chapter 16

22 5 3
                                    

Rizqish menarik lengan Hanif. Hanif yang ingin pergi ke biliknya kebelakang kerana ditarik oleh Rizqish. Hanif memandang Rizqish sambil mengangkat keningnya sebagai tanda tanya. Dia membetulkan posisi yang betul di depan Rizqish.

"Asal kau cakap dengan nenek yang aku suka perempuan tu?" Rizqish menyoal dengan raut wajah yang bengang.

Hanif terdiam sebentar cuba memahami apa yang dikatakan oleh lelaki didepannya ini. Lantas mulutnya berbentuk 'o'. Dia baru teringat jika pada waktu itu dia memberi tahu nenek nya Rizqish menyukai satu perempuan sebab itu lah dia tidak mahu menerima Puteri.

"Lepastu kenapa?" Hanif menyoalnya balik.

Rizqish semakin bengang dengan jawapan Hanif.

Hanif tersengih.

"Yelah oke apa aku bagitahu nenek, takde lah kau kena paksa lagi nak kawin dengan Puteri kan?"

Rizqish pula yang terdiam. Betul juga apa mamat ni cakap, tak sia sia lah dia jadi keluarga aku.

"Ha lepastu kalau nenek dah tak suruh kau kawin dengan dia, tak dapat la kau kawin dengan Puteri tu betul?" ujar Hanif lagi.

Hanif menepuk bahu Rizqish.

"Kalau kau nak suka dia betul betul pun boleh, lagi lah takde can Puteri nak kawin ngan kau." Hanif senyum menyakat.

"kepala ciku kau la! tak nak aku suka perempuan macam tu, sudahla pendek, garang pulak tu." Rizqish berpeluk tubuh, riak wajahnya hanya beku.

Hanif hanya ketawa sehingga nampak barisan giginya. beberapa saat Nek Mah muncul dari belakang mereka.

"bahh!"

Rizqish terkejut dengan serpaan neneknya itu, begitu juga Hanif.

"ya Allah nek, terkejut la Riz." katanya sambil memandang wajah neneknya itu.

"apa kamu berdua borak ni? bincang pasal kawin ke?" soalan Nek Mah membuatkan wajah dua cucu bujangnya berkerut kening.

"pasal kawin sape pulak ni nek?" soal Hanif hairan, apa pula tetibe kawin ni nenek oi.

"Bukan ke kamu nak kawin Hanif?" Nek Mah menyoalnya lagi, mata Hanif membulat segera dia memandang Rizqish disebelahnya.

Rizqish pula tersenyum sinis.

"bila pulak Hanif nak kawin? siapa cakap?"

"tu budak tu cakap." ucap Nek Mah sambil menjuihkan mulut nya kearah Rizqish.

Rizqish membuat riak wajah yang biasa.

"kau cakap ape riz?" kini Hanif menyoal Rizqish. Rizqish hanya mengangkat bahu.

"betul kan? bukan kau suka ke budak perempuan nama nabilah." kata kata Nek Mah membuatkan Rizqish ketawa.

Hanif masih diam tidak faham. mukanya blur. ha sudah sape nabilah? mama dengan daddy nak jodohkan aku ke?

"bukan nabilah nek, lydina." kata Rizqish selepas tawanya reda tapi masih tersisa.

"eh apa bende kau ni." Hanif menyiku lengan Rizqish. wajahnya kian merah.

"apa betul kan? kan nek?" kata Rizqish.

"betul tu!"

Rizqish sambung ketawanya.

"err takdelah nek, Rizqish ni saja je.." Hanif menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"iye ke? ke Rizqish yang nak kawin dengan si budak elizard tu?" Nek Mah memandang Rizqish pula. serta merta tawa Rizqish pudar.

Unconditional Love Where stories live. Discover now