chapter 13

13 4 1
                                    

"ya Allah rindunya kamu semua!" Puan Sri Roselle datang terus menyalam Datin Maria. Lalu dia terus memeluk Hanif. Hanif pun membalas pelukan itu.

Tuan Sri pula bersalaman dengan Dato' Malik kemudian Rizqish. dia hanya membiarkan dua beranak itu memeluk bagi melepaskan rindu.

"haha kamu ni Ros, baru seminggu kamu pergi sana dah rindu kami ya!" Datin Maria tergelak. Dato' Malik dan Tuan Sri Mukriz hanya tersenyum.

"itulah, baru seminggu dekat sana, macam sudah sebulan saja." Puan Sri Roselle berkata setelah dia merungkai pelukan itu.

Rizqish pun menyalam tangan ibunya selepas berpelukan dengan anak kesayangannya katakann.

"eh mana Puteri?" Tuan Sri Mukriz menanyakan soalan itu apabila dia terasa tidak cukup sorang disitu.

"eh tadi dia pergi tandas dengan Riz kan?" soal Dato' Malik pula.

Rizqish hanya mengangguk. dia hanya berdiam tidak mahu memberi tahu perkara sebenar yang dia menolak Puteri ke dinding. sedikit rasa sebersalah tidak muncul dalam dirinya, baginya inilah akibat apabila selalu menganggunya.

tidak lama selepas itu muncullah Puteri dengan muka yang seperti tiada apa apa yang terjadi. dia tersenyum nampak kelibat pak lang dan mak lang nya.

"hai mak lang, pak lang! rindunya!" Puteri berlari ke arah mak lang nya lalu memeluk dengan erat.

"iya maklang pun rindu Put." Puan Sri Roselle menepuk nepuk belakang badan Puteri.

Rizqish hanya berpeluk tubuh membuat muka bosan. meluat dia tengok kelakuan perempuan tak cukup kain itu.

Puteri pun memeluk pak lang nya selepas saja memeluk Puan Sri Roselle.

"alang alang semua dah kat sini, malam ni kita buat makan makan dekat rumah Ros." ajak Puan Sri Roselle, dia melebarkan senyumannya.

dia tidak sabar mahu membuat makan makan menjemput satu keluarga walaupun hanya keluarga dia dan keluarga Dato'Malik. semenjak abang iparnya Mikael dan Suraya iaitu ayah dan ibu kepada Hanif mengalami kemalangan, keluarga mereka terasa kecil dan sederhana.

"tapi kan ma baru balik, tak penat ke?" soal Hanif memandang seraut wajah mamanya yang seperti penat baru balik dari Itali.

"tah awak ni, kita boleh je buat esok malam ke." ujar Tuan Sri Mukriz pula, dia juga risau dengan isterinya yang sikap tidak sabar, boleh saja buat esok hari malam ini juga mahu buatnya.

"betul tu, baik kau rehat dulu je Ros." Dato Malik pun bersuara.

"yelah kalau macamtu, jomlah kita balik, hadiah-hadiah yang aku beli di italy, nanti Ros bagi kamu semua ya!" ujar Roselle yang senyumannya tidak lekang di bibir.

"Wah hadiah untuk Put ada tak?" Puteri tersengih manja.

"Mestilah ada! Jom kita balik dulu, esok mak lang bagi hadiah." mereka pun berjalan keluar dari airport sementara pekerja peribadi Tuan Sri Mukriz dan Puan Sri Roselle mengangkat beg bagasi mereka.

Mereka pun masuk ke kereta masing masing.
______________________________________

Esok nya. Dato Malik dan keluarganya pun datang ke rumah adiknya Tuan Sri Mukriz seperti yang dijanjikan tempoh hari untuk buat makan makan sekeluarga.

Loceng ditekan lalu mak som terus membuka pintu rumah. Masuk saja mereka ke rumah Tuan Sri Mukriz,

"Assalamualaikum." Ucap Datin Maria apabila masuk ke pintu rumah yang agak besar itu.

"Waalaikumussalam, jemput lah duduk semua, makanan nak siap ni." Ujar Puan Sri Roselle yang berada di dapur sedang membuat air.

"Duduklah semua." Hanif yang memang berada di ruang tamu itu menjemput mereka duduk. Dia mahu menolong mama nya masak tetapi ditolak maknya. Begitu juga mak som, dia lebih suka masak sendiri untuk keluarganya.

Unconditional Love Where stories live. Discover now