chapter 2 - semester 2

23 4 2
                                    

allahhuakhbar, allahuakhbar

angin subuh mula mengelitik ketika dia bangun mengira usia hari.

azan subuh juga sudah berkumandang. manakala alarm Lydina juga berbunyi.

perlahan lahan Elisya turun dari katil dalam keadaan yang mamai. Elisya menggeliat kecil, tidak puas tidur kerana malam tadi tidur lewat bermain game cooking diary, sikit lagi nak dapat level 17. Dia baru teringat jika esok dia sudah mula semester 2 di uni.

Elisya mengejutkan Lydina yang masih lagi dibuai mimpi.

"woi Dina, kau bangun sekarang mandi solat. kau yang pasang alarm, aku pulak yang bangun, dasar minah tapir." kata Elisya lalu menutup alarm di telefon dina yang bising itu.

tiada sebarang reaksi dari Lydina, Lydina hanya tidur sambil mulutnya ternganga.

"astagfirullah anak syurga ni, tidur da la ternganga kau nak bagi sape masuk? cicak masuk ke?"

Elisya tidak mengalah mahu kejutkan dina, dia menggoncangkan badan dina.

"woii gempa bumi ke ni!?"

_____________________________________

"hm sedapnya bauu." ujar Elieya sambil menengok Liana yang sedang menggoreng cekodok pisang itu.

"tengokla sape masak." Liana membuat muka berlagak. ceh poyo setakat cekodok kucing aku pun boleh buat.

selesai goreng, Liana menghidangkan cekodok itu di atas meja, Elieya sudah sedia duduk di kerusi, dia tidak sabar mahu menjamu cekodok lia buat, pasti sedap. lagipun malam tadi dia tidak makan akibat tertidur di sofa semalam. satu kawan dia pun tidak mahu kejutkan dia, dasar kawan taguna.

Elieya dan Liana sudah duduk di kerusi, Elisya dan Lydina juga muncul, mereka turut duduk di kerusi meja makan. masing masing sudah tidak sabar sarapan dengan masakan Lia.

pagi ini pun hari pertama mereka belajar di semester 2, pasti pelajar semester 1 ramai yang kacak bergaya, Elisya sudah berangan rupa rupa pelajar semester 1, harap harap ada rupa yang macam park sunghoon, lee jong suk, kim taehyung dan macam macam lagi.

"lambatnya korang turun." ujar Liana lalu menyuap satu cekodok di mulutnya.

"ni la si dina ni, aku kejutkan susah nau nak bangun. alarm sebelah telinga pun tak boleh nak bangun." kata Elisya lalu menjeling dina. Lydina hanya tersengih, dia pun menyuap cekodok pisang itu.

setelah selesai sarapan dan mengemas barang.

"naik kereta sape ni?" soal Elieya

"kereta icha la, sebab kereta aku belum services, money tak masuk lagi nak services." ujar Lydina.

"wokeh."

setelah sampai saja di uni.

"apa yang berubah kat uni kita ni, woah ini mesti kukuh lagi ni." Elisya mengetuk pondok yang telah lama ada di uni itu, tiba tiba pondok itu runtuh setelah Elisya mengetuknya.

"a-apa kau dah buat ni ichaa." Elieya terkejut. mereka berempat pandang antara satu sama lain.

"apa lagi? cabutla!" Elisya tanpa berlengah masa terus lari dari situ, turut disertai kawan kawannya yang lain.

"aku rasa kan, ni kerja gila, baik kau mintak maaf kat pengetua." kata Lydina setelah mereka berhenti berlari, mereka berlari terus ke kelas.

"pengetua mana ada, dia cuti rini, bini dia baru lepas bersalin." ujar Elieya sambil nafasnya tercungap cungap. Lydina terduduk di depan pintu kelasnya, penat akibat berlari sekuat hati.

"eh bukan salah aku ye, benda tu yang nak runtuh sendiri, ketuk sikit je pun." kata Elisya lalu minum air botol purplenya yang dibawa dari rumah. Elisya dan botol air purplenya memang tidak dapat dipisahkan.

"habistu kau nak biarkan ke bendanya runtuh centu?" Liana bersuara.

"hm nanti aku pandai pandaila mintak maaf kat pengetua ke sapa sapa. jomla masuk kelas dulu." ujar Elisya. Liana mengikat tali kasutnya yang tercabut akibat lari tadi.

tiba tiba Qistina dan Puteri datang disitu ingin memasuki kelas.

"um boleh tepi sikit tak? i nak masuk ni." ujar Qistina dia terus masuk ke kelas dan sengaja melanggar Liana.

"bukkk." Liana terjatuh kerana dilanggar oleh Qistina, bapak gemuk perempuan ni langgar Liana sikit Liana boleh jatuh.

"eh lia kau oke tak?" Lydina membantu lia bangun.

"wah wah pompuan sundal ni main langgar langgar pulak." Elieya bengang

"haha, ups sorry, sakit ke tuu?." ucap Qistina berlagak.

"amboi amboi minah kepala jambu ni, kau sedap sedap je nak langgar orang, buta ke?" Elisya sudah naik berang, jangan sampai ada yang mata purple kejap lagi, natural eye shadow.

"selamba badak kau je cakap kepala jambu, habis kau kepala apa? kepala kerbau? haha" Puteri bersuara

"ai sundal dua ekor ni, memang nak kena dengan aku." Elieya sudah ingin menumbuk Qistina dan Puteri tetapi nasib Dina menghalangnya.

"dah la jom masuk kelas, biarla dorang ni." kata Liana, mereka pun masuk ke kelas, Elieya sempat menjeling Qistina dan Puteri.

"asal dorang tu tak habis habis dengki dengan kita, aku lempang taula." Elisya geram dengan mereka, nasib syasya dan atikah tidak sekelas bersama, kalau tidak apa jadi lagi lepasni.

"biarla dorang, baik kita buat je hal kita, kurang attention tu." ujar lydina pula.

miss fira pun datang ke kelas mereka.

"oke itu saja untuk kelas hari ini, jangan lupa siapkan assignment yaa! dan selamat belajar di semester 2." kata miss fira lalu keluar dari kelasnya.

mereka turut keluar dari kelas itu, perut dina sudah berbunyi.

"jomla kita makan makan dulu lapar la wei."

takde idea la maap kalau pendek, kalau ada typo ke apa sorry eh tak perasan, jangan lupa vote au HAHAHAHA

Unconditional Love Where stories live. Discover now