❝BAB 18❞

482 62 18
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

HYDRA meletakkan earbud di telinga kanan. Bunyi suara AI yang keluar daripada earbudnya menunjukkan bahawa ia telah diaktifkan dan disambungkan dalam talian.

"Hydra, kita ada masalah." Alpha melaporkan kepada Hydra di dalam talian, "Aku tengah aktifkan interconnection earbud kita tapi aku ternampak lokasi earbud sebelah kiri kau yang Dyra pegang, tunjuk ada dekat kawasan gudang Qillerx."

Dahi Hydra berkerut. Zorro yang turut mendengar laporan daripada Alpha dalam talian terkejut dan tertanya-tanya, "Macam mana dia boleh ada dekat sana? Qillerx dah dapat tangkap dia?"

"Aku dapat rasakan ini rancangan Qillerx untuk memerangkap kita," ujar Alpha yakin.

Zorro kemudian bertanya, "Apa plan kau, Hydra?"

"Kau sambungkan aku dengan Dyra," arah Hydra kepada Alpha. Perkara pertama yang dia fikirkan ialah untuk mengetahui keadaan Dyra.

"Connected."

"Kau dekat mana?" tanya Hydra dengan suara tegas menahan perasaan marah.

Senyuman terukir di bibir Dyra, "Kau dah tahu aku dekat mana."

Mendengar suara Dyra yang menjawab soalannya membuatkan Hydra tahu yang buat masa ini, tiada apa-apa lagi yang berlaku pada Dyra. Berdasarkan jawapan Dyra ketika ini, Hydra dapat mengagak yang Dyra sudah tahu dirinya berada di gudang Qillerx dan dia juga sedang menunggu kedatangan Hydra.

"Kau memang suka nak susahkan aku kan?" suaranya masih tegas bertanya.

"Aku tunggu kau." jawapan Dyra diberi kepada Hydra.

Hydra terdiam seketika sebelum dia membalas, "Kau ingat aku akan tolong kau lagi kali ni lepas kau dah menyusahkan aku?"

Kemudian, Hydra tidak lagi mendengar suara Dyra.

Kesenyapan Dyra membuatkan Hydra mengeluh. Suaranya tidak lagi kedengaran menahan marah, "Kau tunggu aku..." mata kirinya mula berubah tajam, "..aku akan datang."

Tiba-tiba bunyi sesuatu dipukul dan jatuh, kedengaran kuat di dalam talian.

DYRA perlahan-lahan membuka kedua-dua kelopak matanya. Dia yang baru tersedar daripada pengsan mendapati dirinya sedang duduk di atas kerusi dengan tangan terikat kemas di belakang badan.

"Aku dah telefon dan laporkan kepada bos, dia suruh kita percepatkan agihan," suara seseorang memberitahu rakan sekerjanya. Itu adalah ayat pertama yang Dyra dengar selepas dia tersedar daripada pengsan.

Pandangannya kabur, kepalanya terasa sakit dan pening. Telinganya mula mendengar suara orang-orang yang tidak pernah didengari.

Dyra cuba mengimbas sekeliling. Cahaya lampu terang memancar di dalam gudang. Kelihatan langit di luar sudah mula gelap. Perlahan-lahan pandangan matanya mula menjadi jelas. Dia dapat melihat ada beberapa orang dalam lingkungan 15 orang sedang bergegas membawa keluar sekumpulan kotak dan menyusunnya di hadapan pintu gudang yang terbuka besar. Mereka semua memakai topeng hitam yang menutup bahagian hidung dan mulut.

HYDRA 187Where stories live. Discover now