❝BAB 4❞

794 81 0
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

DYRA dan Ayuni turun dari bas Smart Selangor di perhentian bas berhampiran universiti mereka. Mereka perlu menghadiri kelas yang sama pada pagi ini jadi mereka berdua berpakat untuk menaiki bas bersama-sama dari rumah sewa. Mereka perlu berjalan kaki dari perhentian bas ke universiti yang hanya mengambil masa 5 minit.

Dalam perjalanan ke universiti, Dyra berasa resah dan berat hati. Fikirannya masih memikirkan kejadian malam semalam.

"Dyra, awak dengar tak apa yang saya tanya?" Dyra yang sedang mengelamun tersedar apabila Ayuni menyentuh lengannya.

"Oh sorry, awak tanya apa tadi?"

"Dua hari lagi trip percutian fakulti kan?" tanya Ayuni.

Trip percutian anjuran fakulti akan berlangsung lagi dua hari. Ia melibatkan gabungan beberapa pelajar yang mengambil kursus diploma dan ijazah dalam bidang perakaunan dan juga pelajar kursus kewangan.

Tidak semua pelajar yang mengambil kursus di fakulti itu terlibat. Percutian ke Melaka ini hanya melibatkan beberapa pelajar yang berada di bawah jagaan beberapa gabungan pensyarah di fakulti. Mereka yang sudah digelar sebagai senior akan bertemu dengan hanya beberapa pelajar junior dan juga pelajar dari semester yang berbeza.

"Tak sabarnya. Tak tahu nak pakai baju apa untuk 2 hari 1 malam tu. Kita kena pakai cantik-cantik, mana tahu dapat jumpa jodoh dekat sana." Kedua-dua tapak tangan Ayuni memegang pipinya sambil tersengih memikirkan percutian yang ditunggu-tunggu.

"Eh, mengada-ngada dia ni." Dyra tersenyum tanpa henti melihat gelagat Ayuni. Jarang sekali mereka dapat menyertai percutian sebegini. Memandangkan mereka sudah hampir ke penghujung semester, alangkah baiknya mereka mengambil peluang untuk menyertai percutian yang dianjurkan ini. Trip ini telah dirancang oleh pihak fakulti lebih sebulan yang lalu.

Apabila mereka berdua tiba di hadapan universiti, Ayuni memandangnya pelik dan bertanya, "Kenapa tiba-tiba ada kereta polis?" Mereka melihat terdapat beberapa buah kereta polis yang diletakkan di hadapan universiti seperti yang Dyra jangkakan.

Dyra hanya mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.

Dia memandang sekeliling dan melihat bahawa tiada kemunculan ambulans di situ. Kemungkinan mayat Sir Azmi dan lelaki yang ditembak Hydra telah dibawa ke hospital malam semalam.

Apabila Dyra mengimbau kembali peristiwa malam tadi, Dyra berasa bertuah kerana bunyi siren malam itu menandakan polis dapat tiba dan menyelamatkan nyawanya sebelum dia mempunyai risiko tinggi untuk ditikam. Pasti terdapat seseorang yang terdengar bunyi tembakan ketika itu membuatkannya bertindak menghubungi polis dengan segera.

Mereka berdua bergegas menaiki tangga besar untuk masuk ke universiti. Suasana kelihatan suram dan tidak ceria seperti biasa.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke destinasi kelas, Ayuni tidak henti-henti memberitahu Dyra bahawa dia berasa pelik dan tertanya-tanya melihat keadaan yang tidak ceria itu.

Setelah sampai ke kelas di tingkat 5, Dyra memandang Sophia yang duduk di hadapan meja dan memberikan senyuman kecil sebelum mereka berdua mengambil tempat. Sophia yang melihat kehadiran Dyra turut membalas senyumannya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now