❝BAB 20❞

681 64 35
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

DYRA membantu mengendong anak saudara Ayuni yang berusia 8 bulan untuk menenangkan si kecil daripada menangis tanpa henti. Dia menggelengkan kepalanya sambil mengeluh memandang Hydra dan Zorro yang kini melutut di hadapannya dan Ayuni. Dia tidak tahu kenapa mereka berdua tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumahnya.

Ayuni masih merenung mereka tajam sambil menyilangkan tangan. Geram di hatinya masih membara. Kemudian, dia melonggarkan kedua tangannya yang disilang sebelum bercekak pinggang, "Nasib baik saya pakai tudung tadi, tahu tak! Korang main masuk je dalam rumah ni?! Tahu tak dalam rumah ni ada perempuan je?! Tak ada adab ke?!" tegas Ayuni.

Mujur Ayuni sudah menutup auratnya dengan sempurna sebelum mereka berdua menyerbu masuk ke dalam rumah. Asalnya Ayuni baru sahaja masuk ke dalam rumah selepas mengambil napkin milik anak saudaranya yang dijemur di luar belakang rumah. Dia tidak sempat mengangkat kain petang tadi kerana sibuk melayan anak saudaranya yang sering menangis tanpa henti.

Zorro menelan air liur lalu berdehem sebelum dia memberanikan diri bersuara, "Er, tadi kitaorang terdengar bunyi orang menangis, jadi kitaorang masuklah kut-kut ada penyangak masuk dalam rumah kau," jelasnya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki seseorang sedang menuruni anak tangga, "Yuni, kenapa awak suruh saya pakai tudung ni? Ada siapa dekat bawah?" tanya Rayna sebelum dia sampai ke tingkat bawah dan melihat apa yang berlaku.

Matanya mula terbuka luas apabila melihat dua lelaki bertopeng sedang melutut di hadapan Dyra dan Ayuni, "Ada penyangak masuk dalam rumah kita?!"

"Eh, tolong sikit, penyangak? Tak mainlah level-level penyangak ni. Kitaorang ni pemb-" ayat Zorro terputus apabila merasakan jelingan tajam daripada Hydra dan Dyra.

"Pemb-...pembawa rezeki...ha...bukan ke tetamu masuk membawa rezeki, bila tetamu keluar membawa dosa." Zorro kemudian tersengih di sebalik topeng. Dia berasa bangga kerana dapat memikirkan ayat yang sesuai untuk mengelak daripada dipukul di atas kepala oleh Hydra dan mungkin juga mendapat pukulan kedua daripada Dyra jika dia terlepas cakap.

Dyra diam-diam mencemuh. Tidak sangka ayat sebegitu keluar daripada mulut Zorro.

"Tetamu tak diundang." Ayuni menekankan ayat yang betul supaya kedua-dua jejaka di hadapannya itu sedar bahawa mereka bukanlah tetamu jemputan yang boleh masuk ke dalam rumah mereka sesuka hati. Tambahan pula rumah tersebut hanya didiami oleh perempuan.

Rayna pula masih bingung dengan kehadiran mereka berdua lantas dia bertanya kepada Dyra dan Ayuni tetapi masih didengari oleh Hydra dan Zorro, "Diaorang ni siapa?"

"Diaorang kata diaorang ni kawan Dyra," balas Ayuni sebelum dia dan Rayna menoleh ke arah Dyra untuk mendapatkan kepastian. Hydra dan Zorro telah memperkenalkan diri mereka sebagai kawan Dyra sewaktu mereka dipaksa melutut oleh Ayuni akibat serbuan mereka yang tiba-tiba ke dalam rumah.

Dyra menarik nafas panjang sebelum mengukirkan senyuman, "Ha'ah...kawan." Dia terpaksa mengesahkan hakikat bahawa Hydra dan Zorro adalah kawannya kerana dia tidak mahu rakan serumahnya tahu dan takut dengan siapa mereka sebenarnya.

Mujurlah Hydra dan Zorro tidak berniat untuk memberitahu Ayuni dan Rayna bahawa mereka adalah pembunuh. Dia tidak tahu apa niat sebenar mereka dan mengapa mereka tidak mendedahkan diri mereka kepada rakan serumahnya tetapi Dyra bersyukur kerana perkara itu tidak didedahkan.

Rayna mengangguk perlahan sebelum berdehem, "Dari tadi nak tanya..." dia membuka suara semula untuk bertanya, "...dah kenapa korang pakai topeng pelik malam-malam macam ni?" soalan itu ditujukan terus kepada Hydra dan Zorro.

HYDRA 187Where stories live. Discover now