Bab 9

6K 447 5
                                    

"Cheers!!!" Semua orang melagakan cawan masing-masing. Malam ni kami semua keluar untuk meraikan kemenangan triple crown kami.

"Baek, nyanyi satu lagu!" Pinta Chanyeol. "Nyanyi lagu suara pecah!" Pinta Suho sambil meneguk minuman.

"Ape tuh Hyung?" Tanya Sehun. Sememangnya dia tak tahu apa istilah lagu suara pecah. Sebab dia bukan vocal line.

"Aku tunjukkan!" Jerit Baekhyun kerana lagu sudah pun bermula.

Nal annaehaejwo~~oo
Yeaa~~ah geudaega salgo inneun gose nado hamkke deryeoga
Jwo~~oo

Semua ketawa bila Baekhyun menyanyikan lagu suara pecah. "Dah tahu kan sekarang?" Suho gelak sakan. Sehun turut tergelak sama.

"Jangan minum banyak sangat. Esok jadual pack!" Pesan Xiumin secara menjerit. Dia kelihatan risau bila Kai, Kris dan Luhan meneguk minuman keras terlampau banyak.

"Rileks la Hyung!" Kai menepuk-nepuk bahu Xiumin dengan senyuman di wajahnya. Kau suruh aku rileks? Tengok tu, dah mabuk! Xiumin bebel dalam hati. Dia melihat gelagat Kai yang mahu duduk di atas kerusi tetapi terduduk di riba D.O.

"Suho, suruh diorang balik!" Xiumin memberi arahan seperti ketua. Dan bila yang tua bersuara, leader pun tak boleh menolak.

Suho memapah Kris keluar dari pusat karaoke. Susah nak papah Kris ni walaupun Suho dan Lay yang memapahnya. Yang lain pulak sibuk dengan Kai yang tengah muntah.

"Weh! Aku nak muntah!" Kris menepuk-nepuk bahu Suho. Suho dan Lay membawa Kris ke tepi longkang. "Ueeekkk!!" Segala apa yang ada dalam perut Kris dikeluarkan. Suho dan Lay memandang ke arah lain. Takut berjangkit.

Dalam diam Suho memerhati gelagat pengunjung karaoke itu. Ada yang berpegangan tangan, ada jugak yang tengah muntah macam si Kris ni. Kesian dekat cik adik tu kena melayan lelaki yang tengah muntah tu. Jap, cik adik tu macam kenal la...

..............................

"Encik ok tak ni?" Tanya Hye Jin. Lelaki berumur 40 tahun itu menggeleng. Dia terduduk di tepi longkang. Tekaknya loya sangat.

"Tu lah...kan saya dah kata jangan minum banyak sangat" Hye Jin mula membebel. "Biasalah macam ni. Kalau jumpa dekat sini tak sah kalau tak pekena" jawab lelaki itu dengan lenggok orang mabuk.

Hye Jin menahan nafas. Busuknya bau mulut dia! Rasa macam nak tinggalkan je lelaki ni dekat sini. Nasib baiklah dia ni customer syarikat aku.

"Encik boleh drive tak ni?" Sedikit sebanyak Hye Jin riasaukan keadaan lelaki itu. "Saya dah call driver saya. Hah! Tu dia. Bye Hye Jin!" Lelaki itu tergelak-gelak. Apa yang kelakar pun aku tak tahu.

Hye Jin memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Susah jugaklah. Nasib baik driver dia tolong sumbatkan lelaki ni sekali.

Hye Jin mula mengatur langkah ke keretanya untuk pulang ke rumah. Dia menyapu bahagian skirt paras lutut yang dipakainya akibat terkena tumpahan arak tadi.

........................

"Baru balik?" Hampir gugur jantung Hye Jin bila ditegur sedemikian rupa. Dia mengecilkan mata melihat gerangan empunya suara.

Suho bangun dari sofa. Hye Jin kelihatan serba salah tapi dia buat muka meluat. Sejak aku kahwin dengan Suho ni, tahap lakonan aku semakin memberangsangkan.

"Kau pergi mana?" Soalan itu diajukan kepadanya sebelum menaiki tangga. "Aku pergi mana pun apa kau kisah. Aku tak campur urusan kau. Bukan ke kita kahwin paksa?" Hye Jin meminjam kata-kata Suho tempoh hari.

"Tapi tu tak bermakna yang kau boleh keluar dengan jantan lain tengah-tengah malam buta macam ni! Dengan bau araknya lagi" Suho mula naik angin.

"Macam mana kau tahu yang aku keluar dengan jantan lain? Kau stalk aku eh? Tapi apa masalahnya kalau aku keluar dengan jantan lain? Asalkan aku tak ganggu hidup kau dan kau tak ganggu hidup aku" Hye Jin melawan. Dia ingin naik ke bilik apabila Suho menarik lengannya. Akibatnya dia terjatuh ke dada Suho.
"Kau minum banyak sangat ni. Bau arak kuat sangat" tiba-tiba Suho terlebih caring. "Aku minum? Tadi air tu tumpah dekat baju aku lah!" Hye Jin menolak kasar tubuh Suho.

"Mulut kau tu yang bau arak!" Teriak Hye Jin. Suho menekup mulutnya. Memang betul pun aku ada minum tadi, tapi sikit je. Bau kuat sangat ke?

"Aku malas nak layan kau lah! Cakap tak serupa bikin"Hye Jin meluru ke biliknya.

Suho terkedu. Baru semalam dia mengingatkan Hye Jin yang mereka berdua hanya kahwin paksa. Tapi hari ni pulak dia nak cemburu tak tentu pasal.

Of course lah cemburu bila nampak bini dia keluar dengan lelaki lain. Suami mana tak sayang isteri cik kiah oiii! Kau sayang dia, Suho?

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now