part 27

16 3 4
                                    

malam itu.

"assalamualaikum." ucap Datin Maria lalu memasuki penthouse itu diikuti dengan dato Malik dan Puteri.

"waalaikumussalam." jawab Tan sri mukhriz dan Hanif serentak.

"ya Allah Hanif lama tak jumpa." Hanif bersalaman dengan Datin Maria, Datin Maria mengusap rambutnya.

kemudian Hanif bersalaman dengan dato Malik.

"macam mana kehidupan dekat Turki? best tak?" soal Datin Maria seraya melabuhkan punggungnya di sofa. manakala Puteri sudah lari ke dapur mencari maksu nya.

"bolehla makngah, cuma lagi best dekat Malaysia ni ada family yela lagipun dah membesar kat sini." jawab Hanif, dia pun turut duduk di sofa.

"ha macam mana kerja kat sana?" soal dato Malik pula.

"alhamdulillah okela pakngah, pandai dorang uruskan kerja kat sana." jawab Hanif. dato Malik mengangguk.

dia kemudiannya merenung tajam muka Hanif yang sedang berborak dan bergelak tawa bersama isterinya dan tan sri mukhriz.

"malik? kau ok tak?" soal tan sri mukhriz apabila melihat air muka abangnya bertukar.

"hah? oh aku ok je.. eh ni aku nak pergi tandas kejap." tan sri mukhriz mengangguk, dia memandang abangnya yang semakin jauh.

tidak lama kemudian nek mah datang ke ruang tamu dipimpin penjaganya. Hanif langsung bangun dari duduknya dan seraya membantu untuk memimpin neneknya.

"nenek dah mandi?" soalnya. nek mah hanya mengangguk.

"mak, apa khabar? sihat?" tanya Datin Maria setelah salam dengan mak mertuanya.

"macam ni jela mak, dah tua kan biasala macam macam penyakit ada." jawab nek mah selepas sahaja duduk di sofa.

mereka pun berbual. tidak lama kemudian Puan Sri datang mencelah perbualan mereka.

"jom makan, lauk dah siap hidang tu." ajak Puan Sri Roselle yang datang dari dapur dengan masih memakai apron.

mereka pun berganjak dari sofa kerana perut masing masing sudah berbunyi kelaparan, dengan pula bau makanan yang dimasak oleh Puan Sri Roselle cukup membuatkan mereka terliur.

***

"sedapnya maksu masak!" puji puteri selepas sahaja merasa masakan Puan Sri Roselle. hari ini Puan Sri Roselle masak makanan kampung, biarlah nampak melayu sikit, lagipun Hanif mesti rindu masakan malaysia ni.

"pernah ke maksu masak tak sedap?" Puan Sri Roselle menjungkitkan keningnya, Puteri hanya tergelak.

"tak pernah! semua maksu masak semua sedap!" nafi Puteri sambil tersenyum, dia sambung menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"nek, nenek takle makan ni. ni pedas nanti sakit perut." ujar Hanif apabila melihat neneknya mengambil banyak sambal belacan.

"aish takpela, rugi ni kalau tak makan." sangkal nek mah, dia memang suka sambal belacan dari dulu lagi. kalau boleh setiap hari ingin makan sambal belacan.

beberapa detik kemudian mereka senyap sambil menikmati makanan, Puteri sudah memandang sekeliling.

'aish takde sape nak tanya ke?' bisik Puteri di dalam hatinya. matanya masih memandang mereka yang sedang sibuk makan.

"eh mana riz?" soal Datin Maria, dia bukan baru menyedar ketiadaan Rizqish, cuma dia terlupa bertanya dimana keberadaan Rizqish. dirinya pun pelik kenapa Puteri tidak menanyakan keberadaan Rizqish.

Puteri tersenyum lebar sebaik sahaja maknya menanyakan soalan itu. memang daripada tadi dia menunggu orang untuk menanyakan dimana Rizqish, kalini dia tidak mahu bertanya kerana dia tidak mahu menampakkan yang dirinya beria. mungkin dia penat asyik tanya pasal Rizqish je kan, rizqish pun tidak tanya pasal dia.

Unconditional Love Where stories live. Discover now