Chapter 34

838 76 43
                                    


Thorn memandang kearah Gempa yang masih kaku di tempatnya.

Dia tidak mampu untuk meninggalkan Thorn sendirian disitu.

"T-takpe...korang pergi...a-aku taknak wabak nih tersebar di bumi...",kata Thorn dengan senyuman di wajahnya.

Tanpa mereka sedar Blaze sudah memegang mayat Gopal.

"Aku dan Thorn akan tinggal disini...korang boleh pergi sekarang.."

Lengan Blaze sudah muncul tompok hitam.

"Kenapa kau buat camtu!?",dengan nada suara tinggi Thorn bertanya.

Dia terkejut dengan tindakan Blaze yang tidak disangkakan.

"Aku takkan tinggalkan kau disini seorang diri...",dengan senyuman Blaze berkata lalu dia memeluk Thorn erat.

Tiba-tiba Taufan berlari kearah mereka berdua dan memeluk Blaze dan Thorn.

"Taufan!?"

"TTM takkan pernah terpisah...kita akan tinggal disini bersama..",kata Taufan.

Mereka bertiga memandang kearah Gempa dan Ice.

"Korang perlu selamatkan Hali....ingat...apa yang terjadi kepada kami bukan salah korang berdua...jangan pernah salahkan diri korang..",pesan Taufan.

Ice sudah mengalirkan air mata melihat mereka bertiga yang sedang memasang wajah ceria.

"K-korang...hisk...hisk...maafkan aku sebab tak mampu nak cipta penawar..."

Blaze menggeleng laju dengan kata-kata Ice.

"Bukan salah kau...bukan salah sesiapa...ini keputusan aku dan Taufan..korang kena selamatkan Hali...pergilah...pergi Gempa..Ice..."

Gempa memegang tangan Ice erat lalu menariknya masuk ke dalam kapal angkasa.

"Selamat....tinggal."

Fang yang melihat semua tuh hanya mampu berdiam diri. Dia rasa sebak dengan kejadian tersebut.

Adakah dia hilang orang tersayang lagi?

Mereka berdua masuk ke dalam kapal angkasa semula.

TTM hanya melihat dari jauh.

"T-terima...hisk..hisk..kasih korang...",ucap Thorn dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

Taufan mengesat air mata di pipi Thorn.

"Kita Trio Trouble Maker takkan berpisah walau apa pun terjadi..."

"Betul tuh! Jadi jangan risau kami takkan tinggalkan kau seorang diri.."

Thorn terus memeluk Taufan dan Blaze erat.

"Aku harap Hali dan ayah selamat.."

Mereka bertiga berpelukan untuk masa yang lama.

Dijangkakan mungkin mereka akan mati selepas 2-4 hari.

"Jadi sampai sini sahaja..."

.



.


.



.

Dark memandang keluar tingkap kapal angkasa.

Senyuman terukir di wajahnya apabila melihat planet bumi yang semakin hampir.

"Aku datang Hali...."

Gelas yang dipegang terus diminum dengan penuh sombong.

Aura kegelapan mula keluar sekeliling badannya.

Dia rasa sangat gembira sekarang. Mungkin kerana dapat jumpa abang kesayangan.

....

Di cafe...

Kelihatan Hali baru sahaja keluar dari kedai.

Pintu cafe dikunci sebelum dia membuka langkah balik ke rumah.

Dalam perjalanan tiba-tiba awan menjadi gelap.

"Dah kenapa nih? Nak hujan ke?",soalnya sendirian.

Kepala mendongak melihat langit yang kelam dan kelihatan mendung.

Sedang leka dia melihat tiba-tiba satu kapal angkasa memasuki atmosfera bumi.

"Hm? Diorang dah balik ke?"

Kring!

Telifon yang berada di dalam poket seluar terus dikeluarkan.

Panggilan dijawab.

H: hello Gempa?

G: Hali!!! Kau kena selamatkan diri!

H: kenapa nih? Apa maksud kau!?

G: ...Dark...dia dah datang.

H: a-apa? T-tak m-mungkin..

Tangan yang memegang telifon mula menggigil ketakutan.

Hali memandang semula kearah kapal angkasa yang mula mendarat tidak jauh darinya.

H: G-gempa...dia dah datang.

G: H-hali? Hali!?

Panggilan terus ditutup dan telifon disimpan semula ke dalam poket seluar.

Dengan langkah laju Hali terus lari balik ke rumahnya.

Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila Dark sudah muncul di depannya lebih pantas.

"Kemana kau nak pergi? Abang."

"Apa kau nak!?"

HAHAHAHA

Dark tersenyum lalu mendekati Hali dengan sebilah pedang.

"Aku dah janji akan bunuh kau bila aku dapat keluar dari seal tuh.",bisiknya perlahan.

"Kau memang dah gila! Jangan kacau aku kalau tak kau memang cari nahas.",dengan dingin Hali berkata.

Pedang halilintar sudah muncul di tangan kanannya.

"Heh...kau tak mampu lawan aku...tiada siapa yang mampu!!!!"

Death sword!

Pedang tersebut mula dikelilingi dengan asap berwarna hitam.

Serangan diberi tetapi Hali sempat mengelak dengan pedangnya.

"Tunjukkan apa yang kau mampu."

Hiyargh!

Dush!

Satu sepakan diberi tepat pada Hali tanpa sempat dia ingin mengelak.

Badannya terundur ke belakang dan dia memegang perutnya.

"Ergh..."

"Lagi! Kau lemah!"

Satu demi satu tumbukan diberi kearah Hali.

Disebabkan dia langsung tidak menggunakan kuasa selama 3 tahun membuatkan Hali tidak dapat bertindak dengan lebih pantas dari sebelum nih.

"Lemah! Kau lemah!"

Dush!

Ohok..ohok..

Darah mengalir dari mulutnya dan Hali memandang kearah Dark yang sudah bersedia dengan pedangnya.

"Mati!!!!"

Sap!

Ting!

Satu pedang menghalang serangan Dark.

"Jangan sentuh anak aku!"

"A-ayah.."

Tch.

Dark memandang tajam kearah Amato yang entah dari mana muncul.

"Kau memang cari nahas."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now