chapter 11

14 3 0
                                    

aku terjaga dari tidur, jam telah menunjukkan pukul 6:30. maklumlah balik sahaja dari perpustakaan terus tidur.

segera aku mencapai tuala untuk mandi. nasib sahaja aku tengah bendera jepun, jadi tidaklah aku terlepas untuk solat asar.

selesai mandi, aku lantas keluar dari bilik pergi ke ruang tamu. kelihatan Elieya dan Liana disitu sedang menonton televisyen.

"ha bangun dah? nyenyak tido lepas jumpa Rizqish." ujar Elieya sebaik saja nampak kelibat aku yang berbaju tshirt berkain batik.

"tula, apa la yang dorang buat tadi ye, tah tah dating..." Lydina menyakat Elisya.

"otak kau lah, aku ngantuk gila, mamat tu tetibe ajak jumpa." kata aku lalu mendudukkan diri ku disofa bersebelahan Liana.

"ha ape cite tadi dengan Rizqish." soal Liana pula.

aku membuat muka menyampah bila mendengar nama lelaki itu.

"centu jela weh, dia tak nak tukar partner, mungkin dia tak nak dengan Puteri?" jawabku.

"aku rasa la kan, Rizqish tu memang tak nak ngan Puteri la." Elieya meneka. Liana pula mengangguk.

"tulatu, kenapa eh Rizqish macam tak suka Puteri? Puteri tu nak kata cantik, bolehla tapi perangai dia je tak cantik." Lydina berfikir sejenak.

"ee, aku tanak la partner ngan dia, tadi pun aku rasa nak tumbuk muka dia." muka ku cukup menyampah apabila mengingat perkara tadi.

"nasib kau la cha, nak buat cane." Liana yang di sebelah aku mengusap belakang aku.

"beginilah nasib diriku yang malang, oh tuhann~~" Elisya menyanyi lalu baring di bahu Liana, sok sok tersakiti la tu.

Liana tergelak melihat kelakuan ku, Elieya dan Lydina pula membuat muka menyampah.

"orang tua tua kata kan, kalau gaduh lama lama kawin." ujar Lydina sambil memandangku dengan muka perlinya.

tupp...

laju bantal hinggap ke muka Lydina.

headshot!

Dua hari kemudian.

Lydina meminta dirinya cuti selama 5 hari kerana keluarganya buat kenduri kesyukuran sempena kaklong nya yang mengandung. kini hanya aku, Liana dan Elieya sahaja berada dirumah itu.

di universiti.

"we korang, jap au aku nak gi tandas." dalam perjalanan aku ke tandas, tiba tiba aku terlanggar seseorang.

"aduhh." aku baru memandang orang yang aku langgar, aku mengeluh kerana orang didepan aku itu adalah Rizqish.

"kau memang mata letak kat kaki ke?" ujar Rizqish sambil memandang ku.

"kau yang langgar aku alamak." kataku lalu menjeling sambil membetulkan tudung.

"lain kali mata tu le-" tidak sempat Rizqish menghabiskan katanya aku memotong percakapannya.

"diamla, jangan sampai aku pijak kau." aku menjeling. Rizqish tergelak kecil.

"kau yang pendek ni nak pijak aku? cuba try." kata Rizqish.

"ish tepilah malas nak layan kau." kata aku terus pergi meninggalkan Rizqish.

setelah selesai melepaskan hajat, kelas pun telah mula 5 minit lalu.

"alamak dah lambat, mampusla " kata aku sebaik saja melihat jam ditangan, lantas aku lari pergi ke kelas. sampai saja di pintu kelas, aku berdoa dalam hati supaya tidak dimarahi lecturer.

Unconditional Love Where stories live. Discover now