❝BAB 2❞

964 91 0
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

PADA waktu malam pada hari yang sama, Fina mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya dan mengambil sebatang rokok sebelum menyalakan api. Dia menghisap dan menghembusnya seolah-olah itu satu tabiat baginya. Fina yang sedang duduk di atas kerusi reput yang terbiar di kawasan mereka melihat jam tangan yang menunjukkan tepat pukul 10:15 malam.

"Fina, aku rasa kita kena scam la dengan si Sophia tu." Ujar Lya, salah seorang kawan Fina yang turut duduk di atas kerusi tetapi agak jauh dari Fina. "Mana pulak orang yang nak jumpa kita ni. Dah penat tunggu. Janji pukul 10:00 malam."

Fina mendapat sehelai kertas daripada Sophia semasa di universiti petang tadi. Sophia teragak-agak untuk menyerahkan kertas itu kepada Fina di mana Sophia secara tidak sengaja menjumpai kertas itu di atas lantai. Ianya ditujukan khas kepada Fina kerana namanya tertulis di situ.

Dalam kertas itu tertulis seseorang meminta Fina dan rakan-rakannya datang ke tempat lepak mereka pada pukul 10:00 malam. Terdapat juga amaran jika mereka tidak datang seperti yang diminta.

"Berapa lama lagi kita nak tunggu ni weh? Kalau orang tu tak datang jugak memang aku syak Sophia tipu pasal kertas ni. Memang aku belasah dia cukup-cukup esok." Kata Elysh yang juga salah seorang kawan Fina.

Fina menghembus asap keluar dari mulutnya dan memandang kedua-dua wajah rakannya. "Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau tak ada, kita blah."

Semasa mereka menunggu, Lya teringat sesuatu dan berkata, "Kau tak nampak ke muka Sophia masa kita dekat uni tadi? Muka baik sangat menyampah aku tengok. Makin aku buli la dia sampai tak bermaya dah budak tu.

Fina tersenyum sinis, "Hari tu dia berani buat report polis nak saman aku. Kali ini kita buli dia dua kali lebih teruk."

"Apa kata kita suruh dia telan benda tu." Cadang Elysh.

"Aku dah cadang dah nak paksa dia telan dadah tu. Cuma tengah fikir nak paksa secara terang-terang ke atau nak bagi secara senyap." Fina ketawa besar mengekori Lya dan Elysh yang turut ketawa dan tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba segalanya berlaku dengan pantas sehingga tawa mereka terhenti. Terdapat tali nipis di leher Fina yang ditarik seseorang dari belakang menyebabkan Fina tersedak.

Elysh dan Lya terkejut dan terkaku seketika sebelum mereka memanggil Fina dan melangkah ke hadapan ke arahnya.

One Knight menarik tali itu dengan kuat sekali lagi membuatkan langkah Elysh dan Lya terhenti. "Selangkah ke hadapan, aku tak akan teragak-agak untuk menarik tali ni dengan lebih kuat lagi."

Air mata Fina sudah pun jatuh membasahi pipi sambil tangannya berada di paras leher untuk cuba melepaskan tali itu. Nafasnya tersekat-sekat kerana tali di lehernya ditarik kuat. Putung rokok yang dipegangnya telah jatuh ke jalan tar di tepi kakinya.

Elysh dan Lya sudah menutup separuh muka dengan tangan kerana terkejut melihat Fina dalam keadaan begitu.

One Knight mendekatkan mukanya ke telinga kanan Fina, "Selepas ni, aku tak nak tengok kau ketawa lagi. Setiap kali kau ingat untuk ketawa, aku akan pastikan kau akan sentiasa ingat macam mana rasanya dijerut leher macam aku tengah buat sekarang ni."

Air mata Fina semakin laju jatuh malah tangannya masih tergapai-gapai di leher dan dia cuba mengangguk sepuas-puasnya sebagai tanda memahami amaran yang diberikan oleh One Knight.

Kemudian, One Knight melepaskan tali itu menyebabkan Fina jatuh terduduk di atas lantai dan batuk, menarik nafasnya kembali.

Selepas itu One Knight bergerak dan mencangkung di hadapan Fina yang kini separas dengannya. One Knight memakai mask dan hoodie hitam yang benar-benar menutupi hampir paras mukanya sehingga menyukarkan untuk melihat wajah dan bentuk badannya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now