❝BAB 9❞

598 71 10
                                    

────❝ HYDRA 187 ❞────

AYUNI, Rayna dan Aidi masih tidak dapat melupakan kejadian tadi.

"Pft..HAHAHAHAHA."

"Kau nampak tak muka diaorang berdua tadi? Aduh, patutnya aku tangkap gambar untuk kenangan."

Dyra menjeling matanya, "Dah-dah. Kita dalam bas dah ni, duduk diam-diam." Dyra masih lagi menahan malu kerana tidak sangka dia boleh bersin di hadapan muka mamat yang sombong itu.

Tak pasal-pasal semua orang nampak.

Dyra menghiraukan rakan-rakannya yang masih tidak henti menyakat. Dia memberitahu Ayuni yang dia ingin memejamkan mata seketika kerana mahu berehat. Selsemanya semakin teruk dan badannya mula terasa panas.

Esok adalah hari mereka semua masih perlu datang ke universiti untuk belajar seperti biasa. Hanya mulai lusa, mereka akan mendapat cuti rasmi yang diberikan oleh pihak universiti selama dua hari untuk berehat.

Sedang Dyra memejamkan mata dan hampir tertidur, tiba-tiba dia terdengar suara yang kuat dari seorang pelajar di dalam bas membuatkan Dyra kembali membuka matanya.

"Ya Allah!"

"Kenapa?" tanya rakan di sebelahnya apabila melihat wajah rakannya begitu terkejut.

"Korang tak baca lagi ke dalam Group Whatsapp?" Dia bertanya.

"Fina..meninggal dunia pagi tadi."

Semua pelajar di dalam bas begitu terkejut dengan berita itu. Masing-masing mula membuka skrin telefon untuk melihat mesej yang diterima dalam Group Whatsapp daripada Elysh dan Lya.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un."

Selepas mendapat berita tentang pemergian Sir Azmi, kini mereka mendapat berita tentang pemergian Fina yang merupakan rakan sekelas mereka dalam beberapa hari sahaja.

"Sebab apa?"

"Tak tahu, Elysh dengan Lya tak bagitahu."

Madam Ismah, Madam Shifa, dan Sir Fattah turut mendengar tentang berita pemergian Fina. Mereka cuba untuk menenangkan pelajar dan mengawal keadaan. "Semua pelajar diminta bertenang. Madam pun baru terima berita tentang Fina dan madam akan tolong uruskan perkara ni jadi kamu semua jangan risau. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman."

Dyra menutup matanya semula dan berfikir. Ajal dan maut adalah rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dia-lah yang menetapkan dan maha mengetahui. Tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal berlaku dalam perjalanan hidup masing-masing. Sudah tertulis dan ditakdirkan bahawa nyawa Fina diambil pada usia muda.

Namun, Dyra masih tertanya-tanya.

Apakah punca kematian Fina?

Baru beberapa hari berlalu sejak pemergian Sir Azmi. Adakah ia satu kebetulan atau sebenarnya ada sesuatu yang mencurigakan tentang pemergian Fina?

Apakah kaitan sebenar antara Sir Azmi dan Fina?

Adakah aku juga akan mati sekiranya aku cuba untuk mencari jawapan?

HYDRA 187Where stories live. Discover now