❝BAB 13❞

554 68 12
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

ORANG sekeliling yang sedang berjalan berhampiran mereka berempat di dalam kedai itu berhenti dan menunjukkan muka penuh terkejut apabila melihat Dyra mengacukan gunting yang tajam di hadapan leher seorang lelaki.

Mata Rayna terbuka luas. "Emir!"

Dyra yang mendengar suara Rayna menyebut nama lelaki di hadapannya terus melonggarkan pegangan pada gunting dan menurunkan tangannya. Mata Dyra tidak lagi merenung tajam lelaki itu malah dia tertanya-tanya.

"Awak kenal ke dia ni?" tanya Dyra kepada Rayna.

"Dia....teman lelaki saya." kata Rayna membuatkan Dyra dan Ayuni terkejut. Alamak.

Rayna menarik nafas lega apabila tiada apa-apa berlaku pada teman lelakinya. Ayuni terus menepuk bahu kanan Dyra dengan kuat. "Awak dah kenapa, Dyra? Tak pernah saya nampak awak macam ni. Risau tau. Gaya macam nak bunuh orang."

Dyra mengusap bahunya yang dipukul. Dia juga tidak perasan yang dia telah bertindak sedemikian tanpa memikirkan orang sekeliling. Fikirannya sudah tertanam pada kemunculan Qillerx yang masih memburu untuk membunuhnya. "Sorry..saya betul-betul tak sengaja. Tadi saya macam perasan ada orang ikut kita dari awal." Dyra meminta maaf kepada mereka terutama kepada lelaki di hadapannya yang dipanggil Emir kemudian turut memandang sekeliling dan melihat orang ramai yang lalu lalang mengata-ngata sebelum beredar.

Tangan kiri Emir mengusap lehernya. "Tak apa..tak sangka jugak pertemuan kita macam ni."

Kemudian, dia memperkenalkan dirinya untuk cuba menghilangkan perasaan janggal antara mereka selepas apa yang berlaku. "Aku Emir Darrif, boyfriend Rayna." Dia memberikan senyuman kacaknya kepada mereka.

Mereka berdua yang juga ingin menghilangkan rasa janggal di situ membalas senyuman Emir sebelum turut memperkenalkan diri.

"Rayna ada bagitahu aku, korang makan malam dekat sini. Asalnya aku baru lepas habis lepak dengan member aku dekat dalam mall ni. Lepas tu aku ternampak korang, ingat nak buat surprise. Rupanya aku pulak yang disurprisekan." jelas Emir. Dyra hanya mampu menundukkan sedikit kepalanya kerana rasa sedikit bersalah atas perbuatannya sebentar tadi.

Rayna ketawa kecil. "Okay, dah-dah. Dyra pun dah minta maaf. Sekarang, jom beli alat tulis cepat lepas tu kita pergi makan dessert. Saya belanja."

Mata Ayuni terbuka besar apabila mendengar perkataan 'belanja' lalu senyumannya melebar.

Tanpa membuang masa, mereka mengambil keputusan untuk terus mencari dan membeli barang-barang alat tulis yang diperlukan. Mereka juga tidak mahu berlengah kerana pusat membeli-belah akan ditutup pada pukul 10:00 malam.

Ketika itu, Emir masih berada bersama mereka kerana dia memilih untuk menemani mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke rumah sewa memandangkan hari sudah hampir lewat malam.

Selepas mereka keluar dari kedai itu, mereka semua mengikut Rayna yang memimpin jalan ke kedai pencuci mulut. Mereka berbual sambil berjalan dan mengetahui Emir lebih tua setahun daripada mereka dan dia juga seorang pelajar di universiti yang sama tetapi mengambil jurusan kejuruteraan. Emir dan Rayna telah mengenali antara satu sama lain selama 5 tahun sejak sekolah menengah dan mereka akan bertunang tidak lama lagi.

Mereka sudah pun tiba di hadapan kedai llao llao dan menapak ke arah barisan bersama beberapa pelanggan yang turut beratur membeli pencuci mulut di kedai tersebut. Semasa menunggu di barisan yang kini tidak jauh dari kaunter, kedengaran bunyi deringan daripada telefon Emir membuatkan Emir mengeluarkan telefonnya daripada poket sebelum matanya memandang skrin.

HYDRA 187Where stories live. Discover now