❝BAB 5❞

751 76 2
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

MADAM Ismah menghulurkan sehelai kertas kepadanya. "Ini adalah senarai nama pelajar yang dah confirm akan pergi trip percutian dua hari satu malam."

Dyra yang sedang mengimbas jumlah yang tercatat di atas kertas itu adalah seramai 40 orang pelajar dan 3 orang pensyarah.

"Oh ya, ini Neil Heidi dari kursus ijazah dalam bidang kewangan."

Dyra memandang lelaki di sebelahnya apabila diperkenalkan oleh Madam Ismah. "Kamu tak dapat jumpa dengan Heidi lagi kan waktu sesi mesyuarat sebelum trip yang dibuat dua minggu lepas? Heidi tak dapat datang pada hari tu." Dyra hanya mengangguk mendengar penjelasan Madam.

"Ini Aeleasha Dyra, dari kursus ijazah dalam perakaunan." Madam Ismah juga turut memperkenalkan Dyra kepada Heidi. Heidi memandangnya sekilas dengan pandangan yang tajam kemudian kembali mengalihkan pandangannya ke hadapan.

Dyra yang memerhatikan tingkah laku Heidi tanpa memberikan senyuman membuatkan Dyra rasa Heidi adalah seorang yang sombong. Dyra juga tidak memberikan sebarang senyuman kepada orang yang tidak dikenalinya.

"Saya memutuskan untuk assign kamu berdua sebagai person in charge sepanjang trip percutian 2 hari 1 malam ye."

"Baiklah Madam." Dyra mengangguk tanda faham dengan tanggungjawab yang diberikan.

Selepas itu, Heidi meminta izin untuk bergerak keluar terlebih dahulu setelah urusannya selesai. Heidi menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat di hadapan Madam Ismah lalu bergerak keluar tanpa memandang Dyra.

"Dyra, Madam nak minta tolong sikit dari kamu boleh?" tanya Madam Ismah.

"Madam nak minta kamu tolong belikan peralatan bbq untuk trip percutian. Madam ada juga minta tolong Heidi tadi tapi Heidi dah bagitahu Madam dia tak boleh sebab kena gerak ke hospital kejap lagi. Dia ada hal dekat sana." Ujarnya.

"Boleh Madam."

"Maaf ye Dyra, sebab Madam busy nak kena uruskan banyak benda. Rasanya kamu pun dah tahu kan berita tentang Sir Azmi?"

Dyra mengangguk. Tiba-tiba Dyra baru teringat, "Oh, alamak. Saya lupa saya tak ada transport nak bawak balik barang besar lepas beli sebab saya selalu naik bas public transport."

"Oh tak apa. Aidi meh sini sekejap." Madam memandang ke arah belakang Dyra dan memanggil seseorang.

Kebetulan lelaki bernama Aidi itu baru sahaja selesai berjumpa dengan pensyarah lain dan ingin bergerak keluar. Langkahnya terhenti apabila Madam Ismah memanggilnya lalu dia datang ke arah mereka.

"Kamu busy tak lepas ni, Aidi? Madam nak minta kamu tolong pergi beli barang bbq dengan Dyra. Kamu ada kereta kan?" Tanya Madam Ismah.

"Untuk trip tu ke Madam?" Aidi bertanya.

"Ha'ah." Madam Ismah menjawab soalannya. "Dyra kamu pergi dengan Aidi ye. Aidi pun akan ada sekali nanti waktu trip percutian tu."

"Oh, okay Madam."

Dyra dan Aidi bergerak keluar dari pejabat dan menekan butang lif untuk turun. Sementara menunggu lif sampai ke tingkat 17, Dyra bertanya kepada Aidi. "Kalau saya ajak kawan saya sekali boleh kan? Dia tengah tunggu saya dari tadi. Ayuni nama dia."

Aidi memandangnya seketika dan mengangguk, "Boleh."

Dyra membuka telefonnya lalu menghantar mesej kepada Ayuni melalui aplikasi whatsapp untuk meminta Ayuni mengikutinya sekali. Dia tidak mahu berdua-duaan, lebih-lebih lagi dengan orang yang yang tidak dikenalinya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now