❝BAB 19❞

644 66 18
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

STERENG kereta dikawal. Serpihan kaca yang dipegang Dyra masih tidak dilepaskan daripada tapak tangan kanannya sambil memegang stereng. Matanya kini tertumpu pada susunan kotak yang mengandungi dadah ciptaan Qillerx.

"Kau nak buat apa, Dyra?!" suara Hydra kuat didengari di earbudnya.

Ahli-ahli Qillerx yang berada di laluan tersebut terus berlari tunggang langgang ke tepi apabila kereta itu laju dipandu Dyra.

"Dadah tu!"

"Hentikan dia!"

Kedengaran suara orang-orang Qillerx teriak di luar keretanya.

Dyra terus melanggar kotak-kotak itu dengan laju dan menolaknya sehingga ke dinding. Bunyi perlanggaran itu kuat dan mereka semua terkejut apabila melihat banyak kotak berisi dadah telah rosak dan musnah.

Niatnya, selagi mampu, dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan peredaran dadah berbahaya ini supaya dapat mengurangkan jumlah pembunuhan yang datang daripada dadah ciptaan Qillerx. Maka, Dyra memutuskan untuk melakukan ini selagi dia mempunyai peluang untuk melakukannya.

Kereta itu kini telah berhenti serta-merta selepas Dyra menekan pedal klac sehingga mencecah lantai dan pedal brek sebelum dia menarik brek tangan dan melepaskan gear. Kereta Hydra masih dalam keadaan baik. Hanya kotak-kotak yang musnah akibat penolakan ke dinding.

Kepala Dyra tiba-tiba kembali terasa pening. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan.

Ketika pergelutan berlaku di mana orang Qillerx datang serentak ke arah Hydra, pada satu tahap tangan kanan Hydra ditendang kuat dan pistolnya telah terlepas daripada tangan sebelum mendarat di atas lantai. Kebanyakan mereka semua telah ditembak di tangan dan kaki tetapi mereka yang masih boleh melawan tetap cuba melakukan percubaan membunuh ke arah Hydra.

Kini Hydra cuba mengelak dan melawan dengan tumbukan dan tendangan. Zorro pula membantu Hydra dengan menembak mereka yang berlawan dengan Hydra dan menembak orang yang ingin mendekatinya.

Banyak percikan dan pengaliran darah memenuhi lantai dan dinding.

Tiba-tiba pintu kereta di sebelah Dyra terbuka. Dyra yang sedang menahan pening dan denyutan di dalam kepala ketika itu terus menoleh ke kanan dan lengannya ditarik kasar keluar daripada perut kereta. Lelaki yang menarik Dyra itu mempunyai darah di sebelah tangan yang ditembak oleh Hydra tadi.

Dyra pantas menarik lengannya daripada dicengkam kuat. Setelah dia dapat melepaskan diri daripada cengkaman atas cubaan sedaya upaya menepis lelaki itu, barulah Dyra terus melarikan diri. Namun, lelaki itu sempat mencapai lengannya semula. Dyra terus mengetap gigi dan menggenggam erat kaca yang masih berada di tangan kanannya sebelum dia menghayunkan tangannya untuk menghiris lengan lelaki itu.

Lelaki itu cepat-cepat melepaskan genggamannya dalam kesakitan dan Dyra terus memandang ke hadapan untuk melarikan diri semula. Ketika ini, Dyra sempat melihat banyak darah memenuhi di atas lantai.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lain berlari ke arahnya sambil memegang pisau dari arah kiri. Dyra perasan akan kemunculan lelaki itu lalu dia pantas mengelak dan kini mencari peluang untuk mencucuk pinggang lelaki itu dengan hanya menggunakan ketajaman serpihan kaca.

HYDRA 187Where stories live. Discover now