chapter 14

15 5 3
                                    

"Oh my Allah, i'm late." Mehmed Evren cepat cepat menaiki keretanya kerana ada meeting di Sky Holding di mana dia perlu bekerjasama dengan Dato Andrew. Mehmed Evren adalah ceo syarikat di Turki yang sangat berkembang, syarikat itu adalah syarikat ayahnya. dia mengambil alih jawatan ayahnya kerana ayahnya yang semakin tua.

Dia di Malaysia kerana perkerjaan. sudah banyak negara dia telah jejaki kerana hal pekerjaannya.

Tiba di jalan raya, seorang gadis berbasikal mahu melintasi jalan raya untuk menyeberang. Mehmed Evren yang laju dari jauh dia telah ternampak seorang gadis yang mahu melintas. Fatimah terkejut kerana ada kereta yang laju kearah nya. basikalnya diberhentikan dia panik tidak tahu mahu buat apa.

Kereta yang dipandu Mehmed Evren tidak sempat break, dia hampir terbabas, nasib sahaja sempat elak daripada terlanggar gadis berbasikal yang berbaju kurung. gadis itu terjatuh akibat terlalu panik. Mahu taknya kereta itu laju dipandu betul betul didepannya.

Mehmed Evren memberhentikan keretanya ingin melihat jika keadaan gadis itu baik atau tidak. dia keluar lalu mendapatkan gadis itu yang sudah pun terjatuh dengan basikalnya begitu juga nasi lemak yang ingin dijualnya.

"alamak, nasi lemak dah jatuh, aduh! kereta sape pulak ni bawak laju betul. dia ingat ni tempat race ke." Fatimah mengambil nasi lemaknya yang jatuh lalu diletak kembali ke dalam bakul.

Mehmed Evren pun mendekati gadis itu lalu menolongnya meletakkan semula nasi lemak ke dalam bakul

"are you okay?" Mehmed Evren menyoalnya sebaik saja nasi lemak yang jatuh semua sudah diletakkan dibakul.

"ada nampak saya oke ke!?" Fatimah menjeling orang itu, dia kemudian bangun. Mehmed Evren terpinga-pinga kerana gadis didepannya seperti marah walaupun dia tidak faham sepatah apa yang dikata gadis itu.

Mehmed Evren turut bangun, dia tolong mengangkat basikal gadis itu yang jatuh.

"im really sorry, i was late, i didn't notice you were in front." ucap Mehmed Evren. Fatimah yang sedang menggosok bajunya yang kotor akibat terjatuh seraya memandang Mehmed Evren didepannya.

Fatimah memandang, dia pelik kerana muka lelaki didepannya ini tidak nampak seperti melayu, muka lelaki itu tampak seperti asing disini.

Mehmed Evren pun turut pandang gadis itu. dia terpaku dengan wajah gadis putih licin, bibir yang pinky pinky, pipi nya yang sedikit merah.

"kau siapa eh? asal muka cam pak arab." Kata Fatimah, matanya masih tidak lepas memandang Mehmed Evren. Mehmed Evren tersedar tatkala Fatimah menyoalnya dengan bahasa yang dia tidak ketahui.

"what are you saying? sorry i do not understand." ujarnya sambil tersenyum senget.

"oo kau mesti bukan orang sini kan? kalau macam tu kau dari mana? arab saudi? dubai?" soal Fatimah lagi.

Mehmed Evren masih terpinga-pinga, dia hanya mengenal perkataan arab saudi dan dubai, firasatnya, mungkin gadis itu sedang menyoal dari manakah dia.

"im from Turkish."

"oo, patutla muka macam pak arab." nafi Fatimah. dia melihat lelaki itu masih blur,

"oh ya, my name is Fatimah." Fatimah melebarkan senyumannya, sekali lagi Mehmed Evren terpaku dengan senyuman manis Fatimah.

'Oh my Allah how can malaysian girl can be so beautiful like this.' nafinya dalam hati.

"ouh i see, my name is Evren, Mehmed Evren nice to meet you." Mehmed Evren pun membalas senyuman Fatimah. dia melihat jam tangannya menunjukkan pukul 8:50 sikit lagi mahu pukul 9, sudah la ada meeting sebentar lagi.

Unconditional Love Where stories live. Discover now