chapter 20

11 4 1
                                    

Elisya masih termenung sementara kawannya yang lain bergelak tawa seronok berborak di ruang tamu, mereka faham kenapa Elisya hanya berdiam diri, Elisya masih tidak jangka Puteri sanggup berbuat demikian hanya kerana seorang lelaki. Nasib sahaja ada yang perasan, kalau tidak? memang tak boleh duduk Elisya selama setahun!

"oi Cha, jangan la di ingatkan bendanya, dah kantoi dah pun kau pun dah selamat dapat jugak duduk." ujar Lydina. dia juga amat terkejut apabila Hanif mencari mereka dan menceritakan kejadian tadi.

"takle do, itu kalau takde sape perasan, aku pun duduk je kat situ hilang mat jub* aku." Elisya masih trauma, kalau lepas Puteri kena gantung, apa lagi yang Puteri nak buat dekat dia lepasni?

mereka bertiga tergelak.

"nasib baiklah Hanif bagitahu, alhamdulillah lah." ucap Liana. mereka semua pun turut syukur.

"tapi dengar cerita, Rizqish yang tarik Puteri sampai bilik pengetua, merayu rayu pompuan tu suruh Rizqish lepas." kata Elieya yang si tahu semua benda tentang isu semasa.

"hebatla kau yaya, semua benda kau tau." ujar Lydina pula sambil menepuk tangannya, syukur dapat kawan yang tau semua benda ni.

"betul ke benda tu?" soal Liana seperti tidak percaya. Elisya pun menyetujui soalan Liana.

"kan, macam tak betul je."

"betul la gila, ramai dah nampak lepastu aku pun dengar dorang gosip pasal benda ni." ucap Elieya. memang Elieya akan tahu segala hal di universiti mereka.

"ah tak kesahla janji aku punya tu selamat." kata kata Elisya membuatkan mereka semua gelak tak henti.

______________________________________

"daddy! kenapa nak salahkan put, put tak bersalah pun!" Puteri membantah daddy nya kerana daddy tetap berkeras menyalahkan dia akibat digantung selama 2 minggu.

"it's still your fault! if you are innocent how can you be hanged? don't blame others just because your own mistakes!" marah Dato Malik, dia kemudian duduk lalu mengurut kepalanya yang berdenyut.

"oh so you don't trust your own child? and you trust the woman who tried to steal Rizqish from me? HOW DARE YOU!" air mata Puteri jatuh berderas mengalir dipipinya.

"bang, dah la tu salah kan Puteri, dia tak bersalah pun." ucap Datin Maria.

"apa yang dia tak bersalah? Rizqish pun dah terangkan dekat saya, mana saya nak letak muka saya ni? Puteri dah kena gantung pun, you Puteri, give me your car key! don't leave the house for 2 weeks!" keras Dato Malik, kalini dia mahu mengajar Puteri lebih keras. selama ini dia endah tidak endah sahaja akan si Puteri itu.

"no! apa yang i nak buat 2 weeks ni? takkan lah tak boleh keluar rumah jugak!" Puteri dengus geram.

"give me your car key or i beku kan your bank card!" kalini Puteri dah tiada pilihan, daripada takde duit, baik dia bagi kunci keretanya. Dia pun mengalah lalu bagi kunci keretanya.

Puteri mendaki tangga ke biliknya dengan laju. masuk sahaja ke biliknya, dia menutup pintu ganas menunjukkan tanda protesnya.

makin pening kepala Dato Malik dibuatnya.

"kenapa abang buat Puteri macamtu? abang lebih percayakan orang lain daripada anak sendiri?" marah Datin Maria, dia juga geram dengan sikap suaminya yang tetap menyalahkan Puteri.

"biar, saya nak ajar dia kalini, and awak jangan pandai pandai nak bagi dia keluar, faham?!"Dato Malik lantas bangun dari sofa itu.

"what's wrong with this family? huh! laki macamni anak macamtu, stressla aku, baik ajak si Marini shopping." Datin Maria pun menaip nombor sahabat lamanya itu untuk mengajak shopping, healing berdua lah katakan!

Unconditional Love Where stories live. Discover now