chapter 24

14 3 0
                                    

"selamatt pengantin baruu~~"

suasana kenduri kahwin Elieya begitu meriah dengan lagu yang di pasang di radio, suara dj dan suara-suara tetamu di majlis itu. Elieya sudah pun selamat menikah pagi tadi. sahabat sahabatnya sudah pun minum air mata.

flashback

"aku nikahkan dikau......."

"HUAAA-" Elisya menutup mulut Lydina kerana tangisannya begitu kuat takut mengganggu tok kadi.

"ko nak nangis janganla kuat kuat." ucap Elisya perlahan dengan nada sedikit tegas.

Liana disitu hanya menahan tangisan.

"aku terima nikahnya..." apabila pengantin lelaki mahu ucap je mereka bertiga sudah tidak dapat menahan air mata. Elisya yang tahan air mata dari tadi kerana takut make up nya hilang seraya nangis. hatinya memang sudah tidak tahan, sahabat mana je kan tak nangis melihat kawannya kini bergelar isteri orang.

flashback off.

"weh cha mana? tak nampak batang hidung pun lepas yaya nikah." ucap Liana sambil makan sementara menunggu Elieya bersiap untuk bersanding.

"tadikan mekap dia hilang sebab menangis, dia mekap balik la tu." balas Lydina, dia masih focus menikmati makanan kenduri.

"mesti cantik kan yaya nanti." Liana tersenyum dia sudah bayangkan penampilan Elieya nanti.

"hai aku ada missed something ke?" soal Elisya yang datang tiba tiba. panjang umur

"takdela dorang pun tak muncul lagi, eh kau kan jadi photographer dia, kau tak ambik ke gambar dia tengah bersiap tu?" soal Liana.

"tidekk, Elieya kata takya, ambik gamba time da siap je. adu aku lapar do." jawab Elisya sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi.

"pergila makan, tu pun nak kena ajar ke?" Lydina membuat muka 'disgusting' ke Elisya.

"ala malula, teman jom." ajak Elisya sambil tersengih, perangai Elisya memang begini malu dia tak boleh bawa bincang, kadang nak bayar kat kaunter pun malu.

"eih kau ni kitorang nak makan dengan tenang tau, pergila sendiri cuba berdikari." bebel Lydina, dia memandang Elisya atas bawah. Elisya hanya menjeling.

"dah la cha, jom aku teman." Elisya senyum sampai ke telinga nasib Liana ingin temankan dia, nak harap kan Lydina memang idok le, Liana juga sudah faham sikap pemalu Elisya ni, tapi apabila sudah kenal Elisya lebih mendalam hmphh! dah macam orang tak tau malu!

"yeayy! nasib ada Liana, kau lahh best friend aku palingggg baikkkk. bukan macam Lydina." Elisya memeluk Liana lalu menjeling dan menjelir lidahnya ke arah Lydina yang sedang buat muka 'disgusting' nya lagi.

"mak korang datang tak?" soal Elisya sebaik sahaja dia duduk di meja itu selepas mengambil makanan diikuti dengan Liana.

"datangg, dia tengah makan dengan mama." jawab Lydina, mama itu ialah mak Liana, mak Liana yang menggelarkan dirinya sebagai mama kepada mereka kerana persahabatan mereka sudah macam sekeluarga.

"owalah, mak aku pun ada sekali la kat situ." ucap Elisya sebaik saja dia ternampak kelibat emaknya bersama adik perempuan yang sedang bergelak tawa bersama dengan yang lain, apala yang diborakkan makcik makcik tu.

"ih trauma la aku dengan makcik, aku tanak jumpa dengan makcik lagi." Lydina sudah trauma akibat kejadian malam semalam.

flashback lagi

malam semalam ialah malam berinai, ramai makcik makcik yang datang ke rumahnya. Lydina, Elisya dan Liana menunggu giliran mereka untuk membuat inai sementara menunggu Elieya. datangla pula 3 orang makcik ke mereka. dalam kepala Elisya sudah tahu apa yang makcik akan tanya mereka nanti.

Unconditional Love Where stories live. Discover now