❝BAB 14❞

643 71 15
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

Dyra tersentak apabila mendengar suara AI keluar daripada beg sandangnya. Dia pantas bersandar pada dinding sebelum tangannya meraba-raba mencari earbud yang disimpan di dalam beg.

Kini, Dyra sudah menjumpainya lalu dia segera menyelitkan earbud itu melalui tepi tudung dan memakainya ke telinga kiri.

"Hydra?"

"Kҽɳαρα ƙαυ ƚαƙ ƚҽɳɠσƙ ƚҽʅҽϝσɳ?!" suara robot tegas bertanya.

"Al..pha?" tanya Dyra sebelum dia mengangkat keningnya, "kenapa dengan telefon?" Kemudian, dia mengambil telefonnya yang diset ke mod senyap daripada beg sandang. Nampaknya dia terlupa untuk menyahaktifkan butang mod senyap selepas kelasnya tamat. Dia sentiasa mengaktifkan telefonnya dalam mod senyap semasa di dalam kelas supaya tidak berdering semasa sesi belajar.

Dyra membuka skrin telefonnya dan mendapati dia telah menerima 10 mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Dyra mengimbas nombor telefon tersebut dan menyedari ia adalah daripada orang yang sama yang menghantar mesej kepadanya malam semalam. Kini Dyra baru mengetahui mesej yang diterimanya adalah daripada Alpha.

'Eԋ, ƙҽɳαρα ƙαυ αԃα ԃҽƙαƚ ʂιƚυ?'
'Bҽƚƚҽɾ ƙαυ ƙҽʅυαɾ ԃαɾι ʂιƚυ ʂҽƙαɾαɳɠ.'
'Dɾα, ƚҽɳɠσƙ ϝσɳ ƙαυ.'
'Oι σι, ʝαɳɠαɳ ρҽɾɠι ʂιƚυ!'
'Dαԋ ƙҽɳαρα ƙαυ ρҽɾɠι ƚҽɾƈҽɠαƚ ԃҽραɳ ριɳƚυ ƚυ?!'
'Kαυ ɳαƙ ɱαƚι ƈҽραƚ ƙҽ, σι!'
'Tυɾυɳ ԃαɾι ƚιɳɠƙαƚ ƚυ ʂҽƙαɾαɳɠ!'
'Dια αƙαɳ ɳαɱραƙ ƙαυ ʅαԋ!!'
'Dɾα, ƚҽɳɠσƙ ʅαԋ ƙαυ ρυɳα ƚҽʅҽϝσɳ!!'
'Tҽɳɠσƙ ϝσɳ ƙαυ, Dɾα!!'

Dyra membaca mesej daripada Alpha satu persatu sebelum dia tersentak mendengar pintu di sebelahnya semakin dihempas dengan kuat. "Sorry...telefon aku buat silent," katanya dan dia mendengar Alpha mengeluh, "Tapi...macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?"

"Aƙυ ƚҽɳɠαԋ ԃҽƚҽƈƚ ʝҽʝαƙ Qιʅʅҽɾx. Tια-ƚια αƙυ ƚҽɾɳαɱραƙ ƙαυ ԃҽƙαƚ CCTV."

"CCTV?" Dyra melihat CCTV yang dipasang di sudut syiling di dalam kelas itu sebelum dia bertanya lagi, "Pintu ni tadi, kau ke yang bukak?"

"Yҽ, αƙυ ɠσԃαɱ ʂιʂƚҽɱ υɳƚυƙ υƙαƙƙαɳ ριɳƚυ." jelasnya.

"Kau ni sebenarnya...Hacker ke??" Dyra melontarkan soalan serius setelah dia cuba menggabungkan semua petunjuk dan maklumat yang dapat daripada Alpha.

"Sҽƙҽʝαρ, αɠι αƙυ ɱαʂα. Aƙυ ƚҽɳɠαԋ υʂ ʂҽƚƚʅҽƙαɳ ʂσɱҽƚԋιɳɠ." ujar Alpha yang sedang sibuk melakukan sesuatu. Dyra perasan yang dia dapat mendengar dalam earbudnya sesuatu yang berbunyi seperti seseorang sedang gigih menaip pada papan kekunci.

Kehairanan Dyra tentang bagaimana Alpha boleh mengetahui nombor telefonnya kini terjawab jika ternyata Alpha benar-benar seorang penggodam.

Ketika itu Dyra sempat memikirkan sangkaannya bahawa Alpha itu robot adalah tidak benar. Bayangannya tentang rupa Alpha seperti Wall-e hancur berkecai. Memandangkan Alpha seorang penggodam, sudah pasti dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai kebolehan teknikal menggunakan suara robot sebagai penyamaran untuk tidak mendedahkan identitinya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now