chapter 22

19 4 8
                                    

"Selamat pagi tuan!"

"selamat pagi tuan."

terdengar suara pekerja pekerja EVREN HOLDINGS tatkala masuk sahaja sosok bos yang paling mereka geruni, mukanya yang tegang sungguh membuatkan semua pekerja takut. masing masing menundukkan muka mereka.

tetapi bukanlah sekali muka majikannya begitu malahan setiap hari sampaikan perkara itu telah menjadi perkara biasa bagi pekerja pekerja disitu.

manakala PA nya Aidil Zafuan, yang setia bersama bosnya sentiasa tersenyum dan ceria mampu melegakan pekerja disitu. kalau dua dua muka beku, silap silap lari semua.

hilang saja sosok bos nya semua pekerja menghela nafas.

"muka dah hensem, tapi tak pernah nak senyum." bisik Hani salah sorang pekerja disitu kepada Farah rakan sebelah meja nya, mereka berdua memang tukang gosip dan selalu mengumpat bos di pejabat ni.

"ye do, sombong betul." balas Farah sambil mengingatkan muka sombong bosnya, kalau itu bukan bos nya, sudah lama dia siat mulut bosnya supaya senyum. tidak lama selepas itu mereka pun sambung bekerja takut jika bos nya nampak mereka berbual.

bukannya boleh Tuan Rizqish Ameer bos paling bengis yang tidak pernah senyum, berbual kecil pun boleh dimarahi dengan dahsyat.

"Tuan, ni fail yang tuan nak, and satu lagi nanti lepas lunch kita ada temu janji dengan Dato' Syed." ucap Aidil yang berada di hadapan Rizqish.

"kenapa nak ada temu janji dengan dia? bukannya dengan bapak aku je?" soal Rizqish dengan keningnya terangkat sebelah.

Aidil Zafuan mengeluh perlahan.

"tuan, tuan sekarang dah 2 tahun bekerja bawah syarikat EVREN HOLDINGS menggantikan ayah Tuan, Tan Sri Mukhriz, buat apa dia nak temu janji dengan Tan Sri lagi? tuan kan sekarang yang menggantikan tempat Tan Sri." ucap Aidil panjang lebar sambil tersenyum tidak ikhlas.

"aku malas la nak dengar orang tua tu bercakap, lepastu asyik nak jadikan aku menantu dia." Rizqish bersandar ke kerusi empuknya lalu berpeluk tubuh. sudah 2 tahun tidak mendengar nama dato itu dan ada temu janji dengannya, tiba tiba hari ini mendengar nama nya, magik apa orang tua tu buat.

memang dulu setiap kali bapanya ada temu janji bersama Dato' Syed, bapanya akan mengajak Rizqish bersama, dan setiap itu lah Dato' Syed ingin menjodohkan nya dengan anak perempuannya. bapanya pula hanya gelak dan tersenyum, cuba la cover sikit anak dia ni.

"tuan cakap jela tuan da ada girlfriend, kan senang." jawab Aidil yang masih setia di hadapannya.

"aku girlfriend pun takdok."

"tula Tuan, perempuan keliling pinggang pun Tuan tolak, mana nya nak ada girlfriend. lagi satu, muka macam gitu pun perempuan takut."

"kau nak kata muka aku hauk ke?" Rizqish merenung Aidil tajam.

"bukanla tuan, tuan dah ada rupa cuma tuan tak reti nak senyum. cuba la senyum sikit, senyum tu kan sedekah."

"buang masa aku, dah kau gi keluar." Rizqish menghalau Aidil, meluat dia mendengar suara Aidil pagi ini.

"baik tuan, tapi ingat nanti kita ada temu janji dengan-" belum sempat Aidil berkata Rizqish sudah memotongnya.

"ye, aku tahu dah ko pergi shuh shuh." Aidil hanya menahan sabarnya, nasibnya dapat bos macamni. kalau dia ada kerja lain, sudah lama dia berhenti.

sebenarnya Rizqish malas nak mendengar nama Dato' tu. tak Dato' Syed, Dato' Ghafar orang tua miang yang selalu menggatal dan mengorat pekerjanya.

dalam beberapa minit kemudian Aidil kembali masuk tanpa mengetuk pintu. bunyi pintu yang terbuka tanpa ketuk membuatkan Rizqish tersentak.

Unconditional Love Where stories live. Discover now