Bab 18-Baekhyun pov

5.9K 358 18
                                    

"Baekhyun, boleh Hyung masuk?" Xiumin menjengah ke dalam bilik Baekhyun. Nak je dia jawab, dah masuk dah pon. Tapi sebelum dia kena sound sebab loyar buruk, terpaksa diturutkan. Dia kemudian mengangguk tanpa perasaan.

Xiumin berjalan ke arah katil menempatkan Baekhyun. Muka Baekhyun kelihatan tak ada mood kebelakangan ni. Jadi sebagai Hyung yang bertanggungjawab, dia pun bertanyalah. "Kau ok tak ni?" Xiumin duduk di tepi Baekhyun sambil menyentuh dahinya takut-takut demam. "Ok lah Hyung..." Baekhyun cuba melarikan kepalanya.

"Habis tu kenapa Hyung tengok kau macam tak ada mood kebelakangan ni?" Baekhyun sedikit terkejut dengan pertanyaan itu namun ekspresinya cuba dikawal. "Penat..." jawabnya sepatah. Penat tu memanglah penat, tapi hati ni berkecamuk.

"Ooo...buat korum tak ajak kitorang!" Sergah Chen, Luhan dan Lay. Serentak dengan itu, Xiumin dan Baekhyun menoleh ke arah pintu. Kemudian mereka melabuhkan punggung di atas katil.

"Cerita apa ni?" Tanya Lay tak sabar. Adoyai Lay...kau ingat kitorang tengah cerita pasal drama korea ke? Ni cerita heart to heart tau. Menyibuk lah diorang ni.

"Kau dengan Chanyeol ok tak?" Luhan memotong sebelum sempat Xiumin bercakap. "A'ah lah, korang nampak tak rapat" sambung Chen. Semua mengangguk tapi Baekhyun tetap diam. Termenung. Dia terlalu memikirkan Hye Jin sampai tak peduli persahabatannya dengan Chanyeol. Biar je lah mamat telinga capang tu.

Mereka semua bertukar pandangan bila Baekhyun tidak memberi respon. "Byun Baekhyun... kalau kau ada masalah, ceritalah dengan kami. Jangan pendam sorang-sorang" Xiumin cuba menyedapkan hati Baekhyun.

"Kau banyak berubah Baekhyun. Dalam masa yang singkat ni, kau totally different" sahut Luhan selepas bertukar pandangan dengan Xiumin." Dan hanya cinta yang boleh mengubah seseorang dalam masa yang singkat" sambung Xiumin.

Baekhyun terkesima. "Kau...dah jatuh cinta" Luhan dan Xiumin berkata serentak.

"Aku...aku tak tahu. Perasaan aku berkecamuk" akhirnya dia mengeluarkan suara.

"Kau dah jatuh cinta" Chen menepuk bahu Baekhyun. Dia berasa gembira untuk temannya itu.

"Boleh aku tahu, dengan siapa? " Lay menyampuk. Sebenarnya semua nak tanya soalan tu, tapi tak berani nak bukak mulut. Nasib baiklah Lay ada.

Tapi yang peliknya Baekhyun kaku. "Hye Jin?" Teka Xiumin. Satu nafas berat dilepaskan. Ternyata orang itu Hye Jin.

"Apa yang berkecamuk sangat Baekhyun? Kau dah suka dia, confess lah. Apa lagi nak tunggu?!" Chen pulak naik angin.
"Kau cakap senanglah. Habis tu Suho nak campak mana?" Tanya Baekhyun tidak semena-mena. Kan senang kalau boleh campak Suho dalam laut hindi ke...macam MH370 tu.

"Ape kena mengena pulak dengan Suho?" Tanya Lay. Bingung aku jadinya lah.

"Kau tak nampak ke yang Suho suka Hye Jin?" Lay, Luhan, Chen dan Xiumin tersedak. Budak ni...ada masalah mentafsirkan perhubungan ke apa?

"Adakah cinta membuatkan kau cemburu buta?" Tiba-tiba Lay bermadah pulak kat sini. "Dude, diorang tu macam anjing dengan kucing kau boleh cakap Suho suka Hye Jin? Cuba lah bukak mata kau yang sepet tu luas-luas" sempat mengutuk Chen di situ.

Ceh, mamat unta ni. Tak sedar ke mata dia pun sepet jugak?

"Sekarang ni, cuba kau jangan fikir pasal orang lain. Kau kena fokus pasal perasaan kau pada Hye Jin" Chen memberi motivasi.

"Aku cuba...tapi aku tak ada idea macam mana nak confess. Kalau aku confess, nak ke Hye Jin terima aku yang tak seberapa ni? " jelas Baekhyun.

"Baekhyun, kau jangan risau. Kau dengan Suho lagi hensem kau. Tak ada alasan Hye Jin nak tolak kau. Kau ada mata, telinga, kaki, semua cukupkan? Ok lah tu" balas Lay. Xiumin dan Luhan mengangguk angguk. Lay dah boleh jadi kaunselor sekolah ni.

"Pasal confess, kau jangan risau. Serahkan pada Hyung-Hyung yang berpengalaman ni" Xiumin mendabik dada.

"Sekarang ni, kau pergi tukar baju" arah Chen. Baekhyun kelihatan terpinga pinga.

"Kata nak confess, kenalah beli cincin!" Kata mereka serentak sambil menepuk dahi. LOADING BETULLAH SI BAEKHYUN NI!

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now