Bab 5

6.2K 432 10
                                    

Han Hye Jin tersedar dari tidur. Badannya terasa sakit. Mana taknya, tidur duduk. Suho masih belum terjaga. Dia meletakkan tapak tangannya ke dahi Suho. Takut-takut kalau dia ni demam. Suam jek. Tak de lah panas sangat. Dia bangun, mandi, dan kemudiannya membuatkan bubur untuk Suho. Makan bubur kosong je lah kau...dekat dapur ni dah tak ada lauk. Lepas balik ofis kena pergi supermaket beli barang dapur la jawabnya.

Hye Jin meninggalkan nota di tepi katil: saya ada masak bubur. Kalau awak dah bangun, pergi makan. Jangan biarkan perut tu kosong.

...........................

Aku terbangun dari tidur. Perut masih tak selesa tapi dah kurang dari semalam. Aku lihat Hye Jin tiada di biliknya, bilik yang aku tidur sekarang ini. Aku bangun untuk mandi sampailah aku perasan nota di tepi katil.

Aku tersenyum. Aku layan dia punyalah teruk, tapi dia layan aku baik je. Patut ke aku ubah layanan aku terhadapnya? Tengoklah nanti.

Selepas mandi, aku turun ke dapur. Dah masuk tengah hari. Perut aku pun memang lapar. Jadi aku panaskan bubur itu. Aku tuangkannya ke dalam mangkuk. Bubur kosong je? Memang tak lah aku nak ubah layanan pada kau. Ingatkan memang ambil berat pasal aku, rupanya ambil kesempatan. Hampeh!

Kosong pun kosong lah!

"Ding dong..." bunyi loceng mematikan langkah Suho yang mahu naik ke biliknya.

Siapa pulak tu??

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now