❝BAB 1❞

1.8K 114 16
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

DYRA berjalan laju menuju ke tangga besar. Pantas dia melangkah melepasi orang sekeliling yang sedang menggunakan tangga untuk turun naik. Disebabkan lif penuh, Dyra terpaksa menggunakan tangga untuk ke kelas yang berlokasi di tingkat 9.

Dyra sanggup menaiki tangga kerana kelas tinggal 1 minit lagi untuk bermula. Sebentar tadi Dyra terlepas untuk menaiki bas Smart Selangor mengikut jadual yang ditetapkan berhampiran kawasan rumah sewanya. Dia terpaksa menunggu dan menaiki bas sesi seterusnya dan ini menyebabkan dia terlewat.

Setelah kaki berterusan memijak anak tangga, akhirnya Dyra sampai ke tingkat 9. "Tak boleh tinggi lagi ke lokasi kelas?" kata Dyra perlahan pada dirinya sendiri sambil mengeluh keletihan dan terus berjalan menuju ke kelas.

Dyra mengalihkan pandangannya ke skrin telefon dan melihat masa yang dipapar menunjukkan lewat 11 minit. Dyra yang sudah berada di hadapan pintu kemudian mengetuknya sebelum membuka pintu. Beberapa rakan sekelasnya mengalihkan pandangan termasuk pensyarah yang berhenti mengajar apabila melihat kehadiran Dyra. Dyra tersengih malu dan meminta maaf kepada pensyarah itu kerana lewat lalu masuk dan duduk di kerusi yang kosong. Di dalam kelas itu, terdapat kira-kira 18 orang yang hadir dimana segelintir mereka adalah rakan sekelasnya yang juga mengambil bidang perakaunan.

Tanpa membuang masa, Dyra mengeluarkan buku dan alat tulis lalu diletakkan di atas meja. Ada masa Dyra membetulkan tudung yang sedikit senget setelah penat memanjat tangga dan menanggalkan kaca mata yang dipakainya untuk mengelap daripada wap yang berterusan melekat di kaca matanya. Kemudian, Dyra terus fokus ketika pensyarah mengajar selama 1 jam.

Sementara masih berbaki lagi sejam sebelum kelas tamat, Dyra memandang ke kiri yang berhampiran tepi dinding di mana sekumpulan rakan sekelasnya yang sangat dikenali sedang duduk bersama di meja mereka. Kornea mata Dyra tepat memandang ke arah salah seorang dalam kumpulan itu dengan hanya beberapa saat kemudian dia mengalihkan semula pandangannya dan fokus semula ke hadapan.

"Baiklah, jangan lupa hantar assignment minggu depan." Kata madam Ismah kepada semua pelajar di dalam kelas itu. Setelah selesai waktu kelas, mereka bergegas keluar termasuklah Dyra selepas dia mengemas buku dan alat tulisnya yang disimpan di dalam bag sandang.

"Dyra!" Panggil Ayuni yang sedang berlari menuju ke arahnya. Dyra memandang kebelakang lalu menayangkan senyuman manis kepada sahabat rapatnya Ayuni yang telah dikenali olehnya sejak 4 tahun lepas sewaktu mereka bersama-sama mengambil jurusan Asasi dalam perniagaan.

"Baru habis kelas ke?" Tanya Dyra.

"Ha'ah, baru habis. Dyra jom kita pergi makan. Saya lapar lah. Tengok ni perut pun dah kempis." Tapak tangan Ayuni menggosok-gosok pada bahagian perut yang berlapik dengan bajunya lalu memandang Dyra dengan mata yang berkelip-kelip, "Hari tu awak kata nak belanja kan?"

Dyra tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya itu. "Ha, awak nak makan apa? Saya belanja."

Ayuni tersengih menampakkan giginya yang rata. "Starbucks."

"Eh, tinggi betul demand awak hari ni." Dyra ketawa sambil meneruskan perjalanannya ke bahagian kedai yang menjual makanan dan minuman di dalam universiti itu.

Ayuni turut ketawa dan mengikut langkah Dyra sambil berkata, "Gurau je la wak. Dah la mahal, memang tak la nak demand tinggi-tinggi sekarang ni. Kita makan nasi berlauk dekat luar kawasan uni ni je la jom." Ayuni tahu kawannya itu berasal dari keluarga yang bukan senang dan walaupun dia tidak pernah bertemu dengan keluarga Dyra, Dyra sering mengelak daripada bercakap tentang keluarganya. Sepanjang perkenalan antara Ayuni dan Dyra, Dyra banyak mengajarnya untuk berjimat cermat dan menguruskan perbelanjaan supaya tidak keterlaluan.

HYDRA 187Where stories live. Discover now