chapter 15

10 3 0
                                    

"Tak sangka ye Adam yang buat." Ujar Elisya, mereka berempat berjalan pergi ke taman hijau seperti biasa.

"Ye do, tapi apa function Adam buat macamtu?" soal Lydina pula. sungguh pelik Adam buat sedemikian menumpahkan cat merah ke kereta Qistina.

"Aku rasa en, dia buat macamtu sebab Lia, kan sebelum kereta Qistina tu kena cat, geng gila tu tumpahkan air sirap dekat kita." nafi Elieya. memang itu saja dalam fikirannya.

"kau ni takkan la sebabtu." bantah Liana. Dia sungguh tidak percaya jika Adam buat begitu kerana hal kecil.

"Eh ye do aku pun rasa macamtu, tah tah adam suka kau Lia?" soalan Lydina membuatkan Liana yang minum air tersedak.

Elieya dan Elisya tergelak.

"untungla Lia ade hero selamatkan." Elisya memerli.

"eih mengarutla korang dah jom duduk." mereka pun sampai ke taman hijau dan membuat assignment seperti biasa.

"korang dah habis ke bincang dengan partner korang pasal projek tu?" mereka berempat yang tadi sunyi sepi kini Elisya menyoal memecahkan kesunyian.

"em belum." jawab Liana manakala Lydina dan Elieya menggeleng.

"Cepat la wei projek tu, aku dah malas tau nak bincang dengan mamat tu nasibla 3 hari ni dia tak ajak discuss." kata Elisya.

"sabo jela weh lagi 2 minggu lagi, kejap je tu." kata Lydina, tangannya masih khusyuk menaip papan kekunci laptop nya.

"kepala otak u kejap, aku dah naik gila tau partner dengan di-" kata Elisya terhenti apabila melihat sosok seorang yang kelihatan aneh.

Tapi dia abaikan saja, mungkin itu cuma perasaan dia kalau orang itu kelihatan aneh. Dalam fikirannya cuba bersangka baik.

______________________________________

Elisya berjalan pergi ke Foria cafe berseorangan untuk membeli air yang diminta kawan kawannya.

'Cis pemalas betul, aku jugak yang kena belikan.' bisiknya dalam hati.

Dalam perjalanan, Elisya terserempak dengan lelaki yang sungguh dia benci, tidak tahu kenapa setiap kali nampak lelaki itu je terasa mahu lempang, dengan muka kereknya. Perangai pun hmphh hampeh!

Elisya hanya tidak mempedulikan Rizqish, mahu saja melepasi Rizqish, Rizqish berdiri didepan menghalangnya untuk berjalan.

"ape kau nak." ujar Elisya acuh tak acuh.

Rizqish hanya berdiam memandang Elisya. Rizqish mendekat. Tapi hairannya, dia tidak menjauh. Elisya sudah cuak, 'ha ni kenapa pulak? ada benda aku tertinggal lagi ke dengan dia? dah lama aku tak jumpa mamat ni pun.'

"a-a kau nak apa?"

"kau boleh tepi tak? aku nak lalu." muka nya selamba, dia memandang tepat ke mata Elisya. hanya muka kerek di tunjukkan.

Elisya tidak percaya apa yang didengarinya. please? dia yang tetibe berdiri depan aku, benda boleh lalu tepi kan.

Elisya berdecit dengan senyuman yang terasa geram.

Elisya memandang Rizqish dengan pandangan yang tajam sebelum dia menjelingnya. Dia pun terus pergi.

"Aku takfaham betul la dengan mamat tu, eee. boleh jekan lalu tepi, aku sumbat kasut aku kat mulut dia tau la." muka Elisya tampak geram, dia menggepal tangannya.

Dia menekan kuat button vending machine itu perasaan geramnya masih ada, apa function mamat tu senanya? ughh!

"hm kak? slow slow lah, rosak mesin tu nanti." ujar seorang pelajar semester 1 yang berada dibelakangnya. Sungguh pelik pelajar itu melihat kelakuan senior nya ini, tengah datang bulan ke kak?

Unconditional Love Where stories live. Discover now