Bab 15

6.1K 397 18
                                    


Telefon Hye Jin berdering minta diangkat. Nama Suho tertera di skrin telefonnya."Hello?"

"Hye Jin...tolong aku, Hye Jin" suara Suho sedikit cemas. "Kenapa ni?" Hye Jin juga cemas walaupun dia tak tahu perkara yang sebenar.

"Baby...Baby..." sebut Suho. Nadanya terketar-ketar. "Kenapa dengan Baby?" Hye Jin memotong cakap Suho.

"Hisy! Kau ni, dengarlah apa yang aku nak cakap dulu" marahnya. Aik! Marah pulak? Yelah, dah dia tu yang lambat sangat cakap.

"Baby...dari tadi menangis tak henti-henti. Penat aku pujuk. Tolong aku wey! Kau datang tempat aku sekarang jugak" Jelasnya. Hye Jin menjulingkan mata ke atas. Dia sememangnya mahu balik ke rumah sekarang ni.

"Ish! Kau ni menyusahkan aku betullah. Tu lah, aku kata tak payah bawak Baby kau nak jugak bawak...sekarang ni nak menyusahkan aku je" bebel Hye Jin.

"Dah habis cakap?" Suho memerli. Panas je telinga Hye Jin. "Mak nenek oiii...Baby tu anak buah saya tau. Dia rapat dengan saya bukan dengan awak" Hye Jin mngecilkan mata mendengar ayat Suho. Ceh! Mak nenek kau panggil aku? Jahat betul mamat tupai ni lah.

"Habis tu selama seminggu dia tidur ngan aku, ok jek? Kalau dia suka kau kenapa dia nangis sekarang ni?" Dia memulangkan paku buah keras. "Jawab arh!" Hye Jin memaksa. Talian dimatikan oleh Suho. Cis dia ni kan...

……………………………

"Kak Hye Jin..." rengek Baby. Dia melepaskan pelukan Suho dan berlari ke arah aku lalu memeluk ku. Aku mencangkung untuk membalas pelukannya. Aku tersenyum kemenangan kepada Suho. Maksudnya, Baby lebih suka kat aku.

"Kenapa Baby nangis? Uncle buat apa dekat Baby?" Hye Jin mengelap air mata Baby. "Diorang tuh..." Baby menunjuk kepada Exo yang berada di sebelah Suho. Mereka tersenyum menampakkan baris gigi yang tersusun. ChanBaek pula membuat peace sign.

"Diorang cubit pipi Baby....sakit" budak kecil itu mahu menangis kembali. Hye Jin mendukungnya dan pergi ke tempat Exo. "Siapa cubit Baby? Cakap dengan akak. Biar akak cubit dia balik" Hye Jin dah sedia untuk mencubit. Baby pun bersemangat menunjuk siapa yang mencubitnya.

"Uncle tu, uncle tu, uncle tu jugak, yang tu yang tu. Ni pun sama. Yang kat belakang tu jugak" Baby bercakap dengan bibir munggilnya. Cute sangat!

"Macam semua je?" Hye Jin bertanya pelik. "Memang semua pun...tapi uncle tu baik" Baby menunjuk ke arah Lay. "Dia tak pernah cubit Baby. Tadi dia belikan Baby ice cream..." pujinya.

Lay tersengih macam kerang busuk. Suho pulak garu kepala yang tak gatal. 'Aku yang suruh Lay belikan ice cream untuk kau lah'

"Cubit lagi!" Baby menjadi penggalak. Aku pulak konon-kononnya marah kat diorang. Jadi aku pun pura-pura lah cubit satu per satu. Bukan main lagi Baby ketawa bila part Chanyeol kena cubit. Sebab reaction dia terlebih-lebih. Sebab dia kan king of reaction...

…………………………

"Jom, makan..." Baekhyun memberi cadangan. Kami pun setuju. Lagipun dekat sejam diorang punya show dan sejam jugaklah aku kena tunggu kat situ.

Kami pergi ke restoran berdekatan. Baby masih dalam dukungan aku. Aku dan Suho berjalan paling hadapan, berdua. Suho membuka pintu restoran untuk aku memandangkan tangan aku tak boleh lepaskan Baby. Kami juga duduk bersebelahan di meja makan.

…………………………

"Peganglah betul-betul" marah Hye Jin . Baby sekarang dalam dukungan Suho. Sekarang ni giliran Hye Jin pulak makan sebab lagi tadi dia yang jaga Baby waktu diorang makan.

"Baby, jangan gerak-geraklah" arah Suho tegas. Tapi Baby tetap mahu melepaskan diri dari Suho.

"Baby, aa..." Hye Jin menyuruh Baby membuka mulut agar dia dapat menyuapkan makanan. Tapi biasalah budak-budak, tak reti duduk diam. Merakas sana sini.

"Sedap..." Suho pulak yang sambut. "Ni untuk Baby lah!" Aku menunjal kepalanya perlahan. "Ehem!" D.O yang berada di depan mendehem. Aku dan Suho memandangnya.

Oh ya! Baru aku ingat yang kitorang datang sini dengan Exo. Cemana lah aku boleh lupa??

………………………

"Kau tak rasa pelik ke tengok Suho Hyung dengan Hye Jin tu?" Tanya Tao. "Tang mana yang pelik? Aku tengok sama je. Ada hidung, ada kaki semua" si maknae loyar buruk. Tao mengetuk kepala Sehun.

"Diorang nampak rapat...kan?" Luhan sendiri akui. Mereka mengangguk. "Diorang ada apa-apa hubungan ke?" Tanya Lay. "Jangan tanya soalan yang aku tak de jawapan boleh tak?" Jawab Baekhyun. "Eleh...tak tanya dia pun" Lay merajuk. Tiba-tiba pulak si bacon ni nak panas hati apesal?

"Tak mungkinlah. Suho Hyung pernah cakap kat aku yang dia tak akan pilih orang gaji untuk jadi girlfriend dia. Jadi tak mungkinlah yang diorang ada apa-apa" jawab Chanyeol.

Baekhyun melepaskan nafas lega bila mendengar kata-kata Chanyeol.
Chanyeol pulak sebenarnya mahu menyedapkan hatinya. Dia juga nampak kebenaran kata-kata kawannya. Tapi adakah benar mereka berdua ada hubungan? Kalau betul, maksudnya aku kena cepat!

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now