Bab 7

6.4K 441 34
                                    

"Ehem!" Hye Jin menoleh ke belakang. Chanyeol dan Baekhyun sedang berada di meja makan. "Lapar eh? Sekejap ye" aku memaniskan muka. Untung aku nak tolong kau Suho. Kalau tak dah lama aku meroyan tak nak jadi maid kau.

"Dah lama jadi maid Suho?" Tanya Baekhyun persis polis. "Lama tak lama jugaklah. Kenapa?" Baru hari ni aku jadi maid. Selama ni aku bos!

"Tak ada apa-apa. Hyung tak pernah cakap pulak dia ada upah maid" Baekhyun panjangkan tangannya mengambil biskut di almari. "Haa..ni buat ape nih? Mesti kutuk Hyung kan?" Dah datang dah...macam tau-tau je kitorang ni tengah cakap pasal dia. "Kitorang tengah puji awak" perli ku. Mahu tanya lagi ka?

"Awak? Maid Hyung panggil Hyung awak?" Baekhyun pelik. Salah aku ke panggil dia awak? Takkan aku nak panggil dia tuan pulak. Tak pun encik. Geli geleman la pulak. Hye Jin bermonolog.

"A'ah. Sebab kitorang tak selalu jumpa. Takkanlah jumpa kejap-kejap ni pun nak panggil Tuan" thanks Suho. Kau penyelamat!

Mereka berbual di dapur. Baik-baik 4 orang je, dah jadi 13 orang termasuk aku. Ceh! Bising je orang nak buat kerja.

"Aku tengok Eunji tu macam minat dekat Suho lah" (main cekup je nama-nama artis ni) banyak-banyak perbualan, itu jugak yang aku dengar. Aku yang tengah potong bawang ni pun pasang telinga.

"Pandai je kau ni" Suho buat-buat malu. "Iye. Waktu Mnet hari tu, dia asyik tengok Hyung je" Kai menambah cerita. You guys kena stop! Bini aku kat depan tu woi! Dah lah tengah pegang pisau. Lain macam pulak aku tengok dia potong bawang tu. Jap! Dia jaelous ke? Seriously dia jaelous? Mentol keluar atas kepala.

"Ape salah nye kalau dia tengok Hyung pon. Hyung pon minat kat dia jugak" ayat yang last tu perlahan. "Ouch!" Suara dari arah lain muncul. Semua pandang ke arah sink. Hye Jin sedang menahan kesakitan. D.O yang paling dekat meluru ke arahnya.

"Ok tak?"tanyanya prihatin. Hye Jin menggeleng. Sakit woo! D.O membasuh luka aku dan membalutnya.

Di sisi yang lain*
Amboi kau...bukan main rapat lagi dengan si D.O tu. Aku nak buat kau jaelous, last-last aku yang jaelous. Kan aku dah jadi Mak Jemah dekat sini. (Rileklah, bukan selalu dapat tengok kau jadi Mak Jemah pun)

"Ehem! Ok tak tangan tu? Nak aku bawak kau pergi klinik?" Tanya ku menyampah. Yang si D.O tu nak berkepit lagi dekat situ buat apa? Kan dah elok berbalut luka Hye Jin tu.

"Eh, tak payah lah. Sikit je ni" dia buat-buat ayu. Ceh!!

"Disebabkan tangan awak luka, saya tolong awak masak" D.O menawarkan diri. "A'ah Hye Jin. Biar D.O tolong awak. Dia memang pandai masak" tambah Kris.

Tengok tu! Kena kat batang hidung aku balik. Grrrr! Yang aku ni nak jaelous tak tentu pasal ni kenapa?

.....................

"Sedaplah awak masak" Lay memuji. Aku tersenyum bangga. Mereka masih berada di meja makan sementara aku ke sinki membasuh pinggan. Tiba-tiba ada satu tangan menghulur pinggan kotor kepadaku. Aku melihat empunya gerangan tetapi alangkah terkejutnya bila pemilik tangan itu adalah Suho. (Awat keluo bahasa kuno ni?)

"Yang kau ni rajin sangat nak tolong ni kenapa?" Hye Jin berbisik takut yang lain dengar. "Bersyukurlah sikit aku nak tolong" sudahnya mereka menarik pinggan itu. Sorang kata tak payah tolong. Sorang lagi nak menolong.

"Hyung!" Panggil Baekhyun. Menyampah pulak tengok diorang ni bisik-bisik. Opocot! Kau ni Baek, nasib baik tak terlepas pinggan ni. "Ape?" Suho menoleh. Alamak, ape nak tanya ni? Aku main-main je tadi. Takkan nak buat muka donno je.

"Kereta porchse tu Hyung punya ke?" Tanya Kai yang sedang menyelak langsir. Bukan aku punya Kai. Maid aku punya. "A'ah" lain pulak yang keluar. Aku dapat lihat Hye Jin menahan geram. "Nak drive" Suho terkejut. Hye Jin mengetap gigi. Dalam diam Hye Jin mengeluarkan kunci dan menyerahkan kepada Suho. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah berlakon biar sampai dapat anugerah oscar. (Pandai pulak nak berperibahasa kat ff. Kalau dalam karangan sepatah haram peribahasa pun tak keluar)

Dengan keterujaannya Kai menuju ke arah my baby red aku. Huaaa! Jaga baik-baik baby red aku, Kai!!

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now