Bab 4

6.6K 471 20
                                    

"Hyung tak makan ke dekat rumah?" Tanya Sehun yang melihat Suho makan dengan begitu gelojoh sekali. Dia menggeleng. "Patutlah macam orang kebulur" perli Baekhyun.

Sebaik sahaja show tamat, Suho berlari mendapatkan makanan. Sepatutnya dia makan apa yang Hye Jin masak, tapi dia lupa yang dia ada jadual malam ni. Waktu show tadi pun perut dah buat konsert growl. Sebelum kena gastrik baik makan dulu.

"Hyung balik dulu" ucap Suho sebaik keluar dari restoran. "Kenapa tak tidur dekat dorm?" Tanya mereka pelik. Nak jawab apa ni? Memang biasanya aku akan tidur dorm bila dah lewat macam ni. Takkan nak cakap 'orang rumah tunggu'. Heh! Tolonglah.

"Omma dengan appa aku nak datang rumah esok. Jadi malam ni kena sental kasi bersih sikit" tipunya. Mereka mengangguk-angguk termakan tipu helah Suho.

.................................
"Dah pukul 2 pagi. Takkan tak nak balik kot?" Hye Jin berjalan mundar mandir di ruang tamu. Risau jugak jadinya. Dah lah keluar tak bagi tahu orang.

Jap! Yang kau ni nak risau pasal dia kenapa? Dia kan lelaki. Takkanlah ada orang nak culik lelaki? Dah lah muka tak ada nilai komersial. Sedap jek aku ni kutuk suami. He heh! Jangan bagitau tau.

Daripada aku tunggu dia, lebih baik aku tidur. Dah lah seram duduk dekat rumah ni sorang-sorang dengan sebelah hutannya lagi.

..............................
Tok...
Tok...
Tok...

Hye Jin tersadar dari tidurnya. Dia mendengar seperti orang sedang mengetuk pintu. Siapa malam-malam buta ketuk pintu bilik orang ni? Takkan Suho pulak. Dia dah balik rumah ke? Takkanlah dia nak tidur dengan aku? Hari tu beria-ia tak kasi aku tidur sebelah dia.

Tok...berhenti.
Tok...berhenti.

Aduh, macam dalam cerita hantu la pulak.

"H...hye...Ji...n" seru suara itu. Sah, bukan mimpi. Bulu roma aku mula tegak berdiri. Aku menarik selimut merapati muka. Peluh mula membasahi muka. Sepanjang 25 tahun aku hidup, aku tak pernah nampak hantu. Tup tup datang rumah ni ada hantu pulak. Grrr! Takut!

"Bukak pintu! Ni aku" suara di luar berbunyi dengan penuh kesakitan. Jap, macam kenal suara tu. Suho? Aku berlari ke arah pintu dan membukanya.

'Gedebuk!' Hye Jin cuba menahan Suho dari terjatuh tetapi akhirnya mereka bersama-sama jatuh ke lantai. Seketika Hye Jin terkesima. Suho menghempap badannya sekarang ini. Yang peliknya, Suho nampak lemah sekarang. Dia sakit ke?

"Wei, bangun! Kau mabuk ke apa ni?" Aku menolak tubuhnya. Aku menampar perlahan wajahnya agar dia sedar. Mata Suho terbuka sedikit. "Aku sakit kepala..." adunya. Mungkin aku tak percaya sebab dia ni kaki tipu. Tapi kali ni nampak macam betul. Muka dia pucat sangat.

Tanpa banyak soal, Hye Jin mengheretnya ke atas katil miliknya. "Beratnya anak gajah ni.." sempat dia mengutuk.

Hye Jin duduk di tepi katil melihat Suho yang tidur atas katilnya. Sesekali mulut dia seperti mengerang kesakitan. Hye Jin mengusap dahi Suho mengalihkan rambut yang menutup dahinya. Berpeluh sekali! Dia menurunkan suhu aircond di bilik itu.

Kemudian dia meletakkan kepala Suho di atas ribanya dan memicitnya dengan perlahan. Badannya pun sudah terasa letih. Esok dia perlu ke pejabat. Akhirnya, Hye Jin terlelap dengan Suho di atas ribaannya.

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now