chapter 10

27 6 6
                                    

waktu rehat pun habis, Liana pinta dirinya untuk pergi berjumpa dengan adam untuk membincangkan tentang projek itu.

baru sahaja selangkah berjalan, tiba tiba air sirap laju membasahi baju Liana begitu juga dengan baju Elisya, Elieya dan Lydina kerana ada orang sengaja menyimbahnya.

"opss." Qistina menutup mulutnya. ya, Qistina, Puteri, Syasya dan Atikah lah yang menyimbahkan air sirap itu.

"haha, im sorry, tak sengaja." ujar Puteri sambil tersenyum sinis.

mereka berempat terkejut dengan perbuatan itu.

"woi buta ke!?" jawab Elisya bengang. kalau tak suka pun jangan sampai simbah air sirap bengong.

"chill la guys, i tak sengaja, lagipun baju korang bukannya mahal pun kan?" kata Atikah seraya gelak apabila mengucapkan perkataan itu. kawannya lain juga turut gelak.

Elieya sudah sedia untuk menumbuk mereka, tangannya digepal geram. saat saja ingin menumbuk, lantas Liana menghalang perkara itu

"okay guys, kitorang gerak dulu, enjoy the sirap!" ucap Puteri lalu mereka berempat pun pergi tanpa sebarang maaf.

"apa masalah betina tu ya Allah." Elisya mengurutkan kepalanya.

"asal kau halang aku tadi, kalau tak boleh aku pecahkan kepala sundal tu." jawab Elieya bengang. Lydina pun menenangkan Elieya, dalam hatinya juga geram dengan perbuatan mereka itu tadi.

mereka terus ke tandas untuk membasuh tudung dan baju mereka yang terkena air sirap itu. sudahla baju Elisya putih, nampakla sedikit kesan walaupun sudah basuh dengan sabun.

bermacam macam rungutan mereka ketika membasuh baju dan tudungnya yang terkena air sirap. Elisya terfikir sendirian jika dia memberitahu Miss Fira untuk menukarkan partner dia adakah Puteri tidak akan menganggunya lagi? tapi dia harus memberitahu Rizqish terlebih dahulu.

pov Rizqish :

"Riz, kau tak bincang dengan Elisya ke pasal projek tu?" soal Hanif ketika mereka berdua sahaja diruang tamu itu. Tan Sri Mukriz pergi ke outstation di Itali manakala Puan Sri Roselle juga mengikuti suaminya. nek mah mereka berada dibilik agaknya sedang tidur.

"malas." sepatah sahaja jawapan Rizqish.

"kau ni Riz, kena la bincang pasal projek tu, projek tu penting sebab nak dapat markah tinggi." kata Hanif memaksa Rizqish. kalau tidak buat itu susah dia untuk dapat markah tinggi supaya dapat menggantikan daddynya suatu hari nanti.

Rizqish hanya diam. dia tidak melayan Hanif, matanya masih tertumpu kepada telefonnya.

"ok kalau kau tak nak jugak, aku suruh Puteri tidur sini lah." Rizqish terus memandang Hanif apabila Hanif mengatakan perkara yang paling dibencinya.

"oke oke aku bincang dengan dia." ujar Rizqish gelabah. ha tau pun. selang beberapa saat kemudian loceng rumah mereka berbunyi. mak som cepat cepat membuka pagar dengan menekan suis dan membuka pintu rumah itu apabila dia melihat orang itu Puteri.

"hai!" sapa Puteri apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Rizqish mengeluh. Hanif pun membalas sapaan Puteri.

Rizqish memandang Hanif.

"kau dah suruh dia tido sini ke." ujar Rizqish dengan suara perlahan tapi masih dapat didengari Hanif.

Hanif hanya menggeleng. dia juga tidak tahu Puteri mahu datang sini.

Puteri segera mendudukkan dirinya disebelah Rizqish.

"Puteri nak air apa apa ke?" soal mak som.

"takpe mak som susah susah je." kata Puteri menolak tawaran air mak som, dia datang situ niatnya hanya mahu berjumpa dengan Rizqish. mak som pun mengangguk lalu pergi.

Unconditional Love Where stories live. Discover now