chapter 12

21 4 12
                                    

3 hari sudah ketiadaan Lydina di rumah. pagi itu, Liana pun perlu pulang ke kampung nya di Pahang kerana majlis tunangannya.

"korang, aku nak gerak dah ni. jangan buat rumah ni roboh pulak bila aku ngan dina takde. kalau korang tak reti nak masak ke malas order je grab." ujar Liana kerana risau kawan kawannya dua orang ni, sudahla anak dara, kang tak reti jaga rumah ni habis tunggang langgang jadinya.

tambahan pula, si Elisya dan Elieya selalu saja gaduh, sudah semacam anjing dengan kucing.

"jangan risau Lia, icha ni boleh masak untuk aku, ha rumah pun dia selalu kemas. kan cha?" kata Elieya lalu menepuk nepuk bahu Elisya dan tersenyum lebar memandangnya.

Elisya hanya memandang Elieya tajam.

"habistu kau buat apa? duduk goyang kaki." Elisya menjeling Elieya.

"haih tengok aku belum pergi lagi korang dah gaduh." Liana yang berada didepan kawannya menggarukkan kepala.

"alaa jangan risau Lia, kitorang ni gaduh pun kejap, kitorang ni kan macam adik beradik." Elieya mengucup laju kepala Elisya. yela Elisya kan pendek dari Elieya senangla si Elieya tu nak buat apa dengan kepala Elisya.

kepala Elisya senget kerana Elieya memeluk bahunya kuat.

Elisya pun tersenyum senget.

Liana menggeleng kepala. hatinya masih risau untuk tinggalkan mereka.

"takpe Lia, pergi jelah, aku nak tengok jugak kalau balik nanti kau dah jadi tunang orang." Elisya menepuk bahu Liana.

"betul tu." Elieya mengiyakan.

"okela aku gi dulu grab pun dah sampai." ujar Liana lepas sahaja tengok telefonnya menandakan grab sudah sedia berada dihadapan rumahnya.

mereka pun bersalam salaman tetapi Elisya dramatic lebih sempat memeluk Liana.

"tak sangka member aku ni nak jadi tunang orang nanti huaa!" Elisya pun buat muka sedih.

"haih sudahla kau, tunang je pun belum tentu kahwin." kata Liana sayu. Elisya dan Elieya memandang Liana pelik.

"eh dahla aku dah lambat, oke bye korang!" Liana pun keluar dari rumahnya terus memasuki grab. Elisya dan Elieya pun turut keluar lalu melambai Liana.

sebaik saja kereta itu sudah jauh dari pandangan mereka, Elieya yang memeluk bahu Elisya menolak Elisya.

"sakit la anjj-" Elisya tidak menghabiskan kata katanya, dia mengejar Elieya yang sudah lari dulu selepas menolak Elisya.

ha kan, memang dua orang ni tak boleh duduk serumah.

_____________________________________

Elisya pov :

aku keluar dari bilik ingin melihat keadaan Elieya. jam menunjukkan pukul 11:50. kotkot kan si Elieya sudah pengsan kelaparan.

aku melihat Elieya sedang seronok menonton televisyen sambil tergelak gelak. dia punya syok tu sampai tidak perasan kehadiran aku.

"woi!" terjah aku dari belakang sofa.

"ARGHH." Elieya menjerit. aku tergelak. ni kalau ikhmal nampak ni, malu 10 keturunan Elieya.

Unconditional Love Where stories live. Discover now