❝BAB 10❞

622 76 6
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

BAS itu dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi. Ini membuatkan Dyra hilang imbangan tetapi dia masih cuba bertahan. Dia memandang tepat ke wajah wanita yang mengacukan pistol ke arahnya. "Kau siapa?!"

Soalan Dyra tidak dijawab.

"Qillerx?" Dyra menyebut nama organisasi itu sebelum wanita itu kembali senyum sinis.

Dia sudah agak. Siapa lagi selain Hydra yang selalunya tidak teragak-agak untuk mengacukan pistol atau pisau ke arahnya dengan niat untuk membunuhnya. Tak lain tak bukan dari anak-anak buah dalam organisasi Qillerx.

"Apa yang kau nak??"

"Bunuh kau!" Wanita itu kemudiannya melepaskan tembakan ke arah Dyra. Matanya yang sudah sedia menganalisa gerak geri wanita itu membuatkan Dyra sempat mengelak dan pantas melangkah mendekatinya.

Tangan Dyra terus mencapai dan menggenggam barrel pistol yang berada di tangan kanan wanita itu dan cuba menepisnya. Pada masa yang sama, wanita itu cuba menguatkan tangannya daripada bergerak ke tempat lain dan hanya mahu mengacukan pistolnya semula ke arah Dyra.

Mereka bergelut sehingga wanita itu sanggup melepaskan beberapa das tembakan dengan harapan peluru akan terkena pada Dyra.

Dyra yang masih memegang bahagian barrel pistol daripada diacukan ke arahnya kini tubuhnya rebah bersama wanita itu akibat bergelut sesama sendiri dalam keadaan tidak stabil di dalam bas yang bergerak laju.

Sempat Dyra mengangkat kaki kanannya dan menendang perut wanita itu sekuat hati. Ini membuatkan wanita itu terundur sambil menahan kesakitan.

Dyra yang masih terduduk di atas lantai bas dan belum sempat berdiri, kembali memandang wanita di hadapannya yang kini berdiri semula sambil mengacukan pistolnya tepat ke arah Dyra.

Sewaktu itu, Dyra tidak mempunyai banyak tenaga kerana dia masih berada dalam keadaan yang tidak sihat. Dia perlu mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan tenaganya semula.

Tanpa membuang masa, wanita itu memberikan senyuman sinis lalu menarik picu pistol ditangannya.

Bagaimanapun, bunyi yang keluar dari pistol itu bukanlah bunyi tembakan yang dilepaskan. Ia adalah bunyi yang menandakan pistol itu telah pun kehabisan peluru.

Kini Dyra pula tersengih. "Colt 1911. Ada 7 butir peluru je. Tapi kau dah habiskan kesemua 7 butir tadi."

Wajah wanita itu berubah apabila dia tidak menyangka bahawa Dyra mengetahui tentang model dan butiran senjata api yang digunakannya.

Pemandu bas itu turut memandangnya melalui cermin pandang belakang apabila mengetahui pistol itu kehabisan peluru.

Bagaimana dia boleh tahu tentang pistol yang digunakan wanita itu? Tidak semua orang tahu siapa diri Dyra yang sebenarnya.

"Connected."

Dyra menyedari akan bunyi yang menunjukkan pengaktifan earbud secara tiba-tiba. Jantungnya mula berdegup kencang. Harapannya apabila mendengar kedatangan Hydra menjadi kenyataan.

Dyra sengaja memakai earbud kepunyaan Hydra yang masih disimpannya sejak dia keluar dari rumah. Walaupun Hydra sudah memberitahunya bahawa dia tidak akan campur tangan lagi dalam hal yang berkait dengan Dyra, Dyra masih cuba untuk menaruh sedikit kepercayaan kepada Hydra bahawa dia akan masih datang untuk membantunya.

HYDRA 187Where stories live. Discover now