❝BAB 24❞

631 73 45
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

AIDI menarik kerusi di sebuah meja kosong. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut dan meletakkan begnya di atas kerusi sebelah, sebelum memanggil pelayan kedai untuk memesan. Kedai mamak itu dipenuhi oleh pelajar universiti yang sedang menjamu makan dan minum sebelum memulakan sesi peperiksaan petang dan ada juga yang baru selesai menjawab kertas peperiksaan sesi pagi.

Selepas kertas terakhirnya pada sesi pagi dijawab, Aidi mengambil keputusan untuk singgah mengisi perutnya yang kosong di kedai mamak berhampiran universitinya sebelum pulang.

Pelayan kedai mamak atau dikenali sebagai aney sudah menghampiri mejanya untuk mengambil pesanan makanan dan minuman, "Apa mau minum?"

"Ais kosong, satu. Kasi manis lebih. Sebelum ni saya minum rasa tawar."

Aney itu menyengih dan mengangguk lalu laju menekan menu minuman Aidi di skrin tablet di tangannya tanpa sebarang pertanyaan lebih seperti sudah biasa dengan permintaan Aidi.

"Makan?" soal aney lagi.

"Nasi lemak sambal sotong, satu. Lemak tak nak."

Aney itu memandang Aidi dan mengangkat kening, "Order nasi lemak tapi itu lemak tak mau?"

"Ha'ah, aney. Saya kena diet. Dah dua minggu jawab exam, otak saya dah naik berat. Penuh saya isi dengan hafalan. Nanti saya makan nasi lemak jadi tambah pulak lemak otak saya."

Aney yang mendengar penjelasan Aidi hanya mengangguk lalu kembali menekan menu makanan di skrin tablet, "Nasib baik you order dengan saya. Kalau aney lain mau kasi terajang you masuk longkang tepi sana."

Aidi memandang kornea mata aney, "Macam pernah niat je, aney?" sakatnya.

Aney itu laju tersengih dan menggeleng. Selepas pesanan diambil, aney kembali ke dapur restoran. Aidi duduk sambil melihat sekeliling. Tidak lama kemudian, pesanan ais kosong dan nasi lemak tiba. Perlahan-lahan gelas minuman bersama pinggan makanan diletakkan di atas mejanya.

"Terima kasih, aney!"

Aney membalas ucapan terima kasih Aidi dengan senyuman lalu mengangkat tangan sebelum pergi mengambil pesanan di meja lain. Aidi kemudiannya menadah tangan membaca doa sebelum makan. Lantas, dia mengambil sudu dan garfu sebelum memulakan makan.

Sedang Aidi menyuap nasi ke dalam mulut, sekumpulan pelajar perempuan datang dan mengambil tempat di meja sebelah yang tidak jauh dari mejanya. Mereka juga memesan makanan dan minuman sebelum berbual sesama mereka.

Aidi tidak mengendahkan perbualan mereka pada mulanya tetapi sebaik sahaja nama One Knight disebut secara tiba-tiba, Aidi secara tidak langsung mula fokus mendengar.

"Sampai sekarang kita tak tahu siapa sebenarnya One Knight kan?"

"Betul. No one knows. Esok kita dah last paper. Dah nak habis uni dah. Nampaknya, identity One Knight still remain mystery."

Aidi menarik segelas ais kosong di atas meja sebelum menyedut melalui straw. Dia sempat merenung ke arah sekumpulan pelajar itu sambil tekun mendengar perbualan mereka.

HYDRA 187Where stories live. Discover now