part 28

11 2 0
                                    

pagi pagi lagi Elisya sudah bangun dan menyiapkan barangnya. fail fail di meja disusun kemudian diletakkan di dalam beg. dia mengenakan kemeja berwarna hitam dan skirt labuh berwarna coklat. tudung shawl berwarna nude pula dililitkan di kepala.

Elisya keluar dari biliknya dan pergi ke dapur melihat Liana yang sedang memasak. kini rumah mereka agak sunyi kerana ketiadaan Elieya.

Elisya tersenyum melihat Liana yang sedang memasak, Liana memang suka masak untuk mereka sejak masih belajar lagi. Liana tidak mengharapkan apa apa balasan, baginya dia suka untuk menyiapkan makanan dan dia juga sudah terbiasa masak untuk adiknya di kampung.

"sorry weh tak dapat tolong kau masak, banyak kerja aku nak siapkan tadi." ujar Elisya, akibat tertidur malam tadi dia terpaksa menyiapkan sedikit kerja pada pagi ini.

"takpe.. aku faham." melihat jawapan Liana, Elisya terus tersenyum.

"eh dina mana? tengah siap lagi ke?" soal Elisya. Liana hanya mengangguk. haih apa nak jadi Lydina ni siap bukan main lama.

tidak lama kemudian Lydina datang dengan pakaiannya blouse berwarna lilac dan seluar jeans berwarna putih. berserta tudung bawal bercorak. dia ke dapur untuk mengisi air di dalam botolnya.

"ha makanan dah siap baru nak datang. siap bukan main lama, macam mana nak kawin ni? tak pernah masak." ujar Elisya sambil mencekak pinggang memandang Lydina yang sedang mengisi air.

"eh sorry sikit eh aku pernah masak tau!" balas Lydina lalu menutup botol airnya kerana sudah siap di isi.

"masak apa? masak maggie? setakat maggie nenek aku pun reti tau!"

sambil mereka bergaduh, masakan Liana pun sudah siap. dia mengambil mangkuk dan mengisi ke semua nasi goreng yang berada di kuali itu. dia hanya menggeleng melihat dua kawannya ini pagi pagi lagi sudah bergaduh bingit telinga dibuatnya!

"dahh shutt, pergi ambik pinggan." ujar Liana, dia pun pergi dengan mangkuk yang berisi nasi goreng diletakkan di atas meja makan.

sempat Elisya menjeling Lydina. Lydina hanya menjelir lidah ke arahnya, Elisya membuat mimik muka geram.

setelah makan, Elisya pun keluar lalu memakai heels berwarna hitam. maklumlah pendek sebab itulah dia lebih banyak heels berbanding kasut flat walaupun sakit kaki.

dia masuk ke perut kereta lalu menghidup kan enjin kereta segera kereta itu bergerak pergi.

Elisya bekerja dibawah VIC Magazine sebagai fashion photography walaupun dia hanyalah junior di situ selama 3 tahun tetapi dengan kemahiran nya mengambil gambar selalu di puji oleh seniornya.

selain fashion photography, Elisya juga membuat freelance photographer. dia akan menghadiri majlis kahwin atau mana mana event sebagai jurugambar.

masuk sahaja ke pejabatnya, director diminta untuk ke bilik meeting untuk projek baharu.

"okay itu sahaja untuk hari ini." ucap Puan Nurin sebaik sahaja tamat meeting. masing masing mengemas kan barangnya termasuk Elisya.

"oh ye Elisya awak tunggu sini kejap boleh?" pinta Puan Nurin. Elisya hanya mengangguk tanpa sebarang pertanyaan.

"saya ada kerja untuk awak. saya tahu awak juga mahir dalam bidang ni." ujar Puan Nurin, Elisya hanya memandang Puan Nurin penuh tanda tanya. job apa pulak kalini?

"saya ada dapat panggilan daripada syarikat besar, tak lama lagi anniversary syarikat mereka jadi saya tahu awak pernah juga kan jadi jurugambar untuk event besar macam ini?" terang Puan Nurin.

Unconditional Love حيث تعيش القصص. اكتشف الآن