chapter 3 - pelajar baru

25 4 1
                                    

"Rizqish, kita kena kemas barang barang, kita balik Malaysia terus." kata Hanif setelah membuka pintu bilik rizqish. rizqish hanya baring di atas katil sambil bermain fon, dia penat bermain bola keranjang bersama kawan kawan uni nya tadi.

"asal lak." jawab Rizqish, matanya masih memandang telefonnya

"mama kata nenek sakit makin teruk so kena balik."

"ceh, mama?"

Hanif mengeluh, dia faham rizqish masih tidak boleh terima dia, lagipun mama dan daddy nya juga lebihkan dia dari anak kandungnya sendiri, Hanif selalu rasa bersalah terhadap Rizqish.

"kemas sekarang, kita kena ada dekat airport pukul 6.00 pagi." Hanif keluar lalu menutup pintu bilik Rizqish.

tiba tiba Rizqish tersedar yang hanif kata nenek sakit, cepat cepat dia mengeluarkan beg galas di bawah katilnya. nenek dia lah satu satunya yang menyayangi dia semenjak pemergian seorang wanita yang sangat dia sayangi..

pada pukul 6.00 pagi bersamaan pukul 2.00 petang di malaysia, mereka berdua tiba di airport dan mereka akan bertolak pada pukul 6.30.

tiba di airport klia, Puan Sri Roselle menyambut kepulangan Hanif dan Rizqish. manakala Tan Sri Mukriz tidak dapat sambut kepulangan mereka kerana banyak kerja di pejabat.

"ya Allah nif, rindunya kat dia, macam mana belajar kat UK, oke tak?" Puan Sri Roselle memeluk Hanif, Hanif membalas pelukan itu. sudah setahun setengah sahaja mereka belajar disana, mereka terpaksa balik kerana keadaan neneknya yang tidak stabil.

"okay je mama, Rizqish pun oke je kat sana." kata hanif sambil tersenyum.

Rizqish hanya pergi tidak menghiraukan mereka. Puan Sri Roselle juga tidak menghiraukan kedatangan Rizqish, dia borak dengan Hanif sepanjang di airport sampailah balik rumah.

"Assalamualaikum." Puan Sri Roselle membuka pintu rumahnya dan memberi salam. sebaik saja masuk, barulah Rizqish bersuara.

"mana nenek?"

"bila balik rumah baru kau nak bersuara ye, tu pun kau tanya pasal nenek, pasal mak kau ni pun kau langsung tak tanya." ucap Puan Sri Roselle

"mama pun takde tanya pasal Riz." Rizqish menjawab lalu terus naik atas pergi ke biliknya.

"menjawab je budak ni, perangai sape diikutnya tah!" Hanif hanya berdiam diri saja disitu. Puan Sri Roselle mengeluh.

"kalau Hanif nak tengok nenek, nenek ada dekat bilik, nenek tengah tidur rasanya, time time macam ni memang tengah tidur." ujar Puan Sri Roselle, hanif hanya mengangguk, dia kemudiannya menolong pak kasim membawa beg galas mereka.

"nenek, nenek kena makan tau, nanti nenek sihat." Rizqish menyuap bubur ke mulut nenek.

"kau ni siapa?" soal nek mah, nek mah ada penyakit nyanyuk dan sakit tua, dia juga diminta dijaga oleh pembantu rumah yang dibayar oleh keluarganya.

"ni Riz nek, cucu nenek yang paling kacakk." kata Rizqish sambil senyum

"kacak? kenapa muka macam lembu je." nek mah berkerut mata memandang Rizqish.

Rizqish hanya tersengih, adoi nenek nya ni, apa samakan mukanya yang kacak dengan lembu.

di malam itu, nek mah menonton televisyen, nek mah juga suka menonton drama melayu.

"mak, episode ni kan mak dah tengok semalam." kata Puan Sri Roselle.

"aku cili kan jugak mulut lelaki tu!" nek mah geram dengan drama itu, sampai hati lelaki itu buat macamtu.

Puan Sri Roselle hanya menggeleng, Hanif pun tertawa melihat telatah neneknya itu. Rizqish turun kebawah untuk mengambil air.

"ha alang alang riz dah ada ni, meh sini kejap, daddy nak cakap sesuatu." ucap Tan Sri Mukriz yang dari tadi khusyuk membaca majalah akhbar ternampak kelibat Rizqish, dia harus memberitahu satu perkara kepada Rizqish dan Hanif.

Unconditional Love Where stories live. Discover now