Bab 17

6.5K 408 14
                                    

"Kenapa Suho dah tak nak lepak dengan kita ek?" Getus Xiumin. Semua di situ menjongket bahu. Memang benar, semenjak dua menjak ni memang liat bebenor suho nak lepak dengan diorang. Biasanya, kalau tak ada jadual dia mesti bertandang dekat dorm ni.

"Entah. Asyik kata nak duduk rumah je. Ape je yang ada dekat rumah dia?" Sehun menjawab. Chanyeol dan Baekhyun tersedak serentak.

Kris menepuk belakang Chanyeol manakala D.O mengusap Baekhyun. "Dekat rumah dia ada Hye Jin je lah" sahut Tao. Serentak dengan itu Chanyeol dan Baekhyun mengangkat kaki menuju ke bilik masing-masing.

Mereka yang melihat adegan drama sebabak itu kebingungan. Ape kena budak dua ekor ni?

...........................

Baekhyun pov*

'Kenapa hati aku rasa tak tenang bila diorang sebut pasal Suho dengan Hye Jin? Aku cemburu ke? Tapi bukankah Suho dengan Hye Jin tak ada apa-apa hubungan? Tapi kalau difikirkan balik...

Cara Suho melihat Hye Jin, ada sesuatu yang tersirat di sebalik pandangannya. Cara dia memerli Hye Jin, seperti ada mesej tersirat mahu disampaikannya.

Kalau betul Suho dengan Hye Jin...habis tu macam mana dengan perasaan aku? Takkan aku nak mengalah macam tu je? Tak Baekhyun... kau tak boleh mengalah!

..............................

Chanyeol pov*

'Bila kitorang ajak Suho pergi lepak mesti dia bagi alasan; malaslah...nak duduk rumahlah..apa yang ada dekat rumah dia?'

"Hye Jin" suara Tao terngiang-ngiang di telinga capangnya.

'Betul jugak kata Tao. Dekat rumah Suho tu bukannya best pun. Funfair pun takdak. Yang bestnya cuma Hye Jin je lah. Kalau macam tu, diorang memang ada hubungan ke?

Aku kena cepat!

...........................

"Tengok bintang tu" Suho menunjuk ke arah langit yang sememangnya di penuhi bintang.
"Kenapa dengan bintang tu?" Hye Jin seolah-olah tahu bintang mana satu yang ditunjukkan. Pura-pura je.

"Kalau awak gabungkan, nanti jadi bentuk hati" ayat yang keluar dari mulut Suho mengundang deraian tawa Hye Jin. Suho mendongak memandang wajah Hye Jin.

"Lawaklah awak ni. Mana ada buruj bentuk hati" Suho buat muka serius. "Hish, tahulah dia belajar dekat Oxford, tapi betullah!" Dia mempertahankan persis anak kecil. "Tengok tu!" Sekali lagi dia menunding ke aeah langit. Hye Jin pun buat-buatlah fokus mencari bintang.

"Takdek pon..." rungut Hye Jin. "Awak lah bintang hati saya" satu ciuman hinggap di pipi Hye Jin. "Eiii...menipu je lebih!" Hye Jin memukul lengan Suho.

"Suho...?" panggil Hye Jin dengan nada mendayu-dayu. "Ye, sayang..." balas Suho. Naik seramlah pulak bulu roma dengar Suho panggil aku sayang ni.

"Sejak bila awak suka saya?"

"Waktu first mata kita bertembung"

"Maksudnya awak memang admire teragung saya lah?"

"Boleh tak jangan cerita pasal benda tu...buat malu je"

"Ok ok. Tapi kenapa lepas tu awak buli saya?"

"Haih! Bila awak tahu saya ni admire awak, mestilah awak nak elakkan diri dari saya. Jadi, saya buat sesuatu yang boleh buat awak marah kat saya so, tiap-tiap hari saya dapat tengok muka awak yang comel ni. Faham wahai isteriku?"

"Oh my...! Sweetnya cara awak pikat saya mr. Kim joonmyeon!" Hye Jin berkata dalam nada sinis.

"Awak tak pernah suka saya ke?" Kali ni giliran Suho pula yang jadi penyiasat. Hye Jin menggeleng.

"Habis tu yang semalam tu..." tiba-tiba Suho buat muka nakal.

"Apa? Apa?!" Muka Hye Jin mula merona bila cakap pasal semalam.

"Yang waktu awak cakap i love You tu lah... awak fikir apa ni? Mesti fikir lain kan?" Dia tersengih. Adoyai, malunya...macam nak sorok muka ni bawah meja la pulak.

"Saya relakan hati saya untuk awak. Saya buka pintu hati saya seluas-luasnya untuk menerima segalanya dari awak. Saya terima kelebihan dan kekurangan diri awak. Dan tanpa saya sedar, saya dah jatuh cinta. Jatuh cinta pada suami saya sendiri" Suho seakan-akan terharu dengan ucapan yang diluahkan Hye Jin.

Selama ni, dia tak pernah menerima Hye Jin sebagai sebahagian dari hidupnya. Tapi wanita ini memberikan 100% hatinya pada aku untuk dimiliki. Betapa buta nya aku sampai tak pandai melihat ketulusan jiwanya. Berdosakah aku kerana tidak menhargainya sebelum ini?

"Maafkan saya" tubuh hye Jin dirangkul ke dalam dakapannya. "Kenapa ni Suho?"

"Saya tak pernah layan awak dengan baik sejak perkahwinan kita. Saya rasa saya tak mampu mengemudi bahtera rumah tangga kita dengan baik" dia hampir mengalirkan air mata.

"Jangan cakap macam tu. Saya tahu awak boleh buat. Kita tak boleh jadikan kekurangan kita sebagai suatu penghalang. Kekurang kita berdua ini lah yang akan saling melengkapi satu sama lain dan mengukuhkan bahtera kita"

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now