chapter 1 - flashback

22 4 0
                                    

Di luar bunyi burung yang bersiulan dan hanya bunyi kenderaan yang sibuk lalu lalang dikawasan perumahan mereka. Dalam suasana yang nyaman di luar, dirumah mereka pula suasana yang tidak stabil kerana Elieya yang tidak habis menonton drama dan membebel geram kerana drama itu.

Elisya dan Lydina turut menonton drama itu. Pada awalnya Elisya tidak gemar menonton drama, tetapi semenjak Elieya selalu membuka drama ini, dia pun tertengok sekali. Liana pula di sofa hanya bermain telefonnya.

"saya rasa sampai sini jelah hubungan kita."

"tapi kenapa? apa salahnya saya? apa yang saya dah buat? kalau saya ada salah bagitahu, saya boleh betulkan!" kata heroin di cerita itu lalu air matanya laju turun berderas.

"bukannya apa, cuma saya dah jumpa perempuan lain, yang sesuai dengan saya."

"hek elehh, bodoh punya lelaki, macamtu je kau tinggalkan dia? shibalnya!!" Elieya geram, dia menggenggam bantal yang dia peluknya itu.

Lydina juga turut geram dengan perbuatan lelaki di drama itu. Elisya hanya terdiam lalu dia mengingati kisah lama.

*flashback tahun lepas (semester 1)*

"ada apa Haikal nak jumpa Elisya ni?" soal Elisya sebaik saja tiba di cafe yang agak famous kerana cafe itu baru dibukak dan terletak tidak jauh dari rumahnya, di cafe itu pelbagai macam orang, ada yang sedang dating, ada yang sedang khusyuk menyiapkan assignment dan ada juga yang duduk berseorangan.

"Haikal nak cakap something ni." jawab haikal serius dan memandang tepat ke mata Elisya. Hati Elisya sudah berdebar debar, sepertinya perkara something itu agak serius.

"Haikal rasa sampai sini jelah hubungan kita." kata Haikal lalu menundukkan kepalanya.

"t-tapi kenapa? Haikal oke ke tak ni, Elisya ada buat salah ke?" jawab Elisya dengan hati yang hancur mendengar perkataan yang keluar dari mulut Haikal itu berharap apa yang didengarinya itu adalah salah.

"bukan, Haikal cuma bukan yang terbaik untuk Elisya."

Elisya hanya berdiam, dia hanya menahan air matanya daripada keluar, tidak lama lepastu dia bersuara.

"takpelah kalau macamtu yang Haikal nak, terima kasih untuk semuanya." Elisya pergi meninggalkan Haikal disitu. Hatinya sudah pun hancur berkecai seperti debu.

Dia pun memasuki kedalam keretanya. Perlahan-lahan air matanya merembes lesu ke pipi dan kian membasahi pipinya, kenapa setiap kali meminta detik untuk bahagia, kita harus membayarnya dengan air mata? Cinta Elisya dan Haikal tidak kesampaian, dia pergi dan yang tinggal hanyalah kenangan. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya untuk meraih bahagia.

Kereta Elisya pun bergerak meninggalkan tempat itu, sesampai sahaja dirumah, Elisya terus memasuki biliknya dan tidak menghiraukan kawan kawannya yang sedang berbual di sofa. Elisya mencuba untuk menahan air matanya daripada tidak menangis lagi tetapi tidak berjaya.

Bagaimanakah dengan kenangan kita yang dulu? Bagaimanakah dengan perjanjian kita? Bagaimanakah dengan perkataan sayang yang selalu Haikal ucapkan itu? Mengapakah dia selalu gagal dalam percintaannya. Soalan soalan itu terbuku di hati Elisya.

Elisya kemudiannya menangis teresak esak. Haikal lelaki pertama yang paling dia cintai dan lelaki pertama membuat dia begitu kecewa. Tetapi dikisah itu Elisya mengambil pengajaran untuk tidak senang percaya mana mana lelaki lagi dan tidak meletakkan sepenuh harapan kerana cinta tak semestinya dimiliki.

Unconditional Love Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang