chapter 18

9 3 0
                                    

pov Elisya.

pejam celik pejam celik matanya, dia terus menggeliat lalu menguap. segera dia melihat jam dinding yang terletak cantik di dinding biliknya.

"ANJIRR DAH PUKUL 9 COKK PATUTLA DAH TERANG." bergegas dia bangun dan berlari ke arah bilik air untuk mandi, sempat dia terlanggar almari. ha tulah bangun bangun je terus lari.

setelah saja mandi terus dia qadha' solat subuh, entah bagaimana boleh terlepas subuh, jarang juga begini mungkin akibat penat sangat karnival yang ada pada universitinya semalam. lepas saja balik dari karnival tu terus dia terbungkang atas katil, barang barang gerai nya terbelangkai di dapur, entah kemas entah tidak lah tu.

bukan dia saja, malah sahabat sahabat nya juga terus tertidur selepas balik dari karnival.

Elisya keluar dari bilik segera melangkah ke bilik kawan kawan nya. hatinya lega bukanlah dia sorang yang terlepas subuh, nasib si Lydina ni pun tidur jugak, takdela dia dapat dosa sorang sorang. fuh legaa rasa.

kebiasanya pada hari minggu, mereka berempat selepas subuh memang tidak tidur, mereka terus berjogging diluar. peh hebat

"assalamualaikum, ko dah solat subuh belum?" perlahan lahan Elisya menggoncangkan tubuh kecil Lydina.

mata Lydina terus terbukak luas.

"woi pukul berapa dah sekarang ni?" soalnya dengan suara serak serak basah.

Elisya hanya mengangkat bahu. Lydina segera mencapai jam loceng miliknya.

"shiii, tepi." Lydina menolak Elisya langsung dia mencapai tuala berlari ke arah bilik air.

Elisya tergelak.

"eh patutnya aku kejutkan dorang dulu baru aku mandi tadi. takdela dorang terlambat nak qadha' kan? ah takpela benda dah jadi kita enjoy."

Elisya pun mengejutkan kawannya lagi 2 orang tu, ye mereka berdua pun terlepas subuh. dia terus ke dapur untuk mengemas barang barang yang sudah berselerak. dah macam tak rupa dapur jadinya!

setelah beberapa minit menyusun barang, akhirnya Liana muncul disitu dan membantu Elisya.

"eh cha, sorry aku lupa nak kemas." ucap Liana.

"eh takpe, bukannya kau yang kena kemas pun, kitorang jugak yang meniaga tadi."

selesai saja kemas, Lydina dan Elieya juga sudah muncul di ruang tamu menonton televisyen.

Elisya dan Liana pun turut menonton sekali. dalam masa yang sama Elisya ingin membahagikan hasil duit meniaga yang telah mereka dapat semalam.

"Lia tolong kira sikit duit ni." Liana pun mengambil duitnya. khusyuk dia mengira.

"dah so totalnya kat aku ni 300."

"oh dekat aku 400 jadi hasil kita dapat 700 la kan?" kata Elisya.

"uuu" Elieya tidak sangka banyak macamtu sekali mereka dapat.

"alhamdulillah." serentak Liana dan Lydina.

"so macamtu sorang 175 ringgit la aku bagi." ucap Elisya dia pun mengira duit itu 175 ringgit untuk bagikan ke kawan kawannya.

"banyak jugak eh dapat, yela habis semua makanan terjual." ujar Lydina, dalam hatinya juga berharap agar Hanif suka brownies buatannya.

"sedap sangat kita buat, eh aku jela buat sedap." balas Elisya tersenyum kambing.

"Cha dengan perasannya memang tak boleh nak dipisah." Elieya memandang Elisya atas bawah.

"HAHAHAH JELESI LA TU." Elisya tersenyum lalu menjeling balik ke Elieya.

Unconditional Love Where stories live. Discover now