu sedang berkaca, pandangan Sangyeon berubah lembut

Selepas sahaja dipetik mengenai keluarga, emosi Soojin terus berubah. Kini sudah tahu di mana dia tersilap kata hingga buatkan Soojin benar benar marah dan sedih padanya

pengajaran untuk Sangyeon, jangan pernah sebut mengenai keluarga Soojin

"I hate you so much..."

▲▲▲

"Sangyeon-nim, Younghoon-nim datang untuk temu janji dia hari ini"

Lamunan Sangyeon terhenti. Wajah dipalingkan kearah pintu sebelum mengangguk

"Suruh dia masuk" Ujar Sangyeon mendatar. Membetulkan posisi duduk setelah berjam dengan posisi yang sama

Sejak daripada tadi dia termenung. Terkenang akan Soojin yang sudah mula berkurung di dalam bilik tidak mahu keluar

"Sangyeon hyung"

Senyuman mesra Younghoon membuatkan Sangyeon mengukir senyuman palsu

"Apasal muka sedih je?" Tanya Younghoon lalu mengambil tempat di hadapan Sangyeon

"Tak ada apa apa... Ni kenapa kau datang?"

"Macam biasa. Setiap tahun aku datang untuk tempah dewan hotel. Untuk sambut birthday appa sekali dengan kejayaan company dia" Sangyeon mengangguk kecil

Pantas wajah Younghoon diimbas sekilas. Tahu benar setiap kali hal itu terjadi setiap tahun sekali, Younghoon tiada akan menyukainya

"Kau masih tak jumpa adik kau?" Younghoon menggeleng kepala. Wajah cerianya terus bertukar murung

"Aku tahu dia jadi apa sekarang. Aku ikut pengkembangan hidup dia. Tapi aku taknak jumpa dia lagi. Taknak buat dia sedih"

"Siapa nama dia?"

"Kim Minyoung" Jawab Younghoon tanpa teragak agak

"Sebenarnya, apa jadi dekat dia? Kenapa kau taknak jumpa dia?"

"Minyoung sejak kecil dilayan lain daripada adik beradik lain sebab dia degil. Hyung pun tahu, kan? Appa jenis yang berdisiplin. Dia didik kami dengan sifat penuh beretika dan disiplin" Sangyeon mengangguk

Melihat cara duduk secara tegak itu pun sudah tahu. Sudah dipraktikkan sejak kecil lagi

"Minyoung selalu kena marah, kena pukul dan macam macam lagi walaupun dia dah cuba yang terbaik untuk banggakan appa. Sampailah hari result CSAT, dia dapat markah yang appa paling tak suka walaupun markah dia dah cantik. Minyoung takut kena pukul. Akhirnya dia lari daripada rumah.. Tanpa jejak"

"Disebabkan aku sayang adik aku, aku cari dia merata tempat. Minyoung hati tisu. Dia lembut orangnya. Senang terguris perasaan. Ceria selalu. Itu sahaja yang ada dalam ingatan aku bila aku rindukan dia" Luah Younghoon lalu tertunduk ke bawah dan mengeluh

"Kau dah jumpa dia, kan?" Younghoon mengangguk

"Aku yakin dia dah bahagia dengan apa yang dia buat sekarang. Aku taknak jadi penghancur kebahagiaan dia pula kalau aku jumpa dengan dia" Katanya lalu mengukir satu senyuman kecil

Seketika kemudian, jam ditilik Younghoon

"Eh hyung. Aku nak kena selesaikan hal lain" Terus dia bangkit daripada kerusi

"Hyung baru kawin kan haritu?"

"Ya. Kau tak datang" Younghoon tersengih

"Sorry~ Jaga isteri hyung baik baik. Buat dia gembira. Paling penting, jangan pernah buat dia sedih"

"She's a gift"

▲▲▲

𝐃' 𝐄𝐯𝐢𝐥; 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐌𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿWhere stories live. Discover now